Our Romantic Love : 13

3 0 0
                                    

ˑ༄ؘ ۪۪۫۫ ▹▫◃ ۪۪۫۫ ༄ؘ ˑ

Marwan hanya memandu tanpa ada suara bertanya. Walau dia ada puluhan persoalan dalam kepala, namun dia biarkan semuanya berlalu dahulu kerana air muka sugul kakaknya itu.

Medina pula hanya memandang keluar tingkap. Air matanya tidak henti mengalir diantara kelopak mata tertutup itu namun tiada esakan didengari. Dia telah dididik untuk menangis tanpa suara ketika dia bersama Tiz.

Medina masih fikirkan perkara itu.

Adakah Asmara bahagia selama dia tiada?

Adakah lelaki itu hidup yang indah-indah saja tanpa dia?

Life has always been easier on you than it was on me.

"Kak, dah sampai."

Kata-kata Marwan membuatkan dia membuka mata. Marwan berhenti betul didepan pintu besar rumah agam mama dan abahnya.

Medina hanya diam. Dia menyeka air mata yang tersisa sebelum pintu keretanya dibuka untuk bolehkan dia langkah keluar. Beg tangan dijinjit lemah, kasut dibuka dan dia terus masuk kedalam.

"Assalamualaikum," perlahan saja dia memberi salam. Tiada tenaga untuk berpura-pura ceria.

Puan Sri Cahaya yang duduk bersimpuh diatas sofa depan televisyen menoleh kearah pintu rumah. IPad ditangan diletak diatas sofa dan anaknya didekati.

"Medina," dia menyeru nama anak perempuannya itu. Medina tidak bersalaman dengan dia dulu, sebaliknya terus menuju ke arah lif.

Pelik. Biasanya kalau baru balik dari mana-mana, Medina pasti akan cari Puan Sri Cahaya dulu, kadang-kadang nak bercerita apa yang di buat hari itu, kadang-kadang dia ada belikan makanan untuk mamanya. Tapi hari ini, masuk saja, terus kearah lif.

"Ma, sorry," Medina tersedar mamanya ada dibelakang dia. Puan Sri Cahaya didekati dan tangan tua itu dikucup.

"Ada apa ni? Sad je?" Tepi kepala Medina dipegang. Nampak sangat dari riak wajah anaknya itu sedang sedih, penat dan tidak berdaya.

Senyuman paksa Medina memberitahu jiwa ibunya bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Asmara ada buat apa-apa pada Medina ka?

"Apa jadi? Maro ada cakap apa-apa dekat Dina ka?"

Medina terus menjawab dengan gelengan saja. Tidak bertenaga untuk menjawab. Dia letih sangat sekarang.

Lif sampai di tingkat bawah.

"Dina naik dulu, nak nap." Medina berkata dengan senyuman yang dibuat-buat.

Marwan dipandang.

"I don't know," dia geleng menjawab mamanya.

"Biar la dulu kakak tu, nanti Wan cakap dengan dia," dia senyum pada Puan Sri Cahaya. Pasti wanita itu risau keadaan anaknya.

Medina buka lilitan selendangnya. Air mata tidak henti mengalir mengenangkan apa yang telah dia lakukan tadi.

Wuduk diambil sempurna, basahan mukanya membuatkan dia segar kembali.

Solat taubat empat rakaat dilakukan. Dia berkeadaan tahiyat akhir sambil hati dan mulutnya tidak henti melafazkan istighfar. Iatighfar sehingga rasa beban itu terlepas dari bahunya.

Air mata sudah berhenti mengalir. Kering barangkali.

Tangan ditadah paras dada, mukanya didongakkan keatas melihat yang Maha Esa.

"Ya Allah, Ya rizq. Puji-pujian keatasMu, Ya Allah, yang maha pemurah, yang maha oengasihani, yang maha pengampun dan yang maha mengetahui.

Sesungguhnya engkau pemberi rezeki, pengurnia nikmat dan keselesaan. Aku bersyukur atas segala yang telah engkau kurniakan kepadaku, keluargaku dan ummat Rasulullah S.A.W. Syukur atas rezeki yang kau limpahkan pada kami sekeluarga telah membolehkan kami membantu yang memerlukan. Aku bersyukur dengan segala nikmat; kesihatan penglihatan, pendengaran, perasaan dan nikmatnya kekayaan wang ringgit, harta benda dan pangkat dunia."

Cinta Asmara : Our Romantic LoveWhere stories live. Discover now