BAB 31

5.3K 221 9
                                    

Mata yang terpejam itu akhirnya dibuka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mata yang terpejam itu akhirnya dibuka perlahan-lahan. Baru sahaja tangan kanan diangkat mahu menggosok mata, ada satu tangan yang menyambar tangannya,

Terkebil-kebil Elyana melihat Raess yang tenang merenung dirinya itu. "Jangan gosok mata. Tak elok,"

Elyana membetulkan kedudukannya. Matanya membulat saat dia melihat satu rumah banglo besar dihadapannya. Wajah Raess dipandandang untuk meminta penjelasan.

"Ni rumah siapa? Awak kata nak bawak saya pergi rumah awak." soal Elyana polos.

Raess sandarkan badannya lalu matanya merenung wajah Elyana. Lama dia biarkan soalan isterinya itu tidak terbalas.

Kening Elyana berkerut. 'Kenapa dia tenung aku macam tu? Ada air liur basi ke?'

Elyana terus melihat wajahnya di cermin. Wajahnya dibelek. Tch! Tak ada apa pun.

"Hello? Saya tanya ni. Jawablah Encik suami." Raess tersenyum kecil. "We're here. Ni lah rumah aku. Kenapa? Kau ingat aku nak jual kau dekat tauke kaya ke?"

"Ha! I tak cakap. You yang cakap!" Jari telunjuknya dituding pada Raess. Mata Raess mengecil lalu dahi Elyana dijentik perlahan.

"Aduh! Kenapa.." saat Elyana mahu menggosok dahinya, Raess sudah usap dahinya perlahan-lahan. "Elyana mengantuk lagi tak? Ke nak sambung tidur dalam kereta lagi?" soal Raess dengan nada sindiran.

"Awak tunggu saya bangun ke tadi?" Soal Elyana.

"Aku tak sampai hati nak kejut. Sebab kau nampak penat sangat. Berdengkur bukan main kuat." jawab Raess tidak jujur.

Elyana pukul lengan Raess perlahan. "Tak payah nak menipu. Saya mana ada tidur berdengkur."

Raess angkat bahu "Tak percaya sudah." Elyana pandang ke arah sekelilingnya. 'Oh gosh.. kenapa ada ramai lelaki berpakaian hitam ni? Bodyguard dia kot'

Not gonna lie,
They're kinda...hot

Pap!

Raess keluar dari kereta lalu bercakap dengan salah seorang pekerjanya. Elyana juga keluar dari kereta perlahan-lahan. Gerun juga dia melihat semua pekerja Raess yang berpakaian serba hitam itu.

Elyana tak nafikan yang rumah Raess itu amat besar! Ada swimming pool dan laman rumah itu juga amat luas. Mulutnya sedikit terlopong saat dia melihat ada pelbagai jenis kereta mewah dan motorbike di garaj.

'Banyak gila?! Dia guna semua ni ke apa. Dasar duit unlimited'

Elyana tersentak saat jari jemarinya digenggam oleh seseorang. Dia angkat kepala melihat Raess. Lelaki itu tayang wajah dinginnya. "Jom masuk."

[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮!Where stories live. Discover now