SYAQUILLA - BAB 81🔥

18.1K 800 16
                                    



IQBAL memusingkan tubuh mereka berdua dan sekarang dialah yang menindih Natasha. Dia mula menurunkan kepalanya lalu membenamkan bibirnya ke lekuk bibir isterinya. Natasha memejam mata lalu mengalungkan tangan ke leher suaminya.

Dia senyum dalam ciuman apabila suaminya melayannya dengan begitu lembut malam ini. Sudahlah sekarang ni hujan lebat. Cuaca amat sejuk namun Natasha berasa sangat hangat dengan sentuhan suaminya pada malam ini.

TIK TIK TIK.

Iqbal mencelik mata lalu melepaskan ciuman mereka apabila mendengar sesuatu. Natasha mencelik mata lalu matanya terkedip-kedip memandang suaminya.

"Sayang dengar tak?" Tanya Iqbal dengan suara yang agak serak. Natasha mengangguk perlahan. "Dengar.." ujar Natasha dengan suara timbul tenggelam. Iqbal menjilat bibirnya kejap.

"Kejap abang pergi cek." Ujar Iqbal lalu bangun dari menindih isterinya. Dia turun dari katil lalu mengambil semula boxer serta seluarnya yang terdampar diatas lantai. Dia sarungkan seluar-seluarnya lalu melangkah keluar dari bilik mereka.

Natasha kemam bibir.. sudahlah di luar sana hujan lebat.. cuaca pula gelap gelita tanpa cahaya. Gulp. Tachod la kena tinggal macam ni..

Natasha bangun dari baringnya lalu mengambil pakaian kecilnya serta gown tidurnya yang dicampak keatas lantai tadi. Dia memakai cepat-cepat lalu berlari keluar dari biliknya.

"Abang?" Panggil Natasha seraya melangkah ke dapur. Terjungkit keningnya melihat suaminya yang sedang mengambil besen di rak pinggan.

"Kenapa?" Tanyanya dengan riak bingung. Iqbal berpaling sekejap ke arah isterinya. "Atap bocor la yang.. sebab tu air menitik tadi." Iqbal meletakkan besen diatas lantai dimana air menitis.

Natasha panggung kepala keatas. Kaki melangkah menghampiri suaminya. "Laa yeke. Tuan rumah tak cakap pun.." ujar Natasha dengan wajah cemberut. Iqbal bangun dari cangkungannya lalu memusingkan tubuh ke arah Natasha.

Iqbal senyum tipis lalu mengusap pipi isterinya. "Takpe.. sikit je ni.. esok abang baiki.." Natasha memuncung. "Tak boleh jadi. Tasha nak call diorang. Boleh pula diorang tak cakap apa-apa tentang hal ni. Tak bertanggungjawab langsung."

Iqbal senyum lebar. Tahu sangat sikap garang isterinya itu apabila seseorang melakukan kesalahan. Iqbal menekup kedua pipi isterinya lalu merenung mata kebiruan Natasha.

"No.. biar abang je uruskan.. sikit je tu. Tasha jangan la garang sangat.. nanti tuan rumah pula yang lari dari Tasha.." ujar Iqbal lalu tergelak perlahan. Natasha memuncung lalu memeluk pinggang suaminya.

"Tapi tak bertanggungjawab la diorang tu.. Tasha nak juga berjumpa diorang. Tasha tak kira.. kalau diorang beritahu, Tasha takkan marah macam ni. Masalahnya sekarang diorang hanya diamkan sah--"

Terhenti percakapan Natasha apabila ada sesuatu lembut yang menghempap bibirnya. Natasha senyum apabila bibir suaminya mula mengurut lembut bibirnya. Iqbal melepaskan ciuman lalu menatap mata Natasha.

Iqbal senyum. "Abang ketua rumah. Biar abang je yang settlekan kes rumah ni. Tasha sebagai orang rumah abang, hanya perlu jaga abang sahaja. Tak perlu masuk campur urusan macam ni.. apa guna adanya suami kalau isteri nak lakukan semua benda hm?"

Bisik Iqbal perlahan seraya melagakan hidung mereka berdua. Natasha senyum lebar lalu mengalungkan tangan ke leher suaminya. "Abang the best.." bisik Natasha perlahan. Iqbal tergelak perlahan.

"Abang minta maaf atas kekurangan abang. Abang janji yang abang akan usa--"

"Shh.. dah banyak kali abang minta maaf pada Tasha.. dan banyak kali juga Tasha cakap tak apa.. Tasha terima segalanya.. Tasha cuma nak hidup dengan abang.. jadi Tasha terima hidup susah senang bersama abang.. asalkan abang tak lupa siapa yang bersama abang sewaktu abang kekurangan sekarang.."

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now