BAB 5

270 28 5
                                    

Hai semua, sorry lama tak update. Jemput like dan drop komen. Mana tahu saya jadi semangat nak update, hehe.





HARI ini.

Hari yang sepatutnya menjadi hari pertama Khalif menunaikan janji yang telah dipersetujui oleh kami berdua semalam.

Meskipun dalam perbincangan itu Khalif terlihat dingin dan seperti tidak suka dengan syarat yang aku mahukan, janji tetap janji.

Sebelum Subuh lagi aku sudah bangun. Aku mahu pastikan yang aku akan bangun awal terlebih dahulu sebelum Khalif. Hari ni hujung minggu. Jadi kami berdua ada sahaja di rumah dan tidak ke mana-mana.

Bangkit dari pembaringan, aku membawa langkah keluar dari kamar kami. Sejak peristiwa anakku tidak sempat dilahirkan untuk melihat dunia sebelum ini, Khalif terlebih dahulu membawa diri keluar dari bilik tidur kami.

Jika sebelum ni, tidurku selalu bertemankan dia. Tapi kini, tidak lagi. Solatku juga sudah tiada imam lagi. Waktu makan pun sama. Hanya aku sahaja yang menjamah masakanku seorang diri sambil disulami dengan air mata.

Tok! Tok! Tok!

"Abang..." Penuh perlahan aku memanggilnya yang berada di dalam bilik tetamu. Risau jika suaraku bakal membuatkan dia tersentak.

"Abang..." Kali ini, aku sebut namanya sedikit kuat.

Aku masih lagi menanti di muka pintu. Berharap Khalif akan menyahut panggilanku.

Jeda.

Tiada langsung suara garau itu kedengaran dari dalam.

Dengan lafas basmallah, pintu bilik dipulas perlahan. Sebaik sahaja pintu bilik terpelohong luas, automatik rasa sejuk dari penghawa dingin kini mencucuk segenap sendi tubuh.

Sebaik sahaja anak mataku mendarat pada sekujur tubuh kekar yang sedang tidur dalam keadaan tidak berbaju di atas katil, kepalaku tergeleng-geleng perlahan.

Aku sudah maklum dengan sikap Khalif yang tidak suka memakai baju ketika tidur. Cuma, aku tidak tahu pula Khalif tahan dengan rasa sejuk begini. Tidak berselimut pula tu.

Setahu aku, dia tidak suka memasang aircond sampai ke Subuh. Membazir elektrik katanya.

Capai remote aircond yang berada di atas meja sisi katil Khalif, butang off ditekan segera. Aku risau kalau Khalif dijangkiti selesema ke apa nanti. Antibodi suamiku tu bukan kuat sangat. Mudah sangat terkena demam.

"A..." Tindakanku yang mahu mengejut Khalif dari lena automatik terhenti apabila melihat skrin telefonnya yang masih menyala.

Melihat duration panggilan Whatsapp yang masih berjalan di skrin, aku tidak mampu menahan hati supaya bersangka baik lagi.

Itu belum termasuk gambar seorang perempuan bertudung kelihatan di situ. Malangnya, aku tidak dapat melihat wajah perempuan tersebut kerana gambar itu diambil dari arah belakang. Hanya tubuhnya sahaja yang menjadi tatapan sepasang mataku.

Tarik nafas dalam-dalam, aku cuba untuk bertenang. Tekup mulut, langkah kaki segera diseret keluar dari kamar suamiku.

Sebaik sahaja kakiku mencecah lantai kamar bilik, daun pintu segera dikatup rapat.

Sandarkan tubuh di belakang pintu, sendi kakiku tidak mampu menampung berat tubuh lagi. Tanpa dapat ditahan, tubuhku kini terlorot jatuh ke bawah.

Membawa kakiku rapat ke dada, wajahku terbenam di celah kepala lutut. Tanpa sedar, tubuhku terhinggut-hinggut menahan esakan yang menyentak dada.

Ya Tuhan, sakitnya rasa ini.

Aku tak sangka rupanya Khalif mempunyai perempuan lain di belakang aku. Aku tak pasti sejak bila suamiku menjalinkan hubungan dengan wanita itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terakhir (OG)Where stories live. Discover now