BAB 10

238 6 0
                                    

HARI ini sudah genap  tiga bulan pemergian Darmien Rafiqi. Sepanjang tempoh  3 bulan itu  juga Aimell telah pergi ke luar negara ,dia  membawa dirinya di London untuk mencari kekuatan diri , ketenangan dan memujuk hatinya yang terluka . Engku Laila dan Tengku Hashim hanya mengikut kehendak anak tunggalnya asalkan Aimell bahagia dengan hidupnya kerana mereka tidak mahu terus  melihat Tengku Airin Mellysya dalam  kemurungan ketika berada di sini disebabkan  terlalu banyak kenangan beliau  bersama Darmien ketika  berada di sini,dia  cuma pergi sebentar untuk merawat hatinya yang luka .

Sebaik sahaja dia melangkah ke Malaysia kembali , bermulalah hidup barunya ,kini dia sudah boleh redha dan lebih kuat untuk menghadapi situasi ini .

Sampai sahaja di airport  kelihatan Engku Laila  dan Tengku Hashim sendiri yang menyambut kepulangan anak kesayangannya Aimell untuk pulang ke rumah . Aimell memberikan senyuman yang manis kepada kedua ibu bapanya. Sungguh dia merindukan keluarganya.

Setelah semua masuk kedalam perut kereta,Tengku Hashim memandu kereta keluar dari perkarangan airport. Sebelum pulang ke rumah ,mereka sempat  berhenti makan dahulu  di sebuah restoran,mana taknya Aimell sudah sangat lapar sehingga perutnya sudah berbunyi ketika dalam kereta.dia hanya menyengih sahaja. Tengku Hashim memberhentikan kereta di salah satu restoran kegemaran Aimell. Aimell dan mamanya terus duduk di meja makan .Tengku hashim membuat pesanan di kaunter . Sampai sahaja makanan yang telah di pesan mereka  ,Aimell terus menjamu selera  bersama mama dan papanya.

''Hmm...by the way  papa,I want to let you know that maybe now, i am ready to work with your company. Since I came back here, i  will start a new life and a new chapter in my life  . "

''Alhamdulillah kalau macamtu..but what if papa will gave you  choice to work with papa or working at RAZ Holdings? You also  know dear if you work with me  you cannot become  my architect , but you  must study how to become CEO of the company.."

''Err..thats mean?? T-tak faham..kan masatu Mellsya dah tolak offer kerja  tu, mestilah dia orang  dah ada orang lain papa.."

''Haha..who say dear ? Nope . RAZ Holding still gives that opportunity if you really want.."

''Ya Mellsya, Papa ada beritahu mama haritu..RAZ masih buka peluang tu untuk kamu  tapi untuk 4 bulan sahaja , kalau kamu tak lapor diri, so they decide you are not interested."

''Seriously? Alhamdulillah..tapi papa ,mama , how come they still can waiting for me ? Someone explain please.."Mell dah betul  confused ni..

'' For your information princess , CEO RAZ Holdings tu anak angkat papa dengan mama, masa Mellsya tak ada sibuk  belajar dekat oversea..dia tu selalu datang rumah kita ,sebab papa yang tolong dia , guide dia cara handle syarikat ,  dulu  dia kan masih muda lagi masa ayah dia meninggal  tapi sebagai anak sulung dia kenalah bertanggungjawab dan kuat hadapi cabaran tu , jatuh naik dia untuk perjuangkan syarikat papa dia ,jaga bonda dia , adik-adik dia..dia selalu utamakan keluarga dia sehinggalah dia berjaya sekarang..dan sekarang who nows dia dah jadi multimilionaire dekat malaysia ni..papa bangga dengan dia sebab berjaya menjadi orang yang beradab walaupun ilmu penuh didada.dia tak pernah lupakan papa ,dialah geng  papa main golf kalau kawan papa busy.  "

'' Papa..sedih. Hmm " Aimell sudah mula menyeka air matanya ,dia tidak menyangka bahawa CEO itu juga diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, cuma berbeza situasi sahaja.

''Mellsya mesti tak sangka kan? Sebab kalau cari artikel tentang CEO RAZ ,mereka hanya beritahu apa yang mereka nampak..tapi mereka tak tahu macam mana dia nak teruskan hidup, kalaulah masa tu dia ikutkan emosi dan berputus asa pasti sekarang syarikat papanya sudah  tak ada lagi.."

''Ya betul apa yang papa cakap tu Mellsya, setiap orang akan diuji dengan ujian masing-masing , Allah uji pada yang mampu sayang..terus kuat ya.." Aimell terus teringat kata-kata Darmien bahawa CEO RAZ adalah CEO yang terbaik ,sekaligus dia tertarik untuk mengenali CEO Tersebut .

''Papa , boleh ke nanti Mellsya  nak jumpa dia face to face ,maybe he can be a source of strength for Mel to face all the problems..I need an opinion from him papa" Pinta Mellsya sambil menyeka air matanya.

''sure sayang, you need to know him . It's not only that, he also can be a shoulder for you to crying. He is an understanding person. The most important he can be your good freind trust me. Actually ,he is not only CEO RAZ but he also has a security company and he is the head of it. he also manages the  hotel , resorts  and so on Mell.you should learn from him regarding business also because he has a lot of experience "

''Thanks papa for that information , tapi wife dia okay ke papa or his girlfriends risau juga kan kalau Mellsya nak jumpa dia..lepastu tak pasal masuk newspaper pula..papa juga yang malu nanti..hmm. so now Mellsya  rasa inilah masa untuk kejar impian Mellsya untuk jadi architect terlebih  dahulu papa, after that ,i will working with you okay.."

''Sure , it should be no problem dear..sebab Rash tu pun masih belum kahwin  cuma adalah seorang model ke actress yang obses betul dengan duit dia , siang pagi petang malam menganggu Rash kononnya terlalu cinta mati dekat dia. Kadang-kadang Kesian pulak papa tengok dia tu . Tapi nak buat macam mana kan ,memang Belle  tu jenis tak faham bahasa..."

''Rash ? " Eh alamak macam nama pemilik kereta tu..tapi betul ke ? Maksud dia CEO RAZ . Jadi yang aku jumpa dia dekat lif masa balik interview  tu bukan kebetulan tapi itu syarikat dia lah. Kecilnya dunia ni weh.  
Aimell sudah mengerutkan keningnya. Namun kini dia pasti itu adalah orang yang sama , dia masih tidak mahu beritahu papanya,lagipun sehingga sekarang Rash juga hanya diam sahaja berkenaan insiden tersebut . Jadi memang betullah Rash seorang yang baik hati. Maksud masa tu dia bukanlah banyak songeh masa aku cakap nak bayar tu, cuma dia memang betul tak kisah.

''Ya nama dia Rash. Tengku Firash Ayden . Nama bapa dia tengku Razif . Kenapa ? Kamu kenal dia ke?"

''Err. T-tak lah papa..Mell tanya ja..jomlah papa mell pun dah siap makan ni..dah letih dah..jom kita balik..mama pun dah boring dengar kita cerita tentang kerja ,tengok tu mama shopping online papa..cuma  tak sangka kan Belle tu macam tu ? Seram lah ek.. setahu Mell dia tu memang actress popular..hehehe"
Aimell hanya menggelengkan kepala mendengar cerita tengku Hashim .

''Haa.nanti esok kamu datang Raz Holdings tau,jumpa dengan Aina atau Elya beritahu pada mereka , kamu confirm nak kerja dan beritahu tarikh sekali."

''Hmm Okay papa ! tapi kan papa, Mellsya interview dengan Haikarl tau ,so then macam mana CEO RAZ tu boleh tahu ek ?"

''Mereka tu kan kawan baik, siapa sahaja yang karl tu pilih, 70 percent mesti rash tu setuju. " Aimell hanya menganggukkan kepalanya.

''Jom mama kita balik! Eh mama dah tidur ke tu?"

''Haha.kamu ni Mellsya ada aje kamu sakat mama kamu.jomlah kita gerak balik"

Selesai membuat pembayaran makanan, mereka pun bergerak ke arah parkir kereta. Aimell hanya mengikuti jejak mamanya . Dalam setengah jam mereka pun sampau dirumah.  Pak karim membantu Aimell mengangkat luggage untuk masuk kedalam biliknya . Sampai  sahaja di biliknya ,tengku hashim sudah pun mengubah suai dekor biliknya , sungguh cantik . Dia duduk di birai katil sambil memandang cermin . Dia tekad untuk memulakan kehidupan yang baru . Oleh itu , sekarang dia mulai membuat dirinya sibuk agar tiada masa untuk fikir benda  yang bukan-bukan. Apa yang pasti dia perlu terus kuat dengan keadaan.

POSSESSIVE MR.CEO (COMPLETED)Where stories live. Discover now