Al's|10

201 13 0
                                    

Pagi itu Alis sekali lagi menerima panggilan dari Dr. Aldrey. Dia di arahkan untuk bersiap dan membawa beberapa pasang baju tanpa memberi penjelasan lanjut tentang aktiviti mereka. Dr. Aldrey hanya memaklumkan yang beliau sudah berada di luar rumah menunggu. 

Sambil mengunci pintu mulut Alis membebel melampiaskan amarahnya. 

"Kalau kau bukan pensyarah aku, dah lama aku sidai kau luar rumah biar kering kontang. Suka-suka hati bagi arahan last minit."

"Kalau aku sidai pon tak jadi masalah rasanya, bukannya supervisor aku pon."

Dari dalam kereta Aldrey hanya memerhati. Dilihatnya mulut gadis itu bergerak-gerak dengan pelbagai reaksi wajah yang jelas menunjukkan bahawa gadis itu sedang marah.

"Comel." Aldrey tersenyum bahagia. Untung saja cermin keretanya gelap jika tidak pasti gadis itu melihatnya.

Setelah meletakkan beg yang di bawa di boot kereta, Alis mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Assalammualaikum Dr." Walaupun hati nya panas tapi dia harus menghormati pensyarahnya itu.

"Waalaikummussalam." Aldrey hanya memerhati gadis itu dengan hujung mata tanpa menoleh. Kaca mata hitam yang dipakai membuatkan dia bebas untuk melakukan apa saja tanpa pengetahuan gadis itu.

'Dia ni tak reti nak jalan ke macam mana.' Alis mengomel dalam hati tanpa menoleh sedikit pon ke arah pemandu.

Satu.

Dua. 

Tiga.

'Ok dia tak nak jalan.' Alis menoleh melihat pemandu yang tenang memandang ke hadapan dengan tangan kanan yang ditongkatkan ke kepala.

"Kita masih menunggu orang ke Dr?"

Menang! Aldrey menoleh ke arah individu di sebelahnya itu. "Dah habis marah? Dah tenang sikit?"

Alis terkejut. Nampak sangat ke yang dia marah. Namun, hanya matanya yang terkebil-kebil tidak tahu mahu memberi respon yang seperti apa.

Aldrey cuba menyorokkan senyumannya. "Give me an answer please."

Uish! Lembut gila. Boleh cair habis ni kalau perempuan dengar. Alis pantas beralih ke hadapan. Matanya di pejamkan sambil kepala digoyang kecil cuba menyedarkan diri. 

'Betul ke apa aku dengar ni.' Alis kembali menoleh ke arah individu itu.

"Saya ok." Muka awkward di pamerkan.

"Yang awak buat muka macam tu kenapa?" 

"Dr aneh bila cakap lembut sangat." Jujur Alis melontarkan pendapatnya.

Aldrey tergamam dengan respon jujur itu. 'Ei dia ni, memang nak kena la.'

"Untuk awak mesti la kena lembut-lembut nanti awak lari terjun kereta macam dalam filem Hindi pulak." Aldrey cuba berseloroh. 

Kereta mula meluncur meninggalkan kawasan perumahan Alis.

"Lambat lagi saya nak terjun. Saya boleh je tunggu Dr berhenti then saya bukak pintu dan keluar. Ambik grab balik rumah." Secara logiknya ini yang akan berlaku.

Sekali lagi Aldrey terkejut dengan respon yang diterima. Berani betul.

"Dr." Alis memanggil perlahan sambil menoleh sekilas.

"Kenapa, nak turun sekarang ke?" Aldrey cuba mengertak.

"Boleh jugak. Kalau Dr bawak kereta tak pandang depan langsung memang saya nak turun la. Saya tak sempat call mak saya lagi mintak izin keluar ni. Jadi sebelum apa-apa baik saya turun." Wajah tidak bersalah di tayangkan ke arah pensyarahnya itu. Entah dari mana keberaniannya datang hari ini.

"Youuuuu." Aldrey menekankan perkataan itu. Tapi masih mengubah perhatiannya ke jalan raya. Kali pertama Alis berani menjawab sebegitu dengannya.

Alis menutup mulutnya dengan telapak tangan apabila pensyarahnya itu mula diam. 'Marah le tu.' Alis mengangkat keningnya sambil mata meliar ke luar kereta.

"Call mak awak sekarang." Aldrey bersuara memberi arahan.

"Sampai sana nanti saya call." Alis membantah.

"Lambat lagi nak sampai." Perlahan Aldrey menyambung.

'Alor Setar, 45 minit je pun, lambat apanya. Bawak Audi bukan keldai nak sampai lambat.'

"Alor Setar je kan." Alis tanpa riak menyoal.

"Penang." Ringkas jawapan yang Aldrey berikan tanpa menoleh. Dapat di agak respon seterusnya.

"Kenapa Penang." Sedikit kuat Alis menyoal kerana terkejut dengan apa yang didengarnya.

"Sebab client dekat Penang."

"Dr kata Alor Setar." Alis tidak berpuas hati. 'Haritu cakap lain ni cakap lain.'

"Last minit client tukar." Eh budak ni banyak protes pula dia hari ni.

"Awak harini banyak protes kan, semua benda tak kena." Aldrey hanya memberi side eye kepada orang disebelahnya itu tanda dia juga tidak berpuas hati disoal begitu.

"Saya kena la protes, saya kena tau saya nak dibawa ke mana, oleh siapa. Saya kena maklumkan dekat family saya. Kalau apa-apa senang diorang nak cari orangnya."

"Jadi apa?" Aldrey menduga.

"Jenayah la. Jenayah bukan boleh jadi di khalayak ramai je, tapi dengan orang yang kita kenal dan rapat pon boleh." Ya pensyarah itu juga yang memesan kepadanya tempoh hari bahawa jenayah boleh jadi di mana-mana sahaja.

"Jenayah apa tu Alis?" Kali ini dia memberi sepenuh perhatian kepada gadis itu memandangkan traffic light merah.

"Banyak la Dr, buatnya Dr jual saya ke, Dr bunuh saya ke, banyak Dr." Tanpa sedar Alis terus menjawab pertanyaan demi pertanyaan. Habis terluah isi hatinya.

"Dalam banyak-banyak yang awak senaraikan tu, kenapa cabul tak ada eh. Awak tak takut ke. Kes cabul, rogol, banyak sekarang. Statistik menunjukkan kes-kes tersebut semakin meningkat setiap tahun." Tepat dia memandang gadis itu.

"Tak sangat, sebab saya tau Dr takkan buat macam tu." Alis masih menjawab sambil tepat memandang skrin iphonenya.

"Kenapa?"

"Sebab saya tak rasa yang taste Dr teruk sangat." Alis menoleh dan mata mereka bertatapan. Dia baru tersedar apa dengan apa yang dikatakan. Dia membawa jari jemari kanannya ke bibir cuba menutup mulutnya. Inilah yang dikatakan terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata-kata rasa nak terjun je dari kereta ni.

"Mana awak tau awak bukan taste saya?" Aldrey menyoal sambil menentang mata gadis itu. Dia harus memberitahu gadis itu apa yang hatinya mahukan. 

Dia mahu menyentuh gadis itu, membelainya setiap masa. Dari kali pertama mereka bertemu, wajah gadis itu jelas menghantuinya. Sehinggalah hari mereka bertemu semula. Wajah gadis itu bermain dimatanya seperti video yang berulang. Dan di saat itu dia bertekad bahawa dia akan mendapatkannya dengan cara apa sekalipun.


Aldrey's eyesTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang