Bab 29

6.5K 325 21
                                    

Haifaa mengecilkan mata mencari kelibat Eusoff di luar rumah. Bibirnya mengulum senyum apabila melihat wajah sirius Eusoff membuka buah kelapa muda di pangkin.

'Apalah yang abang teringin sangat nak makan isi kelapa muda itu sampai sanggup tangguhkan hari balik. Macam tak boleh nak cari balik nanti je' omel Haifaa sendiri

Haifaa menyarung selipar milik Nek Mun lalu berlari-lari anak mendekati Eusoff. Eusoff mengangkat parang agak tinggi untuk membelah kelapa muda di tangannya itu.

Pak!

"Wuu! Hebatnya awak ni. Awak suami siapa ya? Nak mengorat boleh?" usik Haifaa. Dia memeluk leher Eusoff dari belakang lalu cium pipi itu sekilas. Eusoff senyum apabila mendapat hadiah yang tak disangka-sangka.

"Tak boleh. Nanti isteri kita marah" Eusoff tersenyum senget.

Haifaa melabuhkan punggung di pangkin.

"Eeii garanglah isteri awak tu. Kita nak mengorat suami dia pun tak boleh. Kedekut" Haifaa memeluk tubuh.

Eusoff ketawa. Dia membuka kelapa muda itu sehingga terbelah dua. Bersinar mata Haifaa melihat isi kelapa muda itu tebal. Macam sedap.

"Manja nak rasa?"

Haifaa menggeleng

"Apa yang sedap sangat isi kelapa tu sampai abang sanggup balik esok? Abang mengidam eh?"

Eusoff mengangkat bahu. Dia masih ralit mengorek isi kelapa itu. Haifaa ketawa halus.

"Tahniah encik, encik dah mengandung 2 hari"

Eusoff ketawa. Ada-ada saja isterinya ini. Tiba-tiba mata Haifaa tertangkap seorang perempuan sedang menolak kerusi roda di depan rumah Nek Mun ini. Perempuan dan lelaki yang duduk di kerusi roda itu sangat familiar baginya.

"Manja tengok apa?" Tanya Eusoff apabila dahi Haifaa berkerut.

Haifaa memuncungkan bibir. Eusoff menoleh ke arah itu. Dia mengeluh berat dan terus sambung menghabiskan isi kelapa yang berbaki. Rosak moodnya petang ni.

"Itu Inaya kan?"

Diam

"Abang, Faa tanya ni. Itu Inaya kan?"

"Hmm" Eusoff menyuapkan isi kelapa muda itu ke dalam mulut Haifaa supaya tiada lagi soalan berkaitan Inaya.

Haifaa mengangguk-angguk kepalanya. Sedap! Manis!

"Dia buat apa dekat sini?"

Eusoff menyuapkan lagi isi kelapa itu. Cepat-cepat Haifaa mengunyah. Banyak lagi soalan yang bermain difikiran.

"Suami dia sakit?"

Eusoff menyuakan lagi isi kelapa itu tetapi Haifaa menggeleng.

"Abang tak jawab pun soalan Faa" Haifaa memegang lengan suaminya.

Eusoff mengeluh berat.

"Dia bukan urusan kita, manja. Jadi, tak payah ambil tahu"

"Tapi Faa tetap nak tahu" Haifaa memberontak.

"Cukup sekadar manja tahu yang Inaya tu sekampung dengan abang dan sekarang dia tengah jaga suami dia lumpuh. Itu sahaja. Jangan tanya lebih-lebih pasal dia" Eusoff menolak kelapa itu menjauh. Dia sudah tiada rasa ingin menghabiskan kelapa itu. Ini semua gara-gara Inaya.

"Kesiannya... Faa nak jumpa dia sekejap lah" Haifaa turun dari pangkin.

"Tak payah. Abang tak izinkan" tegas Eusoff menghalang. Terhenti langkah Haifaa.

"Alaa, sekejap je abang" Haifaa meneruskan langkah

Eusoff turun dari pangkin lalu mendukung Haifaa di bahunya. Kalau cakap elok-elok pun bukannya Haifaa mahu mendengar. Punggung Haifaa dipukul perlahan.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now