BAB 9 ( HONEYMOON )

1.1K 11 3
                                    

Hari mereka perlu flight sudah pun tiba , mama dan papa menghantar mereka ke KLIA biar pun berat hati nak hantar menantu kesayangan mereka tapi mereka relakan.

"Ryan jaga menantu kesayangan mama tu elok-elok tau . Dah sampai call mama ."

"Okay mama . Love mama . "

Ryan hampir menangis kerana hendak berpisah walaupun hanya untuk beberapa hari sahaja . Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya semakin manja dan tidak mahu berpisah dengan keluarga . Anna yang dari tadi memandang mereka sekeluarga minta izin untuk bersalaman .

"Anna jaga diri tau , kalau Ryan tak layan Anna dengan baik call mama . Tahu la mama nak buat apa dengan Ryan ni . "

"Mama apa cakap macam tuu . Ryan tahu la nak jaga bini Ryan ni . "

"Iya mama tahu . Tapi kamu tu jangan la nak manja sangat dengan Anna tu , lepastu jangan nak berkepit aja . Ingat kamu dah besar . "

Ryan memuncungkan bibir sambil berkerut tanda protes sehingga membuatkan Anna tergelak kecil melihat gelagat suaminya seperti budak kecil .

"Okay mama . Mama jaga diri juga kalau ada hal call Ryan atau Anna tau . "

Anna berkata sambil berpelukan , lama . Mereka perlu pergi kerana sudah sampai masa untuk flight .

Selepas 2 jam flight akhirnya mereka sampai juga . Anna kejut Ryan yang nyenyak tidur di atas bahunya dengan lembut .

"Awak ... awak bangunlah ... kita dah sampai ni ... "

"Mmhmm nanti lah . 5 minit lagi . "

Anna rasa nak tepuk dahi , aduh lupa pula mamat ni liat nak bangun . Tapi disebabkan pramugari sedang menunggu mereka maka gagahkan diri juga untuk kejut mamat ni .

"Awak ... awak ... hey bangun wak ... dah sampai ni ... Ryan ... Hey wake up ..."

"Mhmm"

Perlahan-lahan Ryan buka matanya dan mengeliat kecil lalu bangun ambil beg mereka . Mereka memulakan perjalanan ke hotel dan berehat sekejap , di bilik bermula agenda manja yang dilakukan oleh Ryan .

"Anna ... saya lapar ... kita ada bawa roti dengan kaya kan ? "

"Haah ada , awak nak makan ke ? "

"Nak , cepat la . Dah lapar sangat ni ."

"Ye ye saya buat la ni "

Anna tengok Ryan makan dengan penuh berselera . Fikirnya Ryan dah makan dalam flight tadi , aneh tapi dia ketepikan sahaja . Suami yang cintai itu dipandang dengan penuh kasih sayang , dia rasa macam mimpi sahaja bila fikir macam mana dia bole berkahwin dengan Ryan .

"Heyy lamanya tenung muka saya . Ada apa-apa ke ? Comot ke ?"

"Tak ada . Saja saya nak tengok muka suami saya . Kenapa ? Takkan tak boleh ? "

"Awak saya ada 1 permintaan "

"Apa ?"

"Saya nak panggil awak abang boleh ? "

"Kenapa ?"

"Saya rasa macam sweet je bila panggil awak 'abang' "

"Okay lah kalau dah cakap macam tu "

Jujur dia malu . Bukan malu apa tapi blushing bila bini dia kata macan tu sepatutnya dia yang memulakan lain pula yang jadi . Apa-apa memang dia suka kalau Anna panggil dia dengan panggilan 'abang'.

Malam pun tiba , selepas solat maghrib berjemaah . Mereka hanya santai di balkoni hotel itu sambil melihat ciptaan Allah . Cantik sahaja langit . Ryan peluk Anna dari belakang dan Anna hanya membiarkan sahaja . Sudah halal tidak ada apa yang perlu dihairankan , lainlah pada orang tidak mempunyai hubungan yang halal .

𝑴𝒀 𝑺𝑼𝑮𝑨𝑹 𝑫𝑨𝑫𝑫𝒀 𝑰𝑺 𝑴𝒀 𝑯𝑼𝑺𝑩𝑨𝑵𝑫 Where stories live. Discover now