BAB 22

241 10 0
                                    


RASA bimbang, takut dan risau menghambat diri Raysha Adilla. Dilihat tarikh menstruasinya sudah lewat seminggu. Dia mula mundar-mandir dengan kalendar di tangan. Akalnya mula ditojah dengan hal-hal negatif.

Adakah dirinya mengandung? Seriau dada memikirkan kemungkinan itu.

Tidak mahu terus berteka-teka, Raysha Adilla memutuskan untuk membuat ujian kehamilan. Setelah membeli alat berkenaan di farmasi, laju dia menerobos ke dalam bilik air. Dua garisan yang terpampang jelas menunjukkan hasilnya adalah positif. Tidak tinggal lama, nombor Izham Hayqal didail.

Disudut yang lain, Izham Hayqal memandang telefon yang berdering hampir berpuluh kali itu dengan rasa rimas. Akhirnya ditutup terus supaya dirinya tidak lagi diganggu.

Petang setelah tamat waktu bekerja, Izham Hayqal yang baru ingin masuk ke dalam perut kereta terbantut apabila namanya diteriak.

"Izham Hayqal!" Bergema satu aras parkir dengan teriakan Raysha Adilla.

Terkejut dengan tingkah Raysha Adilla, Izham Hayqal memandang ke kiri dan kanan kawasan tempat parkir. Mujur saja ramai pekerja yang sudah pulang. Hanya beberapa biji kereta sahaja yang tinggal.

Setelah memastikan bahawa tiada orang yang menyaksikan, Izham Hayqal mencerlung ke arah Raysha Adilla.

"Apa you nak?"

"Kenapa you macam nak mengelak dari I sejak dua menjak ni?" Tanya Raysha Adilla dengan nada kesal. Geram kerana lelaki itu sering mematikan telefon. Susah mahu dihubungi. Bila ditanya mengapa, ada saja alasannya.

"Mana ada," Acuh tak acuh Izham Hayqal membalas.

"I tak bodohlah Qal. Kenapa? Lepas dah guna I, you nak blah macam tu je?"

"You know we both just messing with each other right? Why did you act like we had something?"

Bagai petir berdentum, bicara itu menyambar benak Raysha Adilla. Membakar hati sekaligus menyentap perasaannya. Wah! Habis madu sepah dibuang, hebat permainan kau wahai awang.

"Apa you cakap?" Kening Raysha Adilla sudah bertaut. Nadanya jelas berubah. Matanya tunak memandang Izham Hayqal dengan perasaan marah.

Izham Hayqal gelak sinis. Terhibur dengan drama yang dia sendiri cipta.

"You thought you were different huh? Open your eyes Dilla, there's plenty of girls out there who are just like you. Easy..."

Berderau darah Raysha Adilla. Remuk redam hatinya menelan ujaran Izham Hayqal yang kejam. Kata-kata lelaki itu benar-benar merentap jiwa dan menikam ulu hati.

"We still can still be friends though, only if you know how to be professional. But if you're looking for love, responsibility and commitment, you know you're in the wrong place. I have someone else, and you already acknowledge it." Jelas Izham Hayqal sambil bersandar tenang pada pintu kereta.

Tergamam. Raysha Adilla hilang kata-kata.

Kawan? Kawan tengkorang dia! Perasaannya sudah dimainkan, badannya sudah digunakan, sekarang lelaki itu boleh cakap yang kami masih boleh berkawan? Betapa mudahnya berkata-kata kalau modalnya hanyalah air liur semata.

Raysha Adilla terlampau sakit hati mendengar ayat yang keluar dari mulut Izham Hayqal. Terasa berbakul-bakul hinaan yang dilempar ke mukanya saat ini. Ditipu, dikhianati dan dipergunakan.

Cinta manusia memang murah. Hari ini kata cinta setengah mati, esok lusa sudah lenyap tanpa erti. Betapa bungkamnya Raysha Adilla dalam menerima kenyataan pahit itu.

"I'm pregnant." Maklum Raysha Adilla tanpa berkias.

"What?!" Membulat biji mata Izham Hayqal mendengar hal itu. "You tipu kan?"

"Buat apa pula I nak tipu?"

"Saja reka cerita supaya I balik pada you. I tak rasa you mengandung. Dan kalau ya pun you mengandung, entah-entah bukan anak I." Semberono Izham Hayqal menuduh.

Pang! Laju tangan Raysha Adilla menampar pipi Izham Hayqal yang lancang mulutnya.

"Kau ingat aku ni bohsia?! Kau je lelaki yang pernah sentuh aku, syaitan. Kalau aku mengandung, ini memang anak kaulah!" Tempik Raysha Adilla hilang sabar. Berbahang dibuatnya apabila Izham Hayqal berani menuduhnya sebagai perempuan murah. Bodohnya kau Raysha Adilla ikutkan nafsu dengan manusia binatang macam ini.

"Hei perempuan, kau dengar sini! Kau bagi badan kau atas risiko sendiri. Apa-apa jadi, kau pandai-pandai uruslah." Kini, dahi Raysha Adilla pula yang ditunjal kasar.

Ego Izham Hayqal tercabar. Dia panas hati bila Raysha Adilla mula menggunakan kekasaran. Jangan sampai dia pula yang naik tangan.

"Tapi you janji..." Nada Raysha Adilla mula mengendur. Sadisnya tiada secalit simpati pun tidak terpancar dari muka Izham Hayqal. Dia malah mentertawakan gadis itu.

"Bila masa? I janji apa Dilla? None! Come on, buka mata you. Jangan jadi bodohlah. You fikir ada ke lelaki nak beristerikan perempuan macam you ni? Cermin sikit diri tu." Sinis Izham Hayqal. Seraya berkata demikian, dia lantas memboloskan diri ke dalam perut kereta dan menekan kuat pedal minyak.

Raysha Adilla hanya mampu memandang kepergian Izham Hayqal dengan amarah dan sakit hati yang membuku.

Benci! Dia benci Izham Hayqal! Dasar jantan keparat! Bajingan!

Toxique [OG]Where stories live. Discover now