BAB 42

319 18 1
                                    

"KLINIK?" soal Zayyan pelik. Dah kenapa nak pergi klinik? Ada orang sakit ke?

"Haah, klinik. Jom masuk." Mawar membuka pintu kereta dan keluar dari kereta mewah Zayyan.

"Ini klinik Shafiq kan?" tanya Zayyan lagi. Mawar mengangguk. Boleh minta free dekat abangnya.

Masuk didalam klinik itu, Mawar merasakan dingin teramat. Air cond pasang berapa ni?

Mawar pergi ke kaunter pertanyaan. 

"Boleh saya bantu?" tanya nurse perempuan itu. Dulu lelaki yang jaga kaunter ni, sekarang perempuan pula.

"Saya nak jumpa Doktor Shafiq Qashaf." ujar Mawar.

Nurse perempuan itu mengangguk. " Ada appoinment?" soal nurse perempuan itu.

"Tiada. Awak kata sahaja dekat Doktor Shafiq yang ada orang nak jumpa dia. Mesti dia bagi." Nurse perempuan itu kerut dahi sebelum mengangguk.

"Cik boleh duduk dulu." 

"Puan." Mawar membetulkan ayatnya.

"Eh! Maaf. Puan sila duduk dulu." Mawar mengangguk sekali lagi sambil tersenyum.

"Anita!" laung nurse perempuan itu.

"Ye, Amira. Apa yang saya boleh bantu?" soal Anita kepada Amira.

Mawar melihat juga muka mereka sama. Seakan-akan kembar.

"Kata kepada Doktor Shafiq ada seorang wanita bernama Mawar Qistina mahu berjumpa dengannya." IC kad Mawar dibaca sebentar. Anita mengangguk sebelum meloloskan diri.

Beberapa minit kemudian, Anita kembali ke kaunter pertanyaan itu. " Amira. Doktor Shafiq benarkan wanita itu masuk." terang Anita. Amira mengangguk.

"Mawar Qistina." panggil nurse Amira. Terus Mawar bangun dari duduk.

"Puan boleh pergi ke bilik nombor 1 tu." ujar nurse Amira. Tangannya dituding kearah bilik nombor 1 itu. Mawar mengangguk laju. Amira sempat memberi IC kad Mawar kembali.

Tangan Zayyan ditarik dan dibawa masuk ke bilik nombor 1 itu. Sebelum masuk, sempat Mawar mengetuk pintu. Nanti, orang kata tiada adab pula menerjah bilik tanpa mengetuk pintu dahulu.

"Masuk!" laung seseorang. Terus Mawar memusingkan tombol pintu. Masuk sahaja kedalam bilik, terlihat Shafiq sedang menunggu kehadirannya.

"Ha, duduklah adik." Shafiq menunjukkan kerusi dihadapannya untuk Zayyan dan Mawar duduk.

Mawar dan Zayyan terus duduk diatas kerusi yang diarahkan Shafiq itu.

"Adik ada apa datang sini?" tanya Shafiq. Macam layan orang asing pula adik-adik bagai ni. Cuba lah panggil nama.

Sebelum Mawar mahu berkata, dia membisik seketika dekat Zayyan.

"Sekarang ke?" soal Zayyan.

"Haah. Haus lah. Cepat-cepat. Nanti dah beli, duduk je luar. Okay?" Zayyan hanya mengangguk.

Usai Zayyan keluar dari bilik, barulah Mawar boleh berkata.

"Abang. Adik rasa, adik mengandung lah." ujar Mawar.

"Mengandung? Alhamdulillah lah macamtu."

"Hisy, bukan lah. Adik rasa je. Adik datang sini pun nak check. Abang boleh tolong? Sebab adik rasa simptom tu kena dekat Zayyan." terang Mawar.

"Ohh. Cakap lah awal-awal. Jom kita check dulu."







15 minit selepas mengecek, Shafiq marasakan sesuatu didalam diri adiknya.

"Adik mengandung ke abang?" soal Mawar teruja.

Shafiq mengeluh seketika.

"Adik..."

"Adik apa?" gesa Mawar lagi.

"Adik mengandung!!" jerit Shafiq.

Mawar menutup mulutnya. Air matanya menitis. " Terima kasih, Ya Allah." ucap Mawar bersyukur.

Betul kata Mak Yah. Bila Allah tarik seseorang yang boleh membuatkan kita bahagia, kita akan rasa kekosongan. Tetapi sebenarnya, Allah mahu menggantikan sesuatu yang baru.

"Terima kasih abang, tolong check adik."

"No hal lah. Lagipun memang kerja abang." Mawar tersenyum. 

"Adik nak tanya. Kandungan adik dah berapa bulan?" soal Mawar teruja.

"Sudah 3 bulan." air mata Mawar mengalir tanda bahagia. Patutlah dia melihat dirinya seakan-akan sudah gemuk. Rupanya, sudah ada isi.

Selepas itu, tangan nya bergerak-gerak ke dalam beg tangan.

Shafiq yang perasan itu terus berkata, " Eh! Tak payah bayar. Harini kita free sahaja." jujur Shafiq.

"Betul?" Mawar tidak percaya sebenarnya.

"Tak percaya sudah. Keluar lah cepat. Kesian Zayyan tunggu tu." Mawar menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa tentang Zayyan. 

Mawar keluar hati dengan senangnya.  Terasa dunia ini miliknya.









"Sayang dah kenapa tersenyum-senyum ni? Mesti jumpa ex dekat klinik tadi kan?" duga Zayyan sebaik sahaja sampai kerumah. Mawar masih tidak beritahu lagi kepada Zayyan tentang berita itu.

"Eh! Tuduh-tuduh pula. Abang jelah ex Mawar dulu." Zayyan menggaru kening. Ya tak ya juga.

Zayyan tersengih tidak bersalah.

"Abang." panggil Mawar sambil tangan ditepuk disebelah sofa. Zayyan yang sudah faham itu, hanya menurut.

"Kenapa?"

"Mawar ada satu berita gembira."

"Apa dia." wajah Zayyan terteleng kearah Mawar. Teruja pulak nak dengar.

Mawar menarik nafas dahulu sebelum berkata. " Mawar mengandung!" ujar Mawar senafas sambil senyuman meniti di bibir. Lebar.

"HA?!" lantang suara Zayyan.

"M-mengadung?" mata Zayyan terarah ke perut Mawar yang sedikit besar itu.


TBC

Vote, Comment, and Follow 🤍



𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | ©Where stories live. Discover now