AIDANIMANI • 23

3.7K 227 10
                                    

ANAK mata Imani merenung wajah lena Aidan. Tenang sahaja wajah suaminya ketika tidur.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Aidan hanya bangun untuk solat subuh dan menyambung semula tidurnya subuh tadi.

Semalam, seharian Aidan melayan tetamu. Selepas majlis tamat, Aidan juga turut menolong untuk membersihkan dewan. Imani juga mahu tetapi dilarang keras oleh Aidan.

Tengah malam barulah mereka balik ke rumah mansion puan Dilla semula.

Tangan Imani mengusap wajah Aidan, dari dahi turun ke kening milik Aidan. Kening Aidan tidaklah tebal dan tidak juga nipis.

Lalu jari Imani turun mengusap mata Aidan, Aidan mempunyai bulu mata yang lentik. Di sebalik kelopak mata yang tertutup itu, mempunyai anak mata berwarna coklat.

Jari Imani turun pula ke hidung Aidan, hidung Aidan tidaklah terlalu mancung sangat. Jari Imani bergerak ke arah pipi dan rahang tajam Aidan.

Anak mata Imani berhenti di bibir merah Aidan, bibir yang suka memberikan senyuman manis kepadanya.

Lama Imani merenung bibir suaminya.

"Tenung je? tak nak rasa?" tanya Aidan secara mengejut, mata masih terpejam.

Imani terus terkejut, tangannya dilarikan daripada wajah Aidan tetapi tangan Imani sempat digenggam oleh Aidan.

Mata Aidan yang sudah terbuka itu merenung wajah isterinya dengan tajam.

"A-Apa maksud a-abang?" tanya Imani dengan tergagap-gagap.

"Suka tenung muka abang? Atau bibir abang, hm?" usik Aidan dengan senyuman sinis.

Imani mengunci mulut dan menunduk ke bawah, memandang perut berotot Aidan tanpa baju.

Aidan menarik tubuh Imani lalu di peluk dengan erat, wajah Imani terus diketup pada dada terdedahnya.

"Abang, lemas" ujar Imani.

"Eh! sorry, honey" Aidan melonggarkan sedikit pelukannya, dia tersenyum manis kepada Imani.

Imani mengemam bibir, merah wajahnya bila Aidan merenung wajahnya.

"Dah pukul berapa ni, honey?" tanya Aidan.

"Pukul 10. Abang penat lagi?" tanya Imani.

Aidan menggeleng kepala lalu dia mengangkat sedikit wajahnya, lalu Aid mengucup dahi Imani.

"Penat abang dah hilang bila nampak si cantik ni." ucap Aidan, jarinya mula mencuit hidung Imani.

Imani tersenyum malu dan menyorok wajahnya pada dada Aidan.

"Miel dah makan?" tanya Aidan.

"Belum. Abang selalu panggil mil. saya, Imani" kata Imani.

Aidan terus ketawa kuat.

"Apa yang lawak?" tanya Imani.

"Miel, bukan mil. Miel tu bahasa Spain," jawab Aidan.

Mulut Imani berbentuk 0. Baru faham.

"Miel tu maksud dia honey," ujar Aidan.

Imani mengangguk dengan senyuman.

"Ni! Kenapa tak makan lagi? Nanti gastrik macam mana?" tanya Aidan, wajahnya berubah serius.

"Tunggu abang. Nak makan dengan abang," jawab Imani.

Aidan terus tersenyum.

"Kenapa tak kejutkan abang? Kesian isteri abang lapar," Aidan bangun baru baringan dan terus turun daripada katil.

HIS PRINCESA ©️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora