Prolog
"ZAYDEN, s...saya takut" kata Amirah sedang bersembunyi di belakang tong sampah selepas dikejar musuh.
"Shh, Amirah, I'm here, with you, let's go, jom keluar dari sini" Zayden menghulurkan tangannya tetapi Amirah tahu batasnya sebagai seorang wanita muslim.
"Amirah, jom keluar dari sini, kalau awak duduk sini lagi tak selamat, kita kena balik" kata Zayden lagi cuba memujuk Amirah keluar dari bersembunyi di belakang tong itu.
"Saya takut nanti dia orang akan cari saya"
"Jangan risau, saya ada Amirah, saya akan lindungi awak kalau dia orang apa apakan awak" Zayden masih ingin meyakinkan Amirah
Amirah agak kurang yakin tetapi dia tahu dirinya perlu diselamatkan sekarang jadi dia putuskan untuk mengikut Zayden.
Mereka berdua berlari anak ke arah sebuah kereta yang diparkir elok di tepi jalan.
Zayden membuka pintu untuk Amirah dan berlari membuka pintu bahagian pemandu dan dia memandu dengan kelajuan yang tinggi lalu meninggalkan tempat itu
"AWAK bawa saya dekat mana ni Zayden?" tanya Amirah selepas melihat Zayden berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang sangat besar.
"My house" kata Zayden, mata Amirah membulat, Zayden membawanya pulang ke rumah?
"Y...your house? Kenapa nak datang sini?" tanya Amirah kepada Zayden.
"Saya rasa ini tempat yang selamat untuk awak sekarang, don't worry, saya tinggal dengan mommy saya so awak jangan risau ya?" balas Zayden kemudian dia masuk ke dalam perkarangan rumah lalu memakir keretanya di tempat yang disediakan.
Zayden turun dari kereta dan membuka pintu untuk Amirah, lalu memberi ruang kepada Amirah untuk turun dari kereta.
Zayden memberi ruang untuk Amirah berjalan dahulu dan Zayden akan mengikutnya dari belakang.
Apabila kaki Amirah menjejak di dalam rumah agam itu sebaik sahaja dia membuka kasut, dia terkejut melihat ruang di dalam rumah itu yang sangat cantik dan ia dipenuhi dengan lukisan pada dinding.
"Awak ka yang lukis?" tanya Amirah.
"Ada setengah ja saya lukis tapi kebanyakkannya adik saya yang lukis, she's so talented" balas Zayden
"Adik awak umur berapa?" tanya Amirah
"16"
"Muda lagi, dia sangat berbakat" puji Amirah
"Let I show you, the owner of this art" Zayden berjalan dan Amirah mengikut dari belakang
Rumah itu sangat luas dan cantik, sama seperti rumah Amirul tetapi bagi Amirah ruang di rumah papanya itu lagi besar, mungkin ada sedikit tambahan yang dibuat oleh Amirul yang membuatkan rumah itu menjadi semakin luas dan besar.
Zayden berjalan dan dia berdiri di hadapan satu pintu kayu yang tertera nama adiknya, kemudian pintu bilik itu diketuk dan apabila adiknya bersuara dari dalam baru lah Zayden membuka pintu bilik tersebut.
"Eh abang" kata adik Zayden yang sedang baring di atas katil
"Amirah, this is my sister, Zuhayra Aleeya, just call her Aleeya or ira, you can choose" kata Zayden sambil tersenyum
Zuhayra kemudian perasan akan Amirah yang berada di hadapan pintu biliknya itu bertanya kepada Zayden
"Siapa tu abang?" tanya Zuhayra
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :