AIDANIMANI • 41

1.4K 161 5
                                    

TROLI yang sudah penuh dengan barang ditolak menghampiri Meesya yang sedang memilih barang.

"Dah pilih?" tanya Imani.

"Dah. Semua dah pilih, jom bayar." jawab Meesya.

Hari ini Imani dan Meesya keluar membeli barang serta hadiah untuk diberikan kepada Hariz semasa majlis perkahwinannya nanti.

Usai membuat pembayaran, mereka berdua terus melangkah keluar lalu terus ke tempat letak kereta.

Tempat ini agak sunyi kerana kereta Meesya terletak di bahagian hujung, barang-barang yang sudah dibayar itu disusun masuk ke dalam mereka.

"Habis juga, dah 2 jam kita dekat dalam tadi." ujar Imani.

"Kan? Kan? Lama juga kita keluar." Meesya ketawa kecil, mujurlah Ariff melepaskan dia pergi bersama Imani.

Imani melangkah ke arah pintu kereta, kebetulan ada seorang perempuan dan seorang lelaki baru sahaja keluar daripada kereta di sebelah kereta Meesya, mereka berdua berjalan melepasi Imani.

Belum sempat Imani membuka pintu kereta, dahinya berkerut.

"Akak, masuklah." ujar Meesya.

Imani memandang ke bawah, matanya terus membulat.

"M-Meesya..." panggil Imani, suara gementar. Tangannya juga naik memaut pintu kereta.

Meesya memandang Imani, anak matanya bergerak melihat apa yang dilihat oleh Imani.

"Ya Allah!" Meesya mula panik, dia menekan satu alat di tepi pintu kereta.

Alat itu adalah butang kecemasan, Ariff yang pasang pada kereta Meesya, jika berlaku apa-apa, dia hanya perlu menekan butang itu.

Lutut Imani semakin lemah, pautan tangannya pada pintu kereta semakin longgar, perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke bawah.

Meesya sudah berada di sebelah Imani, dia memaut tubuh Imani agak tidak terjatuh ke bawah.

"Darah apa ni, kak?" tanya Meesya.

"Tak.. Tak tahu..." tangan Imani perlahan-lahan menyentuh perutnya, darah sudah mula membasahi pakaiannya.

"Akak, tahan. Nanti bantuan sampai." kata Meesya, dia mula melihat ke arah sekeliling.

Dari jauh Meesya melihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang melihat ke arah sini, mereka berdua tersenyum sinis.

"Diorang yang buat..." gumam Meesya.

"Sakit..." Imani tidak dapat menahan lagi, dia tidak pernah rasa sesakit ini.

Di dalam kepada Imani hanya memikirkan Aidan, dia mahukan suaminya. Imani memejamkan mata, dia membayangkan wajah Aidan.

Dan telinganya dapat mendengar Meesya bercakap, seperti meminta bantuan.

"Akak jangan tutup mata, ambulans dah nak sampai." kata Meesya, tanya juga turut menekup perut Imani.

"Puan Meesya!"

Meesya berpaling ke tepi, dia menghembuskan nafas lega apabila dia melihat Han dan Taqif sudah berada di sini.

"Han! Tu, diorang!" Meesya menunjukkan jarinya ke arah satu sudut.

Namun, apa yang Meesya lihat tadi sudah tiada.

"Biarkan, selamatkan puan Imani dulu." sampuk Taqif.

"Dia kena tikam ni, puan dah call ambulans?" tanya Han.

"Dah, on the way."

HIS PRINCESA ©️Where stories live. Discover now