Special Chapter 1𖤐

3.3K 174 11
                                    

Pemandangan luar bilik itu telah memukau dirinya. Tanpa dia sedar sudah hampir 30 minit dia berdiri di balkoni bilik mereka.

"Jauh termenung, teringat dekat siapa? Buya ke?" bisik seseorang dari belakangnya. Tangan Raess mula menjalar di pinggang dan kepala Elyana terus bersandar di dada suaminya itu.

Warm.

"I teringat dekat scandal. Agak-agaknya apa yang dia tengah buat ya sekarang?" ujar Elyana dengan senyuman yang mula terbentuk di bibir. Tak pandang wajah Raess pun dia sudah boleh tahu bagaimana riak lelaki itu sekarang.

Tawa Elyana terhambur saat sisi pinggangnya dicuit kecil oleh Raess. Mahu larikan diri tidak boleh kerana badannya sudah disekat oleh badan lelaki itu.

Dia pun tak mahu berganjak sebenarnya. Badan hangat Raess itu terlalu selesa buatnya sekarang.

"Ouh pandai kau sekarang. Aku pun ada scandal juga. Dia comel." Elyana terus menggulingkan biji matanya ke atas. Tak habis-habis dengan si gempal tu. Sayang sangat.

"Scandal awak tu kenapa makin gempal eh? Lepastu sudahlah sekarang makin mengada-ngada."

"Kau ni kucing pun nak shaming ke? Ke kau cemburu sebab buya lagi rapat dengan aku sekarang."

Elyana berdecit kecil lantas badannya dipusing menghadap Raees.

Pap! Dada Raess dipukul separa kuat. Matanya merenung lelaki itu tajam. "Kau, aku, kau, aku! Cuba tukar pula panggilan tu. Ganas la awak ni, tak sweet langsung. Dah ada anak satu pun panggilan sama aje."

Kepala terus dipalingkan ke kiri dengan tangan yang sudah naik memeluk tubuh. Mulut dimuncungkan sedikit tanda merajuk.

Suaminya ini memang kena bagi hint kalau dia sedang merajuk. Kalau tak sampai bila-bila tak perasan lepastu akhirnya dia juga yang kalah.

Raess kan memang tak sweet.

Raess menggosok belakang tengkuknya apabila melihat wajah muram isterinya itu. Kepala yang tidak gatal digaru sebelum tangannya mula meraih lengan Elyana dengan penuh lembut.

Nasib kali ini isterinya itu tidak melawan. Kalau tidak macam nak kena tangkap biawak.

"Hey, awek. Marah ke?" Elyana masih diam. Matanya langsung tidak memandang wajah Raess.

Genggaman tangan mereka bersatu lalu Raess menggerakkan ke kiri dan ke kanan. Macam budak-budak tu.

"Sayang,"

Diam.

"Baby,"

Ok dah. Kalah. Mata Elyana naik memandang sepasang mata Raess yang sedang merenung lembut ke arahnya. Terbit senyuman kecil di bibirnya kerana tidak betah direnung begitu oleh Raess.

"I'm sorry, okay. Ak-abang... abang cuma macam geli sikit nak biasakan diri."

Mata Elyana membulat mendengar perkara itu. "Ouh abang geli, lepastu dulu you yang minta I panggil you dengan panggilan abang kan?!"

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now