KEDATANGAN MEK SARRAH

13.7K 57 2
                                    


Aku ni penjaga untuk sebuah sekolah agama kecil di sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air. Kehidupan harian aku adalah dengan mengawasi pelajar2 sekolah ini menjalani kehidupan mereka dengan disiplin dan berjaya dalam bidang2 mereka. Aku lah yang menjaga pelajar dari sejak mereka bangun hingga ke waktu mereka tidur, malahan aku juga buat rondaan semasa merekea sedang tidur untuk memastikan tiada salah laku berlaku.


"Ustaz, saya risau dengan kelompok pelajar baru kita ni, semakin merosot pendidikan mereka," tegur tuan guru pengetua, memecahkan anganan siang ku. Ya betul, sejak kebelakangan ini, pelajar2 yang baru masuk ke sekolah kami ini merosot prestasi mereka. Puncanya kami tidak ketahui lagi, dan lebih malang lagi kemerosotan ini mula merebak ke pelajar yang lebih tua dan lebih senior. Aku nekad untuk mencari punca masalah ini dah menyelesaikannya dengan cepat.Aku pun mula meluangkan lebih masa memerhati pelajar2 baru ni. Siang malam aku perhati, tak dapat apa pun dan pembelajaran mereka masih merosot walaupun diperhati seketat yang boleh. Sekali tu, masa aku sedang buat rondaan di asrama pelajar, aku perasan seorang pelajar keluar dari tandas dan membawa sesuatu dalam baldi mandinya.Bentuk benda tersebut adalah seperti sebuah telefon bimbit. Aku membiarkan sahaja pelajar tu lalu dan mula memerhatikan dia dengan lebih ketat tanpa pengetahuannya. Aku mengekori pelajar tersebut hingga ke dalam tandas dan menunggu hingga pelajar tersebut habis menggunakan tandas.


"HA! Bak sini handphone tu!" Aku jerkah pelajar tersebut sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Terkejut, pelajar tersebut memberikan telefon bimbitnya dan menunduk malu."Jumpa saya di pejabat lepas kamu bersiap!" arah aku kepada pelajar tersebut dengan nada marah. Pelajar tersebut akur dan aku pun beredar dari situ. Aku memeriksa telefon bimbit pelajar tersebut dan terjumpa banyak gambar seorang wanita. Wanita tersebut berpakaian sungguh tidak beradab dan berpakaian ketat menunjukkan aurat. Dari gambar dia bertudung hingga tidak bertudung hingga ke kelab malam, semuanya ada. Aku menyoal pelajar tersebut dan mendapat tahu yang wanita ini adalah seorang influencer tempatan yang bernama Mek Sarrah. Aku menyoal siasat lagi pelajar tersebut dan mengetahui ada lagi rakan2nya yang juga berkelakuan sedemekian.


Kesemua pelajar yang terlibat dipanggil dan telefon bimbit mereka dirampas serta merta. Hasil pemeriksaan telefon bimbit mereka menunjukkan yang mereka menonton cerita lucah dan sekali lagi menonton gambar2 dan video2 Mek Sarrah. Siap ada yang pernah video chat berbaur lucah dengan Mek Sarrah. Semua pelajar terlibat diasingkan dari pelajar yang lain dan di awasi oleh warden2 untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi. Aku lega yang paling kurang kes misteri ni telah terungkai, dan langkah seterusnya adalah untuk menegur Mek Sarrah.


"Salam Pn Sarrah, semoga puan sihat selalu. Saya selaku ustad di sekolah ini hendak menegur puan tentang content2 yang puan buat. Content2 puan mengandungi unsur2 lucah dan berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Content2 puan ni jugak telah menyebabkan anak2 murid saya terjebak dan menjejaskan pembelanjaran mereka. Harap puan dapat mengubah content puan ke content yang lebih berfaedah. Sekian,Salam"Aku hantar mesej tersebut ke social media Mek Sarrah dengan harapan Mek Sarrah merubah perangainya. Namun sangkaan ku meleset, keesokan harinya, aku menerima balas mesejnya: "Hi Ostad, kau kata content aku tak faedah. Hey, content aku buat duit tau tak? Sekali aku online, beribu aku dapat. Kau kisah apa aku tayang apa dekat page aku? Dasar pemalas. Kau suruh la budak2 kau tu jangan tengok, budak2 kau jugak yang melancap tengok aku. Entah2 kau pun melancap sama tengok aku. Jangan ganggu aku lagi, kalau kau tak nak tengok jangan tengok, jangan kacau aku,"


Tambahan pulak, aku turut di kecam dalam salah satu videonya. Walaupun aku berasa marah, namun aku tak dapat berbuat apa2. Aku hanya biarkan saja celotehan Mek Sarrah di media sosialnya.

Penangan "Racun" Mek SarrahWhere stories live. Discover now