BAB 8 (SANDING)

501 8 0
                                    

Pada 23/10/2023 , hari bahagia mereka berdua . Majlis yang gah itu dihadiri ramai tetamu dari pelbagai keluarga , tetapi ada satu sosok badan yang amat Anna kenal . Ya , itu maknya ! Dia cuba kejar akan sosok itu tetapi apakan daya sosok itu dapat menghilangkan diri daripada terlihat .

'Mak , Anna rindu mak ... Bila agaknya Anna dapat jumpa mak ? Dapat peluk , cium mak ?'

Jatuh juga air matanya tetapi laju sahaja dia seka supaya suami , ibu bapa mertua dan juga tetamu tidak nampak . Orang lain mungkin dia dapat berpura tetapi tidak suaminya , suaminya nampak yang isterinya itu sedih terus mengelus perlahan kepala isterinya sambil tersenyum tipis.

'Maafkan aku Anna . Aku buat semua ni sebab aku sayang dan cintakan kau . Perempuan tua tu tak layak jadi mak kau sayang'

Rintih suaminya iaitu Ryan . Ryan memandang Anna dengan mata kuyunya itu . Majlis bersanding tersebut berlangsung dengan lancar dan sudah tiba pada waktu malam . Mereka yang tetamu sudah beransur pulang kerumah , Anna yang letih dek kerana penat melayan tetamu itu duduk sekejap untuk merehatkan badan .

"Ryan ajaklah bini kamu tu berehat di bilik , penat sangat tu gamaknya mama tengok ." Kata Hasnidah pada anaknya .

Ryan pun mengajaklah bininya tu berehat dibilik tetapi Anna menolak kerana tidak sampai untuk membiarkan ibu dan bapa mertuanya itu melayan tetamu .

"Tak apelah wak , saya okay lagi ni . Takkan saya nak biarkan mama dengan papa awak layan tetamu sendiri ? Bukan saya sahaja yang penat dan letih tapi mereka pun sama . " Tolak Anna .

Lembut sahaja tutur kata Anna pada suaminya . Ryan cuba memujuk Anna kerana tidak tahan untuk melihat isterinya yang penat . Mata cantik itu hampir tertutup kerana mengantuk yang amat sangat . Ya la mereka bersanding daripada pagi kut memang la penat . Eh jangan salah faham , diorang akan berhenti pada waktu-waktu yang tertentu seperti untuk solat dan tukar baju .

"Awak , saya tak tahan la tengok awak penat macam ni . Mata tu dah nak tertutup dah . Mama dan papa okay je la lagi pun banyak tetamu yang dah pulang pun . Kita rehat eh ? Please ..." Pujuk si suami lagi .

Anna yang tak sampai hati nak tolak untuk kali kedua hanya mengangukkan kepala sahaja . Penat sangat tu sampai anggukkan kepala je . Ryan dah dapat green light apa lagi , terus dia dukung bini dia tu . Terjerit si Anna kerana kelakuan suaminya tu , Ryan tu hanya tergelak sahaja bila bininya tu banyak kali tepuk dada bidangnya kerana mintak diturunkan . Malam itu tidak terjadi apa-apa kerana masing-masing letih .

Paginya itu , Ryan kejutkan Anna untuk solat subuh berjemaah . Anna bangun d terus mandi dan ambil wudhu , maka solatlah mereka berjemaah bersama papa dan mama mereka sekali . Walaupun si Ryan jahat tapi kalau bab solat memang dia takkan tinggal , kata mama jahat macam mana sekali pun kita jangan sesekali tinggalkan solat kerana solat itu tiang agama . Selesai sahaja solat , seperti biasa mereka akan bersalaman sesama mereka .

Anna menolong ibu mertuanya untuk menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga . Nasi goreng dan milo panas menjadi pilihan untuk sarapan pada pagi itu . Sarapan pagi itu sangat meriah dek kerana Anna yang bercerita tentang kisah bagaimana dia dan Ryan bertemu sehingga mereka plan untuk kahwin .

Selesai makan , mereka tolong menolong untuk berkemas apa yang mereka makan bukan tinggal perempuan sahaja yang kena kemas-kemas tapi lelaki pun sama , itu yang terjadi dalam keluarga Ryan .

Di ruang tamu papa memulakan perbicaraan tentang honeymoon . Ryan dan Anna berpandangan sesama mereka menandakan yang mereka belum bersedia untuk semua tanggungjawab yang sepatutnya mereka galas . Lain pula pada mama papanya  kata mereka, mereka ingin menimbang cucu memandang usia mereka yang semakin tua .

"Papa dah siapkan tiket kamu berdua dan bab booking itu jangan risau kerana papa dah settlekan semua itu . Korang hanya perlu bawa jasad dan barang-barang yang perlulah . " Beritahu papanya pada mereka .

Terlopong mulut mereka dek kerana terkejut dengar apa yang papanya beritahu . Namun tak dapat nak menolak mereka anggukkan sahaja .

"Oh jangan lupa lusa kamu berdua flight ni tiketnya . " Kata papa sambil hulurkan dua keping tiket flight .

Ryan ambil tiketnya dan senyum gatal pada Anna . Inilah masa yang sesuai untuk dia dan Anna bermanja masa mereka ke luar negara dulu mereka tidak dapat untuk bermanja kerana belum halal sekarang dah halal bolehlah nak bermanja .

'Hehehe bolehlah aku nak manja dengan Anna nanti .' Bisik hati nakal Ryan.

Ryan dah lupa yang dia tu banyak tugasan yang tertunggak kerana sibuk dengan 3 majlis yang lepas . Tapi sayang bini punya pasal dia tinggal kan aja tugasan tu pada bestienya . Ryan ni ada lah juga sahabat walaupun dulu tak ramai yang nak berkawan dengan si Ryan ni , sombong dan angkuh . Disebabkan mukanya yang kacak dan dompet penuh dengan kad bank juga duit hanya wanita sahaja yang menginginkannya untuk dijadikan teman lelaki . Jadi hanya beberapa orang sahaja yang dijadikan sahabat dan teman mengadu . Hanya bestie dan keluarganya tahu tentang sifat sebenar Ryan iaitu manja dan suka berkepit , pernah juga ada yang gelar Ryan gay kerana tidak rapat atau pun anti dengan perempuan .

Anna lain pula , dia tidak berapa rapat dengan rakan sekolahnya . Oleh sebab itu , Anna tidak mempunyai rakan rapat hanya Ryan sahaja yang berani bercakap dengannya . Dia juga tidak mempunyai sijil atau apa sahaja kerana dia sudah berhenti sekolah kerana alasan tertentu . Kita yang masih ada peluang untuk belajar , belajar lah kerana ramai yang hendak belajar tetapi tidak mampu . Banggakanlah mak ayah kita selagi mereka hidup kerana itu yang mereka mahu , mereka tidak minta untuk membayar segala apa yang mereka telah lakukan pada kita . Mereka hanya minta belajar .

:Terima kasih kepada yang membaca dan support la saya ya . :)

𝑴𝒀 𝑺𝑼𝑮𝑨𝑹 𝑫𝑨𝑫𝑫𝒀 𝑰𝑺 𝑴𝒀 𝑯𝑼𝑺𝑩𝑨𝑵𝑫 Where stories live. Discover now