18│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

1.3K 50 1
                                    

Selepas hidup bersama Henry, baru Kalea perasan. Henry kerap bermimpi buruk. Masa pertama kali dia tidur dengan Henry, dia perasan yang Henry mengalami mimpi buruk tapi dia tidak terlalu memikirkan soal itu.

Tapi sekarang selepas mendengar kisah kelam Henry dia mula peduli dengan hal-hal kecil yang dialami Henry.

Kalea bergerak turun dari katil. Kakinya melangkah mendekati Henry yang termenung di balkoni bilik.

Dia memeluk Henry dari belakang. "Are you having a nightmare?"

"hm" Henry menarik Kalea untuk berada dihadapannya. Dia mengepung Kalea dengan kedua tangannya.

"Kenapa bangun?" Henry mencium dahi Kalea.

"You takde dekat sebelah. Tak boleh tidur." Manja Kalea.

Henry tersenyum. "Mengada!"

Henry kembali termenung. Kalea pula hanya memerhati wajah Henry.

"You..."

"Hm?"

"You tak terfikir ke kalau kemalangan tu dirancang?" Soal Kalea berhati-hati.

"What do you mean?" Tenang Henry.

"Yelah, you cerita dekat I yang brake kereta kembar you masa tu tak berfungsi sedangkan kereta tu baru dibaiki. You tak pelik ke? Macam ada orang sabotage je I rasa" Kalea mengeluarkan pendapatnya.

Henry tergelak kecil. "Aku tak sebodoh tu untuk tak sedar tentang perkara ni. But benda dah lama berlalu..."

"Kalau pembunuh tu masih hidup sampai sekarang dengan tenang macam mana? Tak kesian ke you dengan kembar you tu? Kematian dia tak diakhiri dengan keadilan." Serius Kalea.

Henry tersenyum kecil. Dia menjentik dahi Kalea perlahan. "Kepoh!"

"Aw!" Kalea menggosok dahinya. "Kalau you taknak siasat biar I yang siasat."

"Jangan nak mengarut!" Keras Henry.

"Dah you taknak siasat? I tak boleh tau kalau melibatkan kes bunuh bunuh ni."

Henry mengeluh. "Ok fine. I upah orang untuk siasat nanti. Puas?"

Kalea tersengih. "Ok!"

Tergeleng kepala Henry.

────────

"Luc, aku nak kau siasat balik kemalangan Harry." Dingin Henry.

"Harry? Wait, benda ni dah lepas kut. Dah 10 tahun berlalu, kenapa baru sekarang kau nak siasat?" Hairan Lucas.

Henry mengeluh. "My girl...dia berkeras nak siasat kes ni. Dia ugut aku, kalau aku tak siasat dia sendiri yang akan siasat. Nak tak nak aku terpaksa la juga..."

Lucas tergelak kecil. "Tak percaya aku kau mengalah dengan seorang perempuan selain mummy and Mel"

Henry mengangkat bahunya. "Love can do anything"

"Yeah...aku setuju dengan kau."

"So, aku nak kau cari tahu siapa dalang dia je. Tak perlu terlalu detail. Cukup biodata dia" arah Henry.

"Asal kau tak suruh anak buah kau je?" Pelik Lucas.

"Diorang buat kerja lambat. Kalau kau tak sampai seminggu dah selesai." Datar Henry.

"Oh. But aku rasa aku ambil masa yang lama juga. Sebab kes ni dah 10 tahun berlalu. Tapi takde la sampai sebulan lebih. Mungkin 2 ke 3 minggu kut."

Henry sekadar mengangguk.

"Tapi kan Hen... Kau tak terdetik ke nak tahu alasan bangsat tu berniat bunuh kau dan Harry?" Tanya Lucas curious.

Henry berdiam diri.

"Hen?" Lucas berkerut dahi melihat Henry diam.

"Kalau aku tahu alasan dia, aku takut aku tak mampu untuk tahan diri dari membunuh seluruh keturunan dia." Henry berdiri.

"Aku balik pejabat dulu. Kau pun balik la awal, kang mengamuk budak tu. Dah pukul 12 malam ni..." Pesan Henry.

"Oh okay..."

"Dah dapat apa-apa maklumat mesej aku. See you soon" Henry terus keluar dari pejabat Lucas.

Lucas sekadar melihat pemergian Henry. Terjungkit keningnya.

"He's totally look like you, bebita... Gen Evans huh?" Lucas tersenyum sinis.

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now