BAB 21 ~ Lyn tak nak kahwin!

865 49 8
                                    

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....



Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya, nampak juga batang hidung Luca dan Adam. Atas bantuan bunyi enjin kereta Honda Civic, anjing anjing liar tersebut membantutkan niat mereka dan berpatah balik. Alhamdulillah sangat sangat. Tak nak aku, balik nanti kena samak. Yang paling aku takut, kena gigit dan silap hari bulan kena penyakit anjing gila. 

Eh sat...aku memang dah gila pun.

“signora. I’m so sorry.” Ujar Luca disaat jejaka tampan kacukan itali tersebut menapak keluar dari perut kereta.

“it’s ok”

Aku cuba menggagahkan diri untuk bangkit. Malangnya, aku tak berdaya. Dah lah aku tak makan waktu rehat sebab melayan drama tak berbayar minah Dania tu. Lepastu, kena maraton sambil bawa beg galas. Tambahan pula, kena kejar dengan anjing disebabkan mamat sebelah aku ni.

Tu lah. Tinggi cam tiang. Anjing depan mata pun tak sedar. Sedap sedap je dia pergi pijak anjing tu.

Tiba tiba, aku merasakan tubuh aku berada di awangan. Kaki aku tidak menyentuh bumi. Badan aku dicempung oleh Ayden. Hampir sahaja, jeritan ingin keluar dari kotak suara namun sempat disekat.

“hey! Put me down” arah aku

Aku memandang ke arah Luca dan Adam untuk meminta tolong. Luca berpaling ke arah lain sambil acah acah memeriksa jam tangan. Adam pula, masih didalam perut kereta sambil bermain telefon. Cis! 

“jangan sampai, aku panggil anjing anjing tu balik kang. Baru terhegeh hegeh nak suruh aku angkat kau masuk kereta”

Luca membuka pintu belakang. Ayden memasukkan aku ke dalam isi kereta tersebut. 

“menggatai juga ye kau ni. Baru F5 tapi ngade nak jantan angkat kau macam tuan puteri” kata Adam. Matanya masih tidak lepas dari kaca telefonnya.

“what the? Aku yang menggatai? Excuse me! Aku tak suruh pun dia angkat ok! Daripada kau. 24 jam dengan fon. Selalu OnCall, sleep call bagai.” balas aku

“she’s my fiancé”

“and he’s my fiancé”

Aku terdengar Ayden ketawa. 

“wow, aku ingatkan kau tak nak mengaku yang aku ni tunang kau” Ayden mengenyit mata

Malu. Blushing. Berbahang muka aku. Sumpah aku terlepas cakap.

__________________________________

“walid tak kira. Start from today, lyn akan belajar dari rumah” tegas walid

“tapi walid-“

“NO BUTS”

Aku tersentap. Hilang semua patah bicara yang aku ingin ungkapkan. Umi mengurut lembut lengan walid untuk menenangkan api amarah walid yang membuak buak. Gara gara peristiwa balik sekolah petang tadi, serta merta walid menguatkuasakan perintah berkurung untuk aku. Ceh! Macam aku pula yang buat salah.

“walid, silap hari bulan boleh gila Lyn dibuatnya!” aku tetap berkeras kepala

Walid merenung tajam kearah aku. Aku mendengus geram lalu bangkit dari sofa dan menuju ke bilik tidur. Fine! Semua orang nak kawal aku. Nak aturkan cara hidup aku. Sampai tahap aku terfikir…aku ni tiada bezanya dengan patung atau robot.

____________________________________________

Umi mengetuk lembut pintu bilik aku. Hati berbisik menyuruh aku terus membisu namun minda mengaplikasikan arahan untuk menjawab panggilan umi. Walau apa pun, umi tetap umi. Jangan sesekali tinggikan suara atau tidak mengendahkan panggilan insan yang digelar ibu.

Pintu dibuka lalu umi menapak masuk ke dalam bilik aku. Dilabuhkan punggungnya bersebelahan aku yang sedang berbaring di atas tilam. Tangan lembut bak sutera itu mengelus lembut pipi aku. Terasa kian hilang perasaan merajuk dan marah aku. Betapa ajaibnya sentuhan umi.

“lyn..marah walid lagi ke?” soal umi dengan lembut

Aku tidak menjawab dengan tutur bicara namun kepala diangguk mengiyakan soalan yang diajukan itu. Ya. Aku marah. Sedih. Kecewa. 

Aku hampir serupa dengan watak Rapunzel. Bezanya, aku dikurung di dalam rumah sendiri. “home sweet home” “rumahku syurgaku” tetapi sebaliknya bagi aku. Umi dan walid seringkali pulang lewat dari kerja. Aku ni pula jenis tak berapa rapat dengan semua orang bawahan walid kecuali Luca dan Adam. 

Tetapi diorang lelaki. Aku perlukan sahabat seumur untuk diajak berbual malah bercanda dan satu satunya sahabat yang aku ada di dalam penjara dunia yang kejam ini hanya Sarah. Gadis itu yang selalu menyinari suasana tatkala aku kesepian di sekolah.

"Lyn nak pergi sekolah…Lyn tak nak Kene perap macam jeruk" aku berterus terang

"Umi dan Walid benarkan tapi dengan satu syarat"

Aku bangkit dari posisi rebahan. Umi dipandang dengan penuh perasaan gembira. Ni sayang umi ni.

"Apa dia umi? Lyn sanggup tunaikan. Everything! Lautan api sanggup ku redah, hujan batu sanggup ku harungi, jalan berduri sanggup ku jejaki demi berjumpa sang mentari yang membawa sinar bahagia setiap hari. Sang rembulan yang sentiasa bersama tatkala dihantui kesunyian"

Tak pasti samada mata aku yang bermasalah atau memang betul aku nampak umi tersenyum seperti…menang sesuatu?

"Betul ni?"

"Si', madre" (ya, umi)

"Jadi isteri Ayden"

"What????!"

Mata aku terlopong. Rahang aku terjatuh. Setahu aku, baru je semalam korek telinga. Ke…aku mimpi sekarang ni? Someone please help me!

"Why Ayden umi?!" Bicara aku dengan nada ketidakpuasan hati

"Sebab umi dan Walid yakin, dia yang terbaik. Dia mampu jaga Lyn dan sayang Lyn."

"Lyn tak nak kahwin! Lyn ben-"

"Tak semua lelaki sama macam daddy kamu tu" sampuk Walid

"Lyn tak ada daddy! Lyn cuma ada Walid dengan umi je!" Tanpa sedar, nada suara ditinggikan.

"Dan Lyn tak kira! Lyn tak nak kahwin! Lyn tak nak jadi macam mummy! Lyn tak nak…"

Aku gagal menahan cecair permata yang sedang bertakung dan akhirnya jatuh ke lantai bumi.

"Lyn…percayakan Walid dan umi. Ada sebab kenapa kami nak Lyn cepat cepat kahwin. Kami sayang Lyn. Ni je caranya. Umi dan Walid tak mampu nak pantau Lyn 24 jam. Tambahan pula, Ayden tu satu sekolah dengan kamu, dapat lah dia tengokkan Lyn. Lyn jangan risau. Ayah Ayden tu BFFFFFFFFFFF Walid."

Walid menghampiri lalu satu kucupan dihadiahkan di ubun ubun aku.

"Please Lyn…"







To be continue

Bidadari MiliknyaWhere stories live. Discover now