BAB 4

47 10 3
                                    

Kolej Orked

Lya masuk ke dalam bilik sambil menghantar mesej di WhatsApp kepada keluarga Lya dan Zafrean untuk memberitahu bahawa Lya sudah selamat sampai dibiliknya.

Selepas selesai menghantar mesej kepada mereka, Lya pergi membersihkan diri memandangkan Lya tidak pulang ke kolej ketika mempunyai jarak diantara satu kelas ke satu kelas yang lain.

Selesai membersihkan diri dan melakukan night skincare routine, Lya membuka laptop untuk melakukan assignment yang tertunggak kerana dia banyak menghabiskan masa diluar hari ini.

Ketika tangan Lya sedang asyik menari-nari diatas papan kekunci, telefon Lya berbunyi minta untuk diangkat. Lya melihat kearah skrin telefon, tertera My Lovely Brother Afeef 💖.

Ini menandakan bahawa pemanggil tersebut adalah abang sulung Lya. Lya pun memberi salam setelah mengangkat panggil abangnya. Seperti biasa Afeef akan bertanyakan apa yang Lya pelajaran pada hari ini. Lya menjawab dengan sangat lancar kerana dia sudah terbiasa dengan rutin ini bersama Afeef.

Setelah itu, Afeef mula bertanyakan perihal Zafrean kerana Lya ada memberitahu kepada Afeef dan ahli keluarga yang lain bahawa Zafrean bukan sahaja mahu menghantar dia pulang ke kolej malah Zafrean juga telah membayar makan malam Lya serta mengimamkan Lya.

"Kenapa abang tak pernah pun dengan nama Sir Zafrean sebelum ni?" Soal Afeef dihujung talian.

"Hari ini first day Sir Zafrean bertugas Along. Sir Zafrean ganti Madam Zakiah yang cuti bersalin selama tiga bulan. Jadi mulai hari ini Sir Zafrean yang akan ajar Angah subjek Microeconomics." Lya menjawab sambil tangan menari-nari di atas keyboard komputer ribanya.

"Ouh patutlah. Angah, Along nak pesan, Jaga diri baik-baik disana. Along tahu Angah mesti dah bosan dengar pesanan Along ni tapi Along tetap juga nak pesan, tambahan sekarang Angah perlu berurusan dengan pensyarah baru. Angah perlu jaga sikap Angah, jangan mudah termakan dengan kata-kata manis dan kebaikan orang lain. Along harap Angah faham apa yang Along sampaikan ni." Afeef mengulangi pesanan yang disampaikan olehnya kepada Lya hamper setiap hari.

"Angah faham apa yang Along sampaikan. Bagi Angah setiap pesanan dan doa dari keluarga kita membuatkan Angah rasa selamat dan Angah juga dapat mengawal setiap perbuatan Angah disini kerana Angah memikirkan tentang keluarga kita. Along sentiasa doakan Angah tau sebab Angah kuat sampai sekarang kerana doa Along dan orang sekeliling." Sempat Lya meminta abang sulungnya untuk mendoakan kesejahteraan Lya yang sedang berjihad dalam menuntut ilmu di negeri lain.

"Alhamdulliah kalau Angah faham. Jangan risau Along sentiasa doakan semua adik-adik Along. Ouh sebelum Along terlupa, Angah mula bercuti selama seminggu bermula hujung minggu ini kan? Boleh tak Angah ambil tiket train balik Kedah? Sebab nanti kita akan berkumpul di rumah Tokwan. Nanti Along ambil Angah di KTM." Afeef menyatakan rancangan keluarga mereka kepada Lya

"Boleh Along, sekejap lagi Angah terus beli tiket. Aqed dengan Lysa dah tahu ke Along?" Lya berkata sambil mengaru kening.

"Diaorang baru juga tahu hari ini. Okeylah Along dah kena end call ni sekejap lagi dah nak naik flight. Jaga diri Angah. Assalammualaikum." Afeef terus meminta diri selepas memaklumkan perancangan keluarga mereka kepada Lya.

Lya menamatkan panggilan setelah selesai menjawab salam yang diberikan oleh Afeef. Setelah itu, Lya termenung seketika kerana ada benarnya juga apa yang Afeef katakan.

Lya tidak patut mudah termakan dengan kebaikan dan kata-kata manis Zafrean kerana membimbang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Afeef Al-Uqail anak sulung Encik Amin Al-Khaled bersama Puan Lynda Arshila. Afeef merupakan abang kepada Lya dan dua orang lagi adik mereka iaitu Aqed Al-Urshan dan Lysa Umaera. Afeef merupakan seorang juruterbang yang bekerja di salah satu syarikat penerbangan terkenal Dubai. Dalam masa yang sama Afeef juga sedang menyambung pengajian Master dalam Bidang Arkitek.

ARDEAN ZAFREAN KIM (ON GOING)Where stories live. Discover now