Welcome back! (re-edit)

8 0 0
                                    

"Oniisan, welcome back to Malaysia! I miss you a lot." Masuk-masuk sahaja ke dalam kereta, tubuhnya dirempuh dari arah belakang. Dia ketawa perlahan dengan aksi manja adiknya itu. Kembar kepada si adik itu cuma tersenyum sambil menggeleng kepala di tempat pemandu.

"I miss my twins more." Ucap lelaki tersebut kepada adik-adiknya. Si kembar yang berbeza jantina. Jujur, dia sangat rindukan mereka. Rindu mahu mengacau, mengusik, bercerita dan bergaduh. Keakraban mereka sebagai adik-beradik sangat terserlah.

"Aden rindukan abang juga."

Ujar si adik sambil memulakan pemanduan. Dia tersenyum bahagia. Akhirnya, keluarga kecil mereka lengkap di Malaysia.

"So, how's study twins?" Soal si abang sambil memandang kearah adik kembarnya itu. Jarak umur yang jauh berbeza itu menyebabkan dia seperti bapa mereka kadangkala.

"So far so bad. Adik baru nak start housemanship, abang." Luah si adik yang duduk di kerusi penumpang itu. Dia mengeluh sedikit. Stress juga.

"It's ok. You can do it. Trust me. Aden?" Pandangan dihalakan ke sisi. Si kembar lelaki, Raden yang lari sedikit bidangnya dari mereka. Di kala keluarga Asahi lebih ke arah Medical, Raden pula menyimpang ke arah ketenteraan. Semangat juangnya sangat tinggi. Padanlah dengan sikapnya yang tegas, serius dan tenang dalam diam itu.

"Aden baru selesai latihan commando." Ucap Raden dengan bangga. Menjadi commando memang cita-citanya sejak dahulu lagi. Tak sangka pula ibu dan ayah mereka menyokong minatnya itu.

"Good job Aden. Abang bangga dengan adik-adik abang."
Kepala Raden yang sedikit botak itu diusap perlahan. He's a proud brother.

"You're staying this time, right abang?" Soal Yuki, si kembar kepada Raden.

"Yes, definitely. Abang nak berbakti kepada negara, sama macam Aden. Bezanya, bidang kita berbeza." Ucapnya berseloroh yang menimbulkan kegirangan Yuki dan Raden.

"Abang akan bekerja dengan ayah?"

Soal Yuki lagi.

"Maybe yes, maybe not. Abang tak fikir lagi." Ringkas sahaja jawapan si abang. Yuki mengangguk perlahan.

"We're heading home. Or abang nak singgah mana-mana dulu?" Soal Raden menoleh sekilas ke arah abangnya. Abangnya mengangguk perlahan.

"Abang nak jumpa someone dulu. Jom."



Jasmeen melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan langkah yang lemah. Beg tangan jenama Channel dihempas perlahan di atas sofa lalu tubuhnya direhatkan seketika. Kepala yang sedikit pusing itu dipicit perlahan. Hari ini jadualnya sangat padat. Entah apa saja yang dia lakukan. Rasanya dia hanya meninjau proses pembuatan kain yang ditempah pada kilang sahaja. Tapi penatnya, makk aiii.

"Finally, long time no see my ai." Suara garau itu mengejutkan Jasmeen. Segera matanya dibuka luas, kepala dipusing kearah suara garau itu. Ren! Dengupan jantungnya tiba-tiba menjadi laju. Dapat Jasmeen rasakan betapa tiadanya aliran darah pada wajahnya saat ini.

Ya, lelaki itu sedang tersenyum manis kearahnya sambil merehatkan tubuh di kerusi kerjanya dengan santai, sambil membelek-belek album designnya. Kenapa dia tak sedar akan kehadiran lelaki itu sejak dia masuk ke dalam pejabat?

"Ren?" Jasmeen segera berdiri. Dress satin separas betis itu dibetulkan. Entah kenapa darah gemuruhnya masih saja rancak saat melihat wajah itu. Gemuruh disebabkan apa? Itu sukar Jasmeen nyatakan kerana kisah lalu yang hanya dia dan lelaki itu sahaja yang tahu.

"I am. Ai dah lupakan aku ke?" Soal Ren tenang lalu menapak perlahan ke arah Jasmeen yang masih berdiri di tengah pejabat itu. Jasmeen sangat cantik. Dan seksi pada pandangannya. Jujur, dia rindu dengan wajah cantik Jasmeen. Ikutkan hati, mahu sahaja tubuh itu didakap olehnya.

Ai. Hanya Ren seorang sahaja yang memanggil Jasmeen dengan gelaran itu. Gelaran istimewa Ren kepada Jasmeen yang bermaksud CINTA.

Jasmeen diam, memerhati sahaja pergerakan Ren yang semakin dekat kearahnya, lalu menyentuh perlahan rambutnya.  Ren menyelitkan rambut yang beralun itu di balik telinga Jasmeen. Wajahnya didekatkan pula ke arah Jasmeen menghidu wangian Jasmeen yang menjadi kesukaanya.

"Aku rindukan kau, Ai." Perlahan sahaja Suara Ren di balik wajah Jasmeen. Jasmeen mengalihkan wajahnya, menolak tangan Ren yang masih menyentuh rambutnya.

"What are you doing here, Ren?" Soal Jasmeen dingin. Tiada perasaan. Pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu. Ren senyum sinis kearahnya. Jasmeen benci melihat seyuman sinis itu yang seolah-olah sedang mengejeknya. Dia tak nak nampak lemah pada pandangan lelaki itu.

"And what are you doing, ai?" Soal Ren pula, dan Jasmeen tahu akan maksud soalan itu. Dia mengeluh. Janganlah Ren datang menganggunya di sini. Dahlah hidupnya selalu hura-hara ketika berada di Aussie ditambah pula dengan kehadiran lelaki kacukan Jepun-Melayu itu.

"Ren Akio, I thought I've warned you to stay away from my business. We're over, don't you remember" Dingin sahaja Jasmeen berkata sambil pandangan tajam diarahkan kepada Ren.

"As long as i remember, we're never over. It's just you who's running away." Balas Ren dengan selamba. Kedua tangan disilangkan, membalas pandangan Jasmeen.

"So, stay away. Kenapa nak datang sini?"

"Because I miss you, Ai." Mudah sahaja jawapan Ren yang membuatkan darah Jasmeen naik ke muka. Bukan malu, tapi geram. Dia berlalu, melintasi tubuh Ren untuk menuju ke arah mejanya. 

Entah kenapa dia panas apabila lelaki itu menyatakan perasaan rindu padanya. Kenangan lalu membuatkan dia menolak perasaan itu, walaupun mungkin dia juga rindu akan lelaki itu.

"Jangan ingat aku tak tahu apa yang telah kau lakukan di sini, ai. Aku tinggal kau kejap, kau dah lari. I've told you, this is not worth it."

Kata-kata itu menghentikan pergerakan Jasmeen yang sedang menyusun meja kerjanya. Tiba-tiba dia menjadi sedikit panas.

"Ren, awak boleh tak jangan campur tangan dalam hal saya. Saya tak menyusahkan awak kan? So, get out from my sight. Now! Awak tahu saya macam mana kan?"

"Kau semakin berani, ai."

"Stop calling me ai! I don't even like it."

Marah Jasmeen. Dia pening. Apa lagi yang lelaki ni nak? Rasanya mereka tidak ada apa-apa hutang di masa lalu. Kenapa lelaki itu perlu terlibat dengannya?

"I want my wife back!"

Serius wajah Ren saat menuturkan ayat itu. Dia memandang tajam kearah Jasmeen yang sudah terkedu di meja kerjanya.

Pernyataan itu yang membuatkan Jasmeen takut, mati bicara. Sebolehnya, dia tak nak dengar ayat itu lagi setelah apa yang telah dia lalui. Dia, sakit.

"I'm over with the man who's still can't move on from their past. Please get out, Mr Ren Akio."

Ucap Jasmeen tenang tanpa melihat wajah Ren saat ini. Dia risau, jika berlama-lama, hatinya akan luntur. Sudahlah dia memang menunggu kedatangan lelaki itu sebelum ini dalam diam, walaupun hatinya menidakkan perasaan itu.

"This is a warning, Jasmeen Adara. Jangan buat sesuatu benda yang bodoh. I'm watching you."

Ren keluar dari pejabat itu dengan tenang. Dapat melihat wajah marah Jasmeen saat ini sudah cukup baginya. Jangan risau, dia masih punya banyak masa untuk selesaikan masalah dengan Jasmeen Adara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JUST MINEWhere stories live. Discover now