BAB 26

188 5 0
                                    

MAJLIS Hari Lahir Tengku Firash Ayden sedang berlangsung . Kali ini Engku Mazlina menjemput semua kenalannya. Dia juga telah menjemput pihak media pada majlis tersebut . Haykarl Asyriq merupakan pengacara majlis tersebut.

Tengku Airin Mellysya ,mengenakan gaun dan tudung yang telah dibeli oleh Firash Ayden , gaun tersebut sungguh padan bila digandingkan dengan Firash Ayden yang memilih kod Formal. Dia memakai coat hitam sehingga menyerlahkan aura elegan beliau. Segala atur cara majlis telah diatur oleh  Engku Mazlina dan Firash sendiri.

''Assalamualaikum dan salam sejahtera , sebelum kita memulakan acara ini, terdapat satu pengumuman penting yang akan disampaikan. Saya Haykarl Asyriq sebagai pengacara majlis. Namun sebelum itu saya ingin menjemput pihak keluarga Tengku Firash Ayden dan pihak keluarga Tengku Airin Mellysya ke hadapan untuk majlis pertunangan mereka. Silakan... Terima kasih"

Tengku Airin Mellysya telah memandang Engku Laila dan Tuan Hashim . Namun mereka hanya tersenyum lebar .Mellsya sudah tahu mesti Firash dah memberitahu keluarganya . Dia seorang je yang tak tahu. Cepat betul tiba-tiba jadi official dah. Boleh lemah jantung kalau kena surprise macam ni . Mereka pun hadir dihadapan. Engku Mazlina  menyarung cincin merisik dan bertunang sebagai tanda pengikat hubungan mereka.

''Tahniah Kak lysya ! Welcome to our family..Finally ada kakak dah Fea.."

''Thanks Fea sayang "

''Tahniah kak Lysya..! Tahniah dapat cairkan hati abang yang beku tu" Harith berkata selamba.

''Thanks Harith "

''Tahniah anak bonda.. jaga hubungan baik-baik..dugaan bertunang ni lagi berat tau Airin , Rash.."

''Ya betul tu kata bonda kamu ,kena tetapkan hati, banyakkan bersabar kalau nak kekal lama " tambah engku Laila kepada mereka berdua.

Namun mereka berdua hanya tersengih mendengar nasihat tersebut.

''Haa. yang kamu berdua menyengih macam tu kenapa?"

''Err . Sebulan Bonda " jawab Firash perlahan sahaja agar tak kedengaran orang ramai yang sedang memerhati.

''Jangan cakap kamu berdua tunang tempoh sebulan je ? "

Perlahan mereka menggangguk kepala sambil tersenyum . Tengku hashim sudah ketawa mendengar jawapan tersebut.

''Ya allah bertuah punya budak ! Sempat ke nak uruskan banyak benda nak settle Rash"

''Bonda dengan Mama tak payah fikir okay..Rash bagi orang lain setup majlis kitaorang,sebab kitaorang pun kerja kan.."

''No " serentak Engku Laila dan Engku Mazlina menjawab. Rash dan Aimell pun terkejut.

''Why??"

''Bonda dengan mama yang akan uruskan semua. We will be preparing a grand wedding for both of you . "

''Its okay, yang penting kan perhubungan tu kekal , '

''Kamu tu kan anak sulung bonda "

''Kamu tu kan anak tunggal Mama "

''Okay Fine " kali ini Aimell dan Rash pula menjawab secara serentak. Selesai sahaja majlis tersebut mereka semua melepaskan tawa ,mana taknya tempoh sebulan pertunangan tu tak dibincang terlebih dahulu , mahu tak terkejut semua ahli keluarga.

Berita tersebut telah pun didengar oleh Nadia Bella. Pihak media telah menularkan berita tersebut dan itulah tujuan utama Tengku  Firash Ayden untuk menghebahkan tentang pertunangannya dengan Airin Mellysya .

POSSESSIVE MR.CEO (COMPLETED)Where stories live. Discover now