28│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

1.2K 46 0
                                    

2 bulan sudah berlalu.

Henry mengemaskan kertas-kertas kerjanya dengan lemah. Sekarang sudah berginjak pukul 4 pagi. Seperti biasa, dia akan terus pergi ke hospital.

Henry memarkirkan keretanya di tempat yang telah disediakan. Usai itu dia masuk kedalam hospital.

Jangan nak hairan kenapa dia masih boleh masuk pukul 4 pagi sedangkan masa melawat sudah habis. Siapa je barani halang Henry Diego?

Sampai saja dia hadapan satu bilik, Henry berhenti buat sementara. Dia menarik nafas sebelum memutar tombol pintu.

Matanya redup merenung kearah Kalea yang terbaring tidak sedarkan diri.

Dia melabuhkan duduk di kerusi sebelah katil Kalea. Tangannya mengambil tangan Kalea dan digenggam.

Sudah 2 bulan Kalea koma tidak sedarkan diri. Dia sangat lega selepas mengetahui Kalea masih hidup cuma koma.

Sebelah tangan Henry bergerak masuk kedalam baju pesakit Kalea. Dia mengusap-usap perut Kalea yang sedikit membuncit.

"Please wake up, mi Amor. Our baby waiting for you..." Sayu suara Henry.

Ya Kalea mengandung. Dia sangat terkejut plus gembira mendengar Kalea telah mengandungkan anaknya 1 bulan setengah.

Sekarang kandungan Kalea mungkin sudah masuk 3 bulan lebih. Cuma yang dia takutkan sekarang, jika Kalea masih tidak sedar bila kandungannya sudah berginjak ke 4 bulan doktor terpaksa menggugurkan kandungan untuk keselamatan si ibu.

Itu yang telah buat dia tidak dapat tidur selama 2 bulan ni. Lazen juga menjadi semakin pendiam dan kurang makan.

Henry membawa tangan Kalea ke pipinya. Dia mengosok-gosokkan tangan Kalea di jambangnya. Jujur dia cakap dia langsung tak terurus selepas Kalea koma. Dia yang selalu pentingkan kebersihan dan kekemasan diri dulu tu sekarang sudah tidak kisah lagi.

Begitu besar impact Kalea kepadanya.

"Baby...bangunlah~" rengeknya.

"Aku penatlah... Aku nak kau... Aku nak sentuhan kau... Aku nak suara kau... Aku nak semua tentang kau! Bangunlah..." Henry menyembamkan wajahnya di lengan Kalea.

Tanpa sedar dia tertidur kepenatan.

────────

Kalea tersedar. Dia mencelikkan mata tapi ditutup semula apabila cahaya matahari menusuk ke matanya.

Dia buka kambali mata. Pandangan pertama yang dia dapat ialah Henry yang tertidur di lengannya. Kalea tersenyum, tidur pun comel...

Tangan Kalea lagi sebelah diangkat untuk mengusap rambut Henry.

Henry tersedar apabila dia merasa Ada yang menyentuhnya.

"Hm? Baby?" Mamai Henry.

Puk!

Terkejut Kalea bila Henry bertindak menampar pipinya sendiri dengan kuat.

"Aw... Sakit. Jadi bukan mimpilah?" Mata Henry mengecil. Lama dia memproses apa yang sedang terjadi.

Kalea tersenyum lucu. Dia mendepakan tangannya. "Don't you miss me?"

"Eh baby!!" Laju Henry memeluk Kalea bila menyedari Kalea sudah sedar dari koma.

Kalea tersenyum bila dia dapat merasa lehernya basah. Menangis huh?

Dia mengusap-usap rambut Henry. "Don't cry..."

"Akhirnya kau bangun. Aku rindu kau sangat-sangat! Baby pun rindu tau!" Teruja Henry dalam sedih.

"Baby?" Dahi Kalea berkerut.

"Yes baby. Here..." Tangan Henry masuk kedalam baju Kalea dan menyentuh perut Kalea. Dia mengusap perlahan.

Terkedu Kalea. "I'm... Pregnant?"

Henry mengangguk."3 months maybe?" Wajahnya masih tidak lari dari leher Kalea.

Mata Kalea berair. Kenapa dia tak sedar yang dirinya mengandung? Tanpa sedar dia telah membahayakan satu lagi nyawa di perutnya.

Kalea menangis teresak-esak.

"Eh kenapa menangis ni? Tak suka ke?" Soal Henry kalut. Dia mengelap air mata Kalea.

"I selfish! I dah bahayakan nyawa anak I sendiri!" Kalea menangis tersedu-sedu.

"Alololo...kau tak tahu kan masa tu. Dah stop crying... Baby tak suka nanti." Henry mengucup kedua kelopak mata Kalea.

Kalea memejam mata. Mereka berdua berpelukan.

'Aku bersyukur Aku masih dapat berada dalam pelukan Henry...'

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now