Part 10 💕 (FAIRY×FAYZEN)

1.8K 46 0
                                        

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk"

"Tengku saya ada benda nak cakap sikit"kata Fairy sambil menundukkan kepalanya dan bermain-main dengan jarinya.

"Cepat sikit aku tak ada masa nak layan kau.By the way aku mintak maaf pasal haritu. Aku tak boleh nak kawal marah aku ."Kata Tengku Faiz Fayzen sambil melihat ke arah Fairy .

"Takpe saya tak kesah pun.Sebenarnya abang saya nak buat majlis kesyukuran sempena hari lahir  anak dia hujung minggu ni. Abang saya suruh saya jemput Tengku sekeluarga ." Terang Fairy.

"Kau cakap dengan aku ke lantai?" Soal Faiz .

"Dengan Tengku"

"So pandang akuu , kau ni kalau aku kasar sikit nangis macam mane la staf aku boleh terima kau kerja kat sini haritu.Pasal majlis tu nanti aku bagitahu parent aku. Bukan apa takut parent aku tak selesa nak pergi rumah kau. Kau bukan setaraf pun dengan keluarga aku" bidas Faiz sambil memandang Fairy dengan senyuman sinis .

"Cakap la nak cakap apapun saya tak kesah. Tengku ni memang tak serik kan buat salah pastu mintak maaf. Saya sedar yang saya ni tak setaraf dengan Tengku tapi jangan la buat muka macam Tengku jijik sangat kat saya."

"Tengku yakin ke harta dan pangkat Tengku tu kekal selamanya?"

"Itu saja yang saya nak bagitahu kat Tengku. Saya mintak diri dulu. Harini saya half day."pamit Fairy Nurasya sambil menahan diri daripada mengalirkan air mata.

Memang la dia boleh sabar tapi kata-kata Faiz tu memang mematahkan semangat dia.

Selepas sahaja Fairy keluar dari bilik Faiz. Wajah Faiz terus berubah  mendung. Dia tak ada niat pun nk cakap macam tu kat Fairy . Dia cakap macam tu tanpa dia sedar.

Dia bukan nak marah sangat pun Fairy tapi dia saja bersikap sedemikian supaya dia tak terjatuh hati dekat Fairy.

Faiz mengambil gambar di dalam laci meja dan dipeluk erat. Dia sangat sayangkan arwah isteri dia sampaikan dia rasa tiada siapa dapat gantikanya.

"Sayang , kan best kalau sayang ada disisi abang . Abang rindu sangat sayang. "

" Kenapa sayang tinggal abang sorang-sorang macam ni. Abang tak tahu macam mana lagi nak buat supaya abang redha dengan pemergian sayang."

" Papa dengan mama abang sentiasa suruh abang move on dan cari penganti sayang, tapi abang tak mampu nak buat semua tu. Apa yang abang tahu sekarang abang hanya rindu sayang dan anak kita." Ujar Faiz sambil mengalirkan airmata.

"Sampai bila aku nak meratap macam ni. Sampai bila aku nak dingin je dengan semua ? Kau kuatkan lah aku untuk terima takdir yang isteri aku dah tak ada.

"Aku rasa sudah tiba masanya aku mencari penganti Fazrina. Walaupun abang cari penganti sayang itu tak bermakna abang lupakan sayang."

Setelah keluar dari bilik Faiz,Fairy pergi ke pantai untuk menenangkan fikirnya yang betul-betul kusut. Tangannya bergetar, bibirnya tersebik -sebik dan matanya laju mengalirkan airmata tanpa henti. Dia sangat terasa dengan kata-kata Faiz tadi.

Selama ni dia dikelilingi dengan orang-orang yang baik dan tak pernah merendah-rendahkannya. Tapi tadi hati dia sakit sangat bagai di robek-robek .

Mujur la dia masih memikirkan tentang keluarganya. Kalau tak tadi mesti dia dah resign terus jadi PA si singa beku tu .

"Ya Allah , kuatkan lah aku untuk menempuh segala  ujian yang engkau berikan. Aku mohon kau berikanlah kesabaran yang tinggi untuk aku hadap semua ni  ya Allah . Maafkanlah kata-kata hambamu yang telah menyakitkan hatiku ini ya Allah. Sesungguhnya kau maha pengampun ."

"Aku kena kuat, aku tak boleh lemah macam ni. Fairy Nurasya  strong girl tak boleh nangis.Ini semua hanya ujian untuk aku." Kata Fairy sambil lap sisa airmata yang berada di pipi.

"Assalamualaikum . Mama Fairy mana? Bukan ke dia cakap kat orang yang dia half day harini?" Soal Faris .

"Waalaikumusalam eh Faris. Entah la mummy pun tak tahu la adik kamu pergi mana. Dah pukul 3 ni tak balik-balik lagi. Mummy risau dengan adik kamu. Dah la kalau ada msalah dia tak nak share dengan mummy." Balas Puan Fatma.

"Ouh takpe la kalau macam tu biar Faris pergi cari adik. Faris rasa dia pergi pantai ni. "

"Ok hati-hati tau ."

" Baik mummy."

"Adam cuba kau call Iz suruh datang markas malam ni. Sampai bila kita nak simpan jantan tu. Aku dah muak tengok dia merayu-rayu dengan aku suruh lepaskan dia."

"Ish kau takleh call sendiri ke hah. Aku busy ni . Kau tak nampak ke aku tengah buat kerja yang belambak ni. Iz pun satu apa ke bijak betul dia semua kerja suruh aku buat . Sakit hati betul la aku." Balas Adam sambil fokus melihat ke arah laptop.

"Aku suruh elok-elok kan sampai hati kau marah aku. Aku nak mengadu dekat Iz okeyh bye." Ujar Akwa sambil menjeling ke  arah Adam dan keluar dari markas.

"Sikit-sikit sentap . Aku tak tahu la dia jantan ke betina sebenarnya."

Faris melangkah ke arah pantai sambil matanya melihat ke kiri dan ke knan untuk mencari dimana keberadaan Fairy.
"Aih pergi mana pulak adik aku ni. Selalunya ada dekat-dekat ni je."

"Eh jap , tu macam Sya. Adik aku menangis ke? Tak pernah pun aku tengok dia menangis macam tu. Ni mesti ada yang tak kena. Aku kena pergi tanya ni."kataFaris apabila ternampak Fairy di tepi batu sambil menangis tanpa suara.

Dia melangkah mendekati Fairy dan memegang bahu Fairy sambil berkata.

"Adik"

" Eh abang. Abang buat apa kat sini?." Soal Fairy sambil lap sisa air matanya.Dia lap je tadi tapi tak bermakna dia tak nangis semulakan?

"Bukan ke adik half day ke harini. Kenapa adik tak balik terus. Mummy risau, adik ada masalah ke? Boleh share dengan abang?"balas Faris Nuraiman.

"Takde apa lah abang adik stress sikit je. Banyak sangat kerja kat office tu. Sebab tu adik healing kat sini. Ambil feel orang kata." Ucap Fairy sambil tersenyum.

"Kalau adik rasa nak luah apa-apa luah je kat abang. Abang sentiasa ada dengan adik. Adik kena ingat adik tu tangunggjawab abang. Abang tak nak adik abang ni sedih-sedih."

"Ye abang jangan risau adik okayh la. Jom belanja adik marry brown. "

"Tu je la yang adik tahu mintak kan "

"Hehe abang kan baik,hensem dan kaya . Jadi abang la kena belanja adik abang yang  cantik lagi comel  ni."

" Ye ye dah la tu puji diri sendiri. Jom kita pergi makan."

Bersambung.....

Vote n komen ❤️

Be Mine My Baby Flower{C} Où les histoires vivent. Découvrez maintenant