BAB 5

71 1 0
                                    

Haura bangun solat subuh apabila bunyi azan pada telefonnya, dia masih berasa mual selepas memuntahkan segala isi perutnya pada malam semalam dan kepalanya pening sangat.

Dari semalam lagi badannya berasa kurang sihat,nasib hari ni Sabtu tadika cuti kalau tak haura terpaksa mengambil cuti sakit.

Haura masih duduk di sejadah,macam-macam haura fikirkan sampai sakit kepalanya.

"Ya Allah aku tak nak mengandung, aku tak nak ada anak haram dalam perut ni,tolong jangan wujudkan dia dalam rahim ini...aku tak nak dia Ya Allah," kata haura dalam hati habis wajahnya basah dengan air mata, haura takut kalau orang beranggapan bahawa dia seorang wanita yang murah.

Haura turun untuk memasak sarapan pagi buat keluarga angkatnya.

Terkejut mak cik timah apabila hidangan untuk sarapan pagi dah siap terhidang di atas meja.Dia melihat haura yang sedang menggoreng sesuatu.

"Awal haura bangun..kenapa tak tunggu ibu blh masak sama-sama...tu haura goreng apa?," sapa mak cik timah yang menuju ke haura.

"Eh, ibu dah bangun..eh mana ada awal macam biasalah ibu....ni kan time haura bangun...saje masak dulu sebelum ibu yang masak...huara bagi ibu rehat pulak," balas haura yang memandang ke ibunya.

"Ouh ni haura goreng jemput bilis ....saje nak makan," balas haura lagi.

"Hmm yelah ada-ada je kamu ni...haura oky? Ibu tengok kamu macam tak sihat je," tanya mak cik timah apabila tengok keadaan haura macam lesu sahaja

"Dah macam pokok yang tak dapat cahaya matahari sahaja ibu tengok kamu ni haura layu semacam ," ujar mak cik timah.

"Yeke...haura sihat je lah ibu...kalau layu macam pokok yang atas meja tu semua sape yang masakan ibu...hahaha,"haura yang menunjuk jarinya ke arah meja yang sudah ada pelbagai hidangan.

"Apa kata kalau ibu panggil ayah dan adik-adik ajak makan sekali," haura yang menukar topik takut disoal lagi.

"Hmm baiklah ibu panggil dorang kejap,"mak cik timah naik ke atas,dia terpaksa naik tangga sebab haritu dah ditegur oleh suaminya.

....................................................................................................................................

Hamzah yang memasuki cafe dengan berpakaian baju kemeja navy blue dan seluar slack hitam.Pekerja-pekerja disitu memberi tunduk hormat apabila melihat hamzah memasuki cafe,hamzah membalas dengan senyuman.

"Naim bos-bos yang lain tak masuk lagi ke?"soal hamzah pada naim yang berada di kaunter pembayaran.

"Nizarul je yang ada....dia ada kat dapur...yang lain tak sampai lagi hamzah,"balas naim apabila hamzah bertanya,perkerja disitu dilarang memanggil bos-bos mereka dengan panggilan sepatutnya sebab ini arah daripada bos mereka.

Beruntung mereka yang berkerja di sini, bos-bos semua baik,bertolak ansur dan merendah diri walaupun dorang anak orang-orang berada.
Pekerja di cafe ini semua kaum Adam sebab tu nama cafe boy's.

"Tapi kereta fawwaz ada kat tempat parking dia?" tanya hamzah pada naim.

"Kereta je yang ada,tuan kereta tak muncul lagi," jawab naim pada hamzah,tadi zarul dah bertanya.

"Ouh faham....thanks bro kalau ada nak mintak tolong apa-apa panggil je saya ," sambil tersenyum dia tahu apa yang terjadi.

"Sama-sama,baik hamzah," kata naim.

Hamzah pergi ke bahagian dapur dan melihat nizarul dengan baju kemeja berwarna grey dan seluar slack hitam yang sedang bercakap dengan perkerja ...dengan muka yang Agak serius.

Amanah Darimu Untuk-kuWhere stories live. Discover now