Al's|27

226 14 4
                                    

setelah menamatkan panggilan bersama orang tuanya, Alis keluar dari kereta untuk memasuki rumah. Hari ini dia harus memarkir kereta di parkir umum memandangkan rumah sewanya hanya bisa memuatkan dua biji kereta. Jadi itu saja option yang dia punya jika pulang lewat malam seperti ini.

Jam 11 malam, jiran tetangga semuanya sudah berada di dalam rumah, kawasan parkir juga sunyi. Kereta pantas di lock. Baru saja ingin bergerak ke rumah tiba-tiba tangannya di tarik kuat, hingga berpusing badannya. Dia ditekan rapat pada kereta. 

Sungguh Alis terkejut. Situasi seperti ini seperti pernah di laluinya. Apakah dejavu? Seperti video ringkas, kejadian sewaktu dia di culik bermain di matanya. Jantung Alis berdegup laju mengepam darah. Sungguh mentalnya tidak bersedia untuk mengingati masa lalunya.

"What are you doing." Alis yang terkejut menengking kuat. Nafasnya mencungap. Tubuhnya terasa lemah kerana terkejut. 

"Are you asking me?" Keras suara itu menyoal kembali. 

Dalam samar lampu dapat dilihat wajah garang Dr.Aldrey. Renungannya juga tajam seperti pemangsa yang menunggu masa mahu membunuh.

Alis memejamkan mata cuba menstabilkan pernafasannya. Bayangan hitam lalu cuba dihapuskan dari fikirannya. Dia sedikit bersyukur apabila orang yang menariknya itu adalah Dr.Aldrey tapi yang terjadi sebaliknya. Dia dapat merasakan yang Dr.Aldrey lagi marah. 

"Boleh tak in future jangan bagi saya terkejut macam ni?" Perlahan Alis menyuarakan permintaannya sambil cuba menolak tangan Dr.Aldrey yang mencengkam kedua bahunya menekan rapat pada kereta.

"And boleh tak in future you tak tarik perhatian jantan-jantan sial kat luar sana." Aldrey menolak kuat badan itu pada kereta. Aldrey tidak dapat menahan kemarahannya, hatinya semakin panas apabila mengingati adegan sewaktu dinner tadi.

Argh! Alis mengerang menahan sakit apabila belakang badannya terhentak pada kereta.

"Dr cakap apa ni? saya tarik perhatian siapa?" Alis mula naik angin apabila dia di tuduh begitu tambahan pula belakang badannya terasa sakit kerana terhentak pada kereta.

"Patut ke I ingatkan you apa yang jadi dekat dalam dewan tu tadi?" Aldrey menyinga. Urat-urat di lehernya semakin jelas kelihatan. Bahu gadis itu semakin kuat dicengkam.

"Dr sakit." Alis menolak tangan yang mencengkam bahunya itu.

"I warned you before, but you disobeyed me." 

Alis memejamkan mata setiap kali Dr.Aldrey memekik di depan mukanya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Menjerit meminta pertolongan dan membahayakan diri atau menunggu marah Dr.Aldrey reda yang sama membahayakan.

"Dr, sakit." Air mata Alis mula menuruni pipinya.

"I hate it when all those fuckers look at you and get close to you." Dari mula hingga akhir majlis hatinya membara. Ingin saja dia memukul lelaki yang bernama Hilman itu tapi dia mengawal dirinya dek kerana title pensyarah yang dibawa.

"Are you enjoying all the fame tonight? Hah?" Aldrey makin merapati gadis itu hingga bahagian depan badan mereka bersentuhan.

"Apa Dr cakap ni? Saya tak buat apa-apa pon." Alis menolak dada Dr.Aldrey supaya menjauh darinya, tapi tenaga perempuannya tidak dapat melawan lelaki itu.

"Tak buat apa-apa but you layan jantan-jantan tu macam perempuan murah!"

Berdesing telinga Alis mendengar jerkahan Dr.Aldrey. Perempuan murah?

PANGG! Tangan dihayunkan tepat di pipi kanan lelaki itu. Dr.Aldrey yang tidak bersedia dengan situasi itu tertoleh dek kerana tamparan tersebut.

"Jaga mulut Dr, yang layan saya macam perempuan murahan dari awal sampai sekarang adalah awak Dr.Aldrey, tolong sedar." Alis menekan jari telunjuknya di dada Dr.Aldrey cuba menyampaikan yang lelaki itu sedang melakukan apa yang dikatakannya.

Aldrey tersenyum senget. Matanya mencerlung ke arah Alis. Kalau lelaki mungkin sudah lumat wajah Alis saat ini dikerjakannya.

"Lepas! Awak tak ada hak nak sentuh saya macam ni." Alis yang berang menolak kuat badan Dr.Aldrey tapi sikit pun lelaki itu tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Cengkamannya malah diperkemas.

"Hak?" Aldrey menikam mata gadis itu dengan wajah singanya. 

"Ya, awak tak ada hak. Awak cuma pensyarah saya dan sampai bila-bila hanya akan menjadi pensyarah saya." Alis tanpa rasa gentar membalas renungan itu. Dia tidak akan tunduk kepada lelaki itu atau mana-mana lelaki yang membulinya.

"Jadi siapa yang ada hak? Jantan-jantan tadi tu ke?" Perlahan Aldrey menyoal tapi penuh dengan aura membunuh.

"Dr tak ada hak pon nak mempersoal siapa orang tu dan Dr tak perlu tau." Suara Alis tertahan-tahan kerana menahan marah yang teramat ketika itu.

'Talking about right huh?' Aldrey tersenyum sinis kepada Alis. Bibir yang menggigil kerana marah itu menarik perhatiannya. Dalam samar, bibir itu kelihatan brown seperti di warnakan. Lama Aldrey memerhatikan bibir itu. Tanpa sebarang isyarat bibir Aldrey menekan kasar bibir gadis itu dengan bibirnya. 

Alis meronta cuba menolak, tapi Aldrey lebih pantas memaut kepalanya dari belakang supaya dia tidak dapat bergerak. Sebelah lagi tangannya memaut pinggang Alis menariknya rapat sekalian mengunci semua pergerakkan Alis. Ciuman yang kasar itu bertukar menjadi single lip kiss, lembut pergerakkannya seolah-olah sedang menikmati. 

Lama mereka berkeadaan begitu hinggalah Aldrey puas dan perlahan dia melepaskan bibir lembut itu. Sudah lama dia menahan diri dari menyentuh bibir itu dan hari ini dia berjaya milikinya. Dahinya disatukan dengan dahi Alis yang terdiam kaku.

"Now I have the right, Alis. No one can have you or touch you except me." Kata-kata itu dibisikkan perlahan. Satu ciuman di hadiahkan ke atas bibir gadis itu sekali lagi.

"I promise you, anyone who dares to touch you or come near you will die." Sekali lagi ciuman di jatuhkan ke bibir gadis itu. Kali ini lebih lama.

"You are mine, Alis." Bibir itu di jamah lagi.

"Always mine." Lagi sekali.

"Forever mine." Dan lagi.

Aldrey angau, dia mahu menyentuh bibir itu lagi dan lagi namun Alis pantas mengelaknya dengan menolak Aldrey jauh. Aldrey yang tidak bersedia terundur ke belakang. Dia cuba mendekati Alis semua tapi pantas Alis mengundur.

"Don't you dare." Jari telunjuk Alis tepat ke wajah lelaki itu memberi amaran.

"If I do?" Aldrey menyoal ingin melihat apa yang akan gadis itu lakukan jika dia terus mendekat.

"It's either you get hurt or I get hurt." 

"You threatened me?" Aldrey menyoal meminta kepastian untuk apa yang di dengarnya.

"Nope, saya warning awak. Jangan pernah muncul depan saya lagi Dr.Aldrey. Ingat tu." Selesai meluahkan apa yang perlu, Alis pantas berlari tanpa menoleh lagi. Dia khuatir Dr.Aldrey mengejarnya. Sesungguhnya dia ketakutan tapi dipaksa kakinya untuk terus berlari. 

kalaulah 17 tahun dulu dia boleh lawan dan berlari begini pasti hari ini hidupnya tidak seperti sekarang. Air mata Alis laju keluar mengingati apa yang menimpanya. 

"Shit." Aldrey mendongak melihat langit sambil bercekak pinggang. Entah kenapa dia tidak senang duduk berpisah dengan Alis dalam keadaan begitu. 

Aldrey terkaku di tempatnya. Bayangan Alis semakin hilang dari pandangan mata. Melihat keadaan Alis membuatkan dia sedikit kesal dengan tindakkannya namun sebahagian darinya bersetuju dengan apa yang dilakukan. Bibirnya disentuh dengan jari. Dia tersenyum ringkas sebelum bayangan Alis menangis dan berlari meninggalkannya sebentar tadi kembali menghantui fikiran.

"I will fix everything, Alis." Keluhan berat dilepaskan.



Note: Single lip kisses are the best way to tell your partner 'I love you'. Start sucking the lip gently in a romantic manner.


Aldrey's eyesDonde viven las historias. Descúbrelo ahora