BAB 8

1.3K 79 6
                                    

Setelah selesai semua aktiviti, mereka diberikan masa berehat dan diarahkan untuk berkumpul pada waktu makan malam.

Mereka mengadakan malam BBQ dengan menghidangkan pelbagai aneka makanan.

Elyana dan Wina menyarungkan kasut mereka dengan perasaan yang teruja. Mereka sangat lapar kerana sudah menggunakan banyak tenaga melakukan aktiviti pada waktu siang tadi.

Termasuk dengan drama lagi fuhh berat.

Sampai sahaja di kawasan bbq tersebut, terus lebar senyuman mereka berdua melihat makanan yang sangat banyak. Orang lain juga sudah mula mengambil makanan mereka masing masing.

"Weh sedapnya bau! jom amik jom!" Elyana yang mendengar keterujaan Wina itu tergelak kecil. Lapar sungguh tu. Wina terus menarik tangan Elyana untuk pergi mengambil makanan.

"Kau nak apa?"

"Ada kambing, ayam, sosej , salad, mashed potato...."

Wina melihat makanan di sekelilingnya, tiba-tiba matanya tertacap pada Raess yang sedang membakar udang. "andddd udang"

Wina tersenyum senget sambil menyenggol lengan Elyana beberapa kali. "Ciee mr vanilla kau bakar udang la. Macam tahu je yang kau suka udang.Pergi la amik hihihi. Dah amik nanti jangan lupa jalan balik pulak"

Elyana menggulingkan matanya. "Over la kau masyikk. Pukul kang!"

"Kau nak udang tak?"

"Taknak la takde mood nak makan udang, malas kupas kulit dia. Kalau kau nak kupaskan , aku makan mmuah"

Langkah Elyana terhenti sebelum sempat mendapatkan udangnya.

Dia terus mengeluh dan berpatah balik lalu mengambil pinggannya di tangan Wina.

Berkerut kening Wina melihat kelakuan kawannya itu. 'Eh lah tadi bukan main excited lagi dia nak ambil udang, tak jadi pulak dah?'

Wina melihat ke arah Raess dan menganggukkan kepalanya. Ohh sekarang dia tahu sebabnya.

'Ada yang tengah merenyam. Bukan sebab alergik udang, tapi sebab tak habis habis nak menggeletis dengan orang'

Siapa lagi kalau bukan Selisya tu! Potong line betul. Orang nak ambil makanan pun boleh hilang selera tahu tengok perangai dia.

"Aik kenapa ambil sikit je? tambah la lagi. Udang tak ambil? " celah Faliq sambil memegang pinggannya.

"Ha? banyak dah ni rasanya" Wina menunjukkan pinggannya yang sudah penuh dengan makanan.

"Tak banyak lagi tu. Pergi ambil pinggan kedua pula"

"Pandai la awak, kalau tak habis nanti macam m-"

Tidak sempat Wina menghabiskan ayatnya, Ada satu suara mencelah.

"Eish meluat aku. Kau tengok la tu minah gedik tu . Sibuk nak bertenggek sebelah Raess tu, aku nak ambil makanan pun meluat dengar suara kepit dia" bebel Kuzail sambil mengeluh berat.

Kuzail tengok wajah muram Elyana "Ha yang you ni kenapa? nak makan pun stress  jugak ke?"

Elyana tersentak lalu tersenyum nipis. " Takdelah saya okay je cuma penat sikit. Takpelah saya pergi makan dulu" Dia terus membawa pinggannya ke tempat makan yang masih kosong.

Wina mengeluh. Dia tahu Elyana sangat sukakan udang.

"You"

"Oi you"

Tersentak Wina apabila Kuzail memetik jari di hadapan mukanya.

"Apa dia?" jawab Wina dengan malas.

It's You!Where stories live. Discover now