20│𝐇𝐞𝐧𝐫𝐲×𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚

1.3K 47 0
                                    

Henry terus bergegas ke tempat yang dijanjikan Lucas. Katanya dia sudah mengetahui dalangnya. Tapi entah kenapa dari suara Lucas dia dapat merasa petanda buruk akan datang.

Henry masuk ke dalam cafe. Selepas melihat kelibat Lucas dia terus ke sana. Henry mengambil tempat di hadapan Lucas.

"So?"

Muka Lucas kelihatan serius saja. "Aku harap kau tak cepat melenting dan bawa bersabar."

Berdebar pula Henry rasa. "Just give it to me!"

Lucas mengeluh. Dia menyerahkan satu dokumen kepada Henry.

Henry mengambilnya. Dia menarik nafas sebelum membuka dokumen itu. Matanya bergerak membaca setiap maklumat yang dicatat.

Riak wajahnya mula serius. Rahangnya diketap. Terus ditutup dokumen itu dengan kasar.

"Kau betul-betul sure ke?" Soalnya keras.

Lucas mengeluh. "Pernah ke aku salah dalam menyiasat biodata seseorang?"

Henry meraup rambutnya. Dia betul-betul tak tahu nak buat apa setelah mengetahui pelakunya.

"You're not gonna tell her, aren't you?" Soal Lucas berhati-hati.

"Kau gila? Takkan kau nak aku beritahu Kalea yang bapak dia sendiri yang rancang pembunuhan aku dan Harry sedangkan dia yang berkeras nak keadilan untuk Harry?" Frust Henry.

"Habis macam mana?" Lucas juga turut pening kepala.

"Lantak dia la! Orang tua tu pun dah mampus!"

"Kau yakin dia dah mati?" Lucas mengangkat sebelah keningnya.

"What do you mean? Kau jangan cakap dia hidup lagi pula?" Gusar Henry.

Lucas mengangkat bahunya.

Henry meraup wajahnya. "Damn! Why this troubleshit getting so complicated?!"

Lucas sekadar memerhati. Dia juga turut bersimpati dengan Henry. Pembunuh kembar dia merupakan ayah kepada kekasihnya, gila tak frust.

"Aku nak pesan kau satu hal..."

Henry tidak membalas. Dia hanya diam merenung Lucas.

"Kalau kau sayang Kalea, you have to make sure dia selamat. Ataupun jangan biarkan dia keluar seorang diri, lagi lagi bila waktu malam. Aku tak rasa orang tua tu dah mati. Dan incaran orang tu bukan kau lagi melainkan Kalea. Because Kalea know everything about him except this accident." Pesan Lucas.

Henry mengeluh.

"Ouh ya. Dari apa yang aku dapat. Bapak Kalea tu penjual organ manusia. Dia akan membunuh mana-mana mangsa yang dia nak dan akan dijual. So make sure she safe." Pesan Lucas lagi.

Tiba-tiba Henry teringat akan mimpi yang dialami Kalea.

"Oh shit!" Dia berdiri dengan pantas.

Berkerut dahi Lucas. "Why dude?"

"Aku ada hal penting. Kita jumpa lain kali." Laju Henry berlari keluar dari cafe.

"Fuck!"

────────

Kalea berhenti dihadapan lif. Dia memerhati lama lif itu walaupun lif itu sudah terbuka tutup banyak kali, kaki dia langsung tak berganjak. Otak dia masih kepikiran dengan mimpi buruknya.

"Err...miss?" Tegur salah seorang karyawan.

"Ahh yes?" Kalea tersedar.

"Miss taknak masuk ke?"

"Ahh nak!" Kalea terus melangkah masuk kedalam lif. Mungkin lebih aman dengan kehadiran manusia lain di dalam lif.

Baru sahaja lif mahu tertutup, satu tangan menghalang. Kalea terkejut. Dadanya berdebar risau kalau tangan itu milik ayahnya.

Lif terbuka. Perlahan wajah itu kelihatan.

Henry!

Kalea mengeluh lega. Laju dia menarik tangan Henry.

"You buat apa dekat syarikat I? Dengan berpeluh-peluhnya..." Hairan Kalea, sambil-sambil itu dia mengelap peluh Henry.

Henry mengatur nafasnya. Matanya lama merenung Kalea. Dia mengukir senyuman.

"Aku cuma rindu kau" nafinya. Tapi memang betul pun dia rindu cuma itu alasan kedua dia datang ke sini.

Pekerja lain yang turut berada dalam lif mula berasa kekok. Yelah, bos mereka dengan Henry Diego bersweet kut. Henry Diego kut! Lelaki dingin nak mati! Untung betul mereka dapat melihat sisi clingy ceo dingin ini.

Kalea tertawa janggal. Dia menyenggol lengan Henry.

"Behave!" Bisiknya. Matanya memberi isyarat kepada Henry.

Henry melihat pekerja-pekerja Kalea. "Did I disturbing you guys?"

Mereka semua tergelak janggal. "Taklah tuan. Teruskan teruskan! Jangan hiraukan kami"

Henry menjungkit keningnya ke arah Kalea. "See?"

Kalea memutarkan matanya. Dia menyilangkan tangannya. Henry memaut pinggang Kalea.

Pekerja di belakang mereka menutup mulut teruja. Mereka menjerit dalam diam.

Kalea memberi jelingan maut kepada Henry. Henry mengenyit sebelah matanya.

Ting!

Lif terbuka. Semua pekerja pakat-pakat keluar walaupun bukan tingkat yang mereka ingin pergi. Ada juga yang menarik pekerja-pekerja yang baru ingin masuk kedalam lif.

Salah seorang pekerja melihat Kalea dan Henry. Dia tersenyum lebar.

"Having a good day miss and mr!" Dia menunduk sedikit sebelum turut berlari sambil menarik tangan rakannya yang ingin masuk kedalam lif.

Kalea mengeluh. Mesti kejap lagi akan ada gosip panas tersebar di syarikatnya.

Henry tersenyum senget. "Bijak betul diorang"

Kalea memberi jelingan maut. "Siap you malam ni!"

Henry tersenyum nakal. "I'm ready, my sexy lady..."

────────

────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐊│Henry's Addiction ✔Where stories live. Discover now