Part 17 💕 (FAIRY&FAYZEN)

770 17 1
                                    

Suasana yang sungguh indah di pagi hari ini. Kelihatan Fairy masih lagi terbongkang di atas katil biliknya.

Kring! Kring! Kring!

Fairy yang mendengar bunyi penggera handphonenya segera bangun dengan mamai. Dia mencapai handphone tersebut lalu melihat banyak miss call dan chat daripada Adelia.

20 Miss call from Adel kesayangan

Weyh kau tak bangun lagi ke?

Kita dah lewat nak pergi keje ni.

Kau tidur lagi ke minah.

Ya allah. Kau tunggu la nanti aku ketuk kepala kau.

Fairy mengabaikan chat tersebut lalu menadah tangan untuk membaca doa bangun dari tidur. Setelah selesai membaca doa dia segera menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Fairy ingat nak rehat kejap lepas solat tadi tahu-tahu tertidur pulak.

Setelah siap mandi , Fairy mengambil beg tangan serta ipadnya dan segera keluar dari rumah untuk pergi ke tempat kerja.

Hari ini dia memakai dress berwarna baby blue dan tudung berwarna putih. Wajah Fairy hanya di hiasi compact powder dan lipbam. Fairy tidak gemar pakai make up kerana tak nak jadi tontonan umum. Cukuplah dia make up hanya untuk suami sahaja nanti.

Kelihatan di luar rumah ada Adelia yang sedang menunggu Fairy dengan wajah merah padam.

"Assalamualaikum Adel, morning hehe." Sapa Fairy dengan tiada rasa bersalah.

"Waalaikumusalam tuan putri. Kau ni memang nak kena dengan aku kan? Aku punya laa hon kereta pastu call dan mesej kau semua kau tak balas. Kau ni aku dah bagitahu banyak kali jangan tidur lewat ta-p" belum sempat Adelia ingin meneruskan bebelnya terus Fairy masuk ke dalam kereta Adelia.

"Adel jom la pergi kerja lewat dah ni. Dah-dah la tu membebel macam makcik-makcik aku lewat sikit je sekarang baru pukul 7 ."

"Hm kalau aku cakap ada je benda nak dijawab ." Adelia berkata sambil masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat pemandu.

"Hehe sorry Adel lain kali aku janji . Aku tak lewat dah." Ujar Fairy sambil mengangkat ikrar. Mata dikerdipkan beberapa kali .

" Ye aku maafkan dah jom kita gerak. Ntah apa la yang kita kena denda harini."

Flashback!

Kelihatan kereta myvi memasuki perkarangan rumah banglo milik keluarga Fairy.

"Weyh Adel aku takut la. Macam mane kalau mummy aku marah." Fairy berkata sambil menggosok kedua belah tangannya. Dia berdebar kerana abangnya juga kelihatan ada di rumah itu.

" Kau tak yah risau la kau pergi je masuk. Aku confirm paling sakit pun kau kena tarik telinga dengan mummy kau."

"Kau teman aku la Adel." Kata Fairy sambil memegang tangan Adelia.

"Tak yah nk mengada , kau pergi turun dan aku nak balik rumah aku. Nanti paper kau call je aku."

"Eh lagi satu , kita masuk kerja lusa kan? " Soal Adelia sambil memandang Fairy.

"Ye. Lusa." Jawab Fairy. Fairy melangkah keluar dari kereta dan mengambil barangnya di dalam bonet.

"Bye Adel jumpa lusa. "

" Okay bye." Adelia pun mengundurkan keretanya dan segera meninggalkan kawasan rumah Fairy.

Baru sahaja Fairy ingin melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now