BAB 18 🤍🤍

68 1 0
                                    

Bab 18

SUASANA di dalam rumah itu kembali meriah. Kepulangan Amirah disambut dengan meriah oleh anak anak saudaranya.

Fateh terutama sekali. Dia rindukan maktehnya itu.

Tamatnya SPM. Maka tamatlah perjalanan di sekolah menengah.

Pada hari terakhir SPM. Rakan rakannya membuat video yang berisi tentang sesi bersalaman dengan guru selepas tamatnya kertas yang terakhir. Amirah tidak dapat turut serta kerana dia masih di hospital. Dia berasa sedih kerana dia tidak dapat berjumpa dengan cikgu kesayangannya yang mengajar sejarah iaitu Cikgu Sharifah. Dia ingin berjumpa cikgu tersebut dan berterima kasih kerana telah mengajarnya.

Walaupun results belum dapat tetapi dia ingin juga berjumpa dengan guru tersebut.

"Makteh! Meh sini!" Fateh menarik Amirah ke arah sofa.

"Makteh! Jom main" ajak Fateh. Dia mengambil blok mainan milik adiknya kemudian dipecah pecahkan blok itu.

Arrian merangkak ke arah abangnya dan maktehnya itu dengan laju. Dia pun nak join juga!

"Nak ain juga!!!!" suara Amar pula kedengaran dari jauh. Dia baru sahaja pulang dari hospital kerana dia ada Pemeriksaan kesihatan.

Amirah duduk bersama anak anak saudaranya. Husnina tak ada jadi Amirah dikelilingi dengan anak saudara lelakinya.

Usai Amirul mengambil Amirah tadi. Dia mula membuat kerjanya di dapur. Mungkin anak anak, menantu dan cucu cucunya belum makan dan masih lapar.

"Papa!" Syafiq datang ke arah Amirul

"Papa nak Syafiq tolong?"

Amirul menjeling sedikit ke arah anaknya itu.

"Ooo. Sekolah tak nak pergi? Sihat pula nak tolong papa hm?" Syafiq yang berjalan tadi tersengih sendiri sambil menggaru belakangnya.

"Memang sakit pun. Cuma sekarang dah rasa sihat sikit"

"Tak payah lah. Kamu pergi rehat dulu" tolak Amirul dengan lembut. Anaknya yang berumur 11 tahun itu hanya menggangguk dan mematuhi arahan dari ayahnya itu.

Syafiq berjalan naik ke atas dan berehat di biliknya. Nak sahaja dia main dengan anak anak saudaranya tetapi dia kurang sihat. Dia tidak mahu anak-anak saudaranya demam kerananya nanti.











"BANYAKNYA papa masak. Ada orang nak datang rumah ka?" soal Amirah

Amirul tidak menjawab. Dia fokus memasak untuk tetamu yang akan datang

"Hm"

Ding dong!

Amirah berlari membuka pintu rumahnya.

"Eh? Tak ada siapa pun?" Amirah menjenguk keluar ke rumahnya. Bukan ada yang tekan loceng ka tadi?

"Hm" Amirah kembali menutup pintu dan ingin kembali ke ruang tamu.

Tiba-tiba...

"SURPRISE!!!" Amirah terkejut dengan kejutan yang dia tidak menyangka ini. Hampir luruh jantungnya.

"Amirah!" Amirah menekup mulutnya dengan tangannya sendiri kerana terlalu terkejut.

"K...kau orang?" Amirah terkejut kerana yang datang itu kalah rakan rakannya dan...

"Cikgu Sharifah!!!!" Amirah berlari ke arah cikgu kesayangannya itu lalu memeluknya

"C...cikgu" Amirah akhirnya berjumpa dengan cikgu kesayangannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now