Bab 57

4.6K 277 33
                                    

Kereta Eusoff berhenti di hadapan perkarangan sebuah rumah. Dia memandang wajah lena Haifaa yang sedang berbaring di sebelah. Mulut di bawa ke perut si isteri.

"Ayah tak tipu bonda. Ayah hanya ada bonda dalam hati ayah" Eusoff lantas keluar dari kereta apabila melihat Jefri keluar dari rumah dibantu oleh Inaya.

Haifaa terjaga apabila dia merasakan pinggangnya sakit. Dia tercari-cari suaminya yang sudah tiada di sebelah. Dia di mana sekarang? Ke mana Eusoff pergi? Dia tinggalkan aku?

Baru saja Haifaa ingin membuka pintu tetapi pintu di halang oleh belakang tubuh Eusoff yang bersandar di pintu belahnya. Sepertinya Eusoff sedang bersembang dengan seseorang. Ini rumah siapa?

Eusoff membuka pintu untuk Haifaa. Haifaa memandang suami isteri di depannya ini. Suami Inaya dah boleh berjalan?

"Manja dah bangun?" Eusoff menghulurkan tangannya untuk membantu.

Haifaa menyambut huluran itu. Agak susah untuk dia bangun sendiri. Jadi, Eusoff sudah faham isterinya perlu dibantu.

"Kenapa kita dekat sini? Abang nak Faa meminang Inaya untuk abang pula ke?" Soal Haifaa sinis walaupun dia sudah lihat kemesraan Inaya dengan suaminya sekejap tadi. Dia tiada niat nak melukai hati sesiapa tetapi soalan itu yang kuat dari mulutnya.

"Manja" suara Eusoff seolah-olah merayu.

Inaya mengeratkan lagi pelukan pada lengan suaminya. Dia mengangkat muka memandang suaminya sambil tersenyum. Dia tidak marah kerana dia faham perasaan seorang isteri yang tiba-tiba saja suaminya datang ke rumah bekas tunang. Siapa yang tak marah kan?

"Jemput masuk ke rumah kami yang tak seberapa ni" jemput Jefri untuk meredakan ketegangan diantara Eusoff dan Haifaa.

Eusoff menggenggam tangan Haifaa selepas Jefri dan Inaya sudah masuk terlebih dahulu. Mereka memberi ruang Eusoff memujuk.

"Please manja, sekejap lagi abang akan buktikan yang abang tak ada perempuan lain. Ya, memang tadi abang bercakap dengan Inaya tapi hanya sekadar dia nak ucapkan terima kasih. Abang tak nak manja dengar sebab abang tak nak manja salah faham. Tapi bila dah jadi macam ni, abang kena bawa manja jumpa Inaya dan Jefri juga" terang Eusoff panjang lebar.

Haifaa menjeling Eusoff tajam. Tangannya ditarik semula. Dia menghulurkan bag tangannya pada Eusoff kemudian masuk ke dalam rumah sambil mengibas-ngibas tudungnya. Panas!

Haifaa memandang Jefri dengan hujung mata. Jefri sudah boleh berjalan sedikit tetapi dengan bantuan tongkat atau orang pemimpinnya. Kemesraan Inaya dan Jefri saling membantu menarik perhatiannya untuk terus memandang pasangan ini.

"Abang duduk lah dulu. Biar Naya je yang bawa makanan ke depan. Kaki abang bukan kuat sangat pun" kata Inaya lembut pada Jefri yang perlahan-lahan mahu masuk ke dapur untuk membantu si isteri.

"Abang tak boleh tengok isteri abang buat kerja sendiri. At least bagi abang bantu sikit untuk ringankan kerja Naya"

Inaya senyum menahan sebak. Dia bersyukur masih bersama dengan lelaki yang amat baik walaupun dahulu dia terdetik untuk berpisah dengan lelaki yang lumpuh ini.

"Abang tolong Naya layan Eusoff dan Haifaa sekejap boleh? Yang lain biar Naya yang urus. Dah nak siap ni. Boleh ya abang?"

Jefri senyum. Tangannya naik menyentuh ubun-ubun Inaya. "Boleh sayang. Kalau perlu bantuan terus panggil abang ya. Nanti abang berlari sepantas kilat pada Naya" gurauan Jefri membuatkan Inaya ketawa. Dia hanya mengangguk.

Eusoff mendekatkan jarak kedudukan mereka. Pinggang Haifaa dipeluk. Haifaa menjulingkan mata ke atas apabila Eusoff mengenyitkan mata. Eusoff ketawa.

"Macam mana keadaan kau sekarang?" Tanya Eusoff sebaik sahaja Jefri melabuhkan punggung.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now