Bab 2
"PAPA, Amir nak pergi kerja dah ni, papa jaga Amar ya?" kata Amir kepada Amirul yang sedang mendukung Amar.
"Bai" kata Amar sambil melambaikan tangan ke arah Amir yang sedang mengikat tali kasut.
"Daddy pergi dulu ya Amar? Duduk dengan atuk elok-elok tau, jangan buat perangai ya? Daddy pergi dulu" Amir mencium anaknya itu dan Amar menyalam Amir kemudian dipeluknya daddy dia tu hingga tak lepas.
Begini la rutin Amirul setiap hari apabila Amir bekerja, dia akan menjaga Amar, dan Amir akan pergi bekerja bersama Alicia yang bekerja di syarikat suaminya.
Amirul bersama pembantu rumahnya akan menjaga Amar, manakala Mirza masih mengajar di SMKTS ( Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Syarif )
"Papa, hari ni Amir balik lewat sikit tapi Alicia dia akan balik dulu so kalau ada apa-apa papa call je la ya??" pesan Amir kepada Amirul
"Ya la, ok" balas Amirul
"Daddy!!" jerit Amar lalu melambai ke arah Amir
Amir kemudian keluar dari rumah dan disini bermulalah drama antara cucu dan atuknya.
Setiap hari Amirul akan bermain bersama Amar dan jika ingin tidur Amirul akan turut serta bersama.
Pada hari ini Asif akan pulang ke rumah jadinya Amar akan ada kawan nanti.
Aiman pula akan pulang bersama Hayfa, bersama anak mereka yang berumur satu bulan, mereka mendapat anak perempuan yang diberi nama Husnina Xania, nama kesukaan Aiman.
Amirul membawa Amar ke ruang luar rumah, bermain di playground yang sudah dibina oleh Amirul sendiri.
Amar dibiarkan bermain bersama Comel, nama kucing kegemaran Amar, jika tiada anak Asif di rumah, Comel ini lah yang akan jadi peneman Amar, Comel juga dibeli oleh Amirul untuk cucu cucunya, Amar sukakan kucing manakala Amir takut dengan kucing, Alicia pula pecinta kucing.
Amirul pula? Dia harimau pun kalau boleh dia nak bela.
Comel tidur di atas Amar manakala Amar sedang menyusun blok yang terabur di atas rumput itu.
Amirul hanya mengawasi dari dekat, Amirul suka kucing tapi dia alergik, takut selsema je nanti.
"Assalamualaikum" seseorang datang memberi salam
Amirul menoleh ke belakang
"Waalaikumussalam, ya?" tanya Amirul kepada seorang lelaki bersama seorang lagi lelaki.
"Ini rumah Amirul Hazeer dan Amirah Hazeerah ya?" tanya lelaki itu
"Ya saya?" tanya Amirul
"Nama saya Muhammad Aathif Qalisy, saya cari pakcik dan anak pakcik" kata Aathif
"BENDA apa yang ingin disampaikan itu?" tanya Amirul sambil mendukung Amar dan Comel, dari tadi lagi Amirul mula bersin, akhirnya Comel diletakkan di bawah bersama Amar, kalau lama lagi boleh demam selsema Amirul ni.
"E...erk" Aathif gagap
"Just say it, apa dia?" Amirul masih tegas bertanya.
"Saya mewakili boss saya untuk sampaikan perkara ini kepada uncle dan anak uncle"
"Bos? Siapa?" soal Amirul ingin tahu. Matanya melirik melihat Amar yang mengangkat Si Comel di tepi supaya dia dapat bermain.
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :