Part 38💕 (FAIRY&FAYZEN)

1.5K 33 3
                                        

Pang!

Terteleng wajah Fairy apabila terkena tamparan daripada puan Fatma.

"Puas hati Sya?" Soal puan Fatma. Mukanya merah padam.

Fairy memegang pipinya. Matanya mencerlung tajam ke arah mummy.

"Mummy nak salahkan Sya? Mummy nak tuduh Sya?" Tengking Fairy.

"Jaga bahasa tu adik. Adik tengah bercakap dengan mummy kan. Jangan nak kurang ajar sangat." Tegur Faris.

"Abang pun sama la. Semua memang suka kalau Sya tak ada kat sini kan. Semua sayang sangat Fayzen tu."

"Sya daddy tak pernah tau ajar anak daddy kurang ajar macam ni. Apa nak jadi dengan kamu ni." Sampuk Tuan Fairuz.

"Daddy.. semua orang salahkan Sya bila Zen pergi. Bukan Sya yang salah. Dah Zen nk pergi takkan Sya nak halang." Balas Fairy.

Tuan Fairuz menggeleng. Dia mengurut sedikit pelipisnya.

"Ikut Sya lah. Daddy nak pesan jangan sampai Sya menyesal nanti. Jangan sanjung sangat ego Sya tu. Tengok anak tu. Tatap mata dia. Fikir sikit masa depan anak-anak." Ujar Tuan Fairuz lalu bangun dan berlalu ke tingkat atas.

"Fikir la dik. Haritu adik suruh abang cari Zen kan. Tapi bila tengok perangai adik macam ni, abang rasa elok Zen tak yah balik pun takpe."

"Mummy kecewa dengan Sya."

Fayzen duduk mermandang ke luar jendela. Tiada yang menarik. Pemanganya hnya bagunan-bangunan yang tinggi sahaja.

"Memang dah tak ada peluang ke untuk hubby? Hubby mmg tak layak untuk baby kee?"

''Along okay ke?" Soal Farel.

Fayzen mengeluh.

"Along rindu isteri along. Along rindu anak-anak along."

Farisya mendekati Farel dan Fayzen. Dia duduk berhadapan abang-abangnya itu.

"Sabar ye along. Isya harap along kuat hadap semua ni. Semua ni ujian untuk along."

"Btul tu long. Aku pun tak nak tengok kau lemah macam ni. Abang aku kuat. Abang aku tak lemah macam ni."

Fayzen menggeleng. Matanya berair.

"Korang cakap senang sebab bukan korang yang hadap. Hanya tuhan je tahu betapa sakitnnya hati aku menahan rindu, tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Isteri aku tak nak aku. Isteri aku nak aku jauh dari dia. Aku hormat keputusan dia tapi hati aku ni macam mana? Sapa nak jaga hati aku? Aku je selalu mengalah untuk dia. Aku je selalu berkorban untuk dia. Tapi dia? Tak pernah nampak semua tu, yang dia tahu tuduh aku macam-macam. Aku peenat tahu tak. Seminggu haritu aku tak tidur sebab cari sapa yang ugut dia, tapi apa aku dapat? Tak ada apa. Aku hanya dapat tuduhan dari dia. Aku betul-betul kecewa dengan dia." Luah Fayzen . Air matanya laju mengalir di pipi.

Farel dan Farisya turut sedih melihat sisi lemah along mereka. Sekarang ni pun diorang ad dekat rumah Fayzen. Rumah yang Fayzen nak bagi kejutan dekat Fairy tapi bila dah jadi macam ni. Semua nya hancur.

Fayzen nak duduk sorang tapi mama dan papanya suruh adik-adiknya teman. Takut dia buat benda-benda yang boleh cederakan diri sendiri.

Ting! Ting! Ting!

Bunyi mesej masuk dari telefon milik Fairy.

"Assalamualaikum Sya. Jom jumpa lama dah aku tak jumpa kau rindu la."

Fairy tersenyum dia segera membalas.

"Waalaikumusalam. Weyh Adel. Aku pun rindu kau jugak. Lama eh kau hilang."

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now