Bab 28 ~ Pilih ~

1.9K 156 46
                                    

ALARM yang melalak, pantas Leo matikan. Memastikan tidur lena sang isteri di sisi tidak terganggu. Tatkala ternampak kerutan tipis di dahi Auliya, dia bertindak menepuk-nepuk manja bahu si dia yang hanya tidur berlapikkan selimut yang dikongsi bersama.

"Sejuk..." Suara serak Auliya terluah perlahan. Tubuh didekatkan, menggunakan kulit Leo untuk menghangatkan kedinginan yang dirasakan.

Degup jantung Leo yang tadinya reda mencanak kembali. Tak berkedip matanya saat Auliya selamba sahaja mencantumkan semula tubuh mereka secara bersahaja. Adakah dia dan Auliya bertukar roh dek peristiwa bersejarah semalam?

"Leith..."

"Hmm..."

"Saya kan..."

"Kenapa ni? Awak okey tak?" Baru saja Leo hendak merenggangkan tubuh mereka, Auliya lebih laju mengetatkan lagi dakapannya.

"Saya... Erm... Malu..."

Mendengar luahan jujur si dia, tangan Leo mulai membelai belakang kepala Auliya. Patutlah peluk serupa tiada hari lain. Wanita itu segan rupanya. Mungkin itu satu-satunya yang terlintas di fikiran Auliya. Cara untuk tidak bertentang mata dengannya.

"Jangan risau. Saya pun." Mudah saja Leo menyatakan apa yang turut dirasakan. Lagipula, dia yakin, Auliya pasti sudah dapat membaca paluan dahsyat detak jantungnya. Mengalahkan debar ketika bertempur di gelanggang.

"Habis, macam mana?"

Kening Leo terjongket.

"Maksud awak?"

"Macam mana saya nak bangun dan buat mandi 'tu'? Kalau Leith pura-pura tidur balik tak boleh ke?"

Gelak kecil Leo terpacul. Jarang sekali dia mampu tergelak seawal itu. Kalau Noah tahu, pasti dia akan dicop tidak siuman. Sangkanya, Auliya akan jadi lebih 'nakal' setelah apa yang berlaku. Ternyata tidak, dia masih 'budak baik' yang sama. Dan tanpa dia sedar, keunikan itulah yang berjaya merantai hatinya.

"Sekarang, boleh tak kita bercakap sambil bertentang mata?" tanyanya, separa berbisik.

Auliya sekadar berdiam diri. Masih berbelah bahagi. Tidak yakin dengan kedua-dua jawapan 'boleh' dan 'tak boleh'. Leo sebaliknya menangkap isyarat diam itu sebagai arti bersetuju. Tubuh mereka kemudian dijarakkan sedikit. Cukup untuk kedua pasangan itu saling bertatapan di sebalik cahaya yang hampir tidak menerangi bilik itu.

"Saya nak awak tahu, apa yang awak rasa tu normal. Semua orang nervous untuk kali pertama. Pertama kali kahwin, pertama kali dapat anak, pertama kali buat pembentangan, pertama kali berdiri depan khalayak ramai. We all have to go through that phase, in order to be who we are today and a better version of ourselves in future. There's no easy road, remember?"

Usai menghadam kalimat bermakna itu, Auliya mengangguk lemah. Benar apa yang dikatakan Leo. Setiap manusia harus melalui fasa ketakutan demi mencungkil keberanian yang tertanam dalam diri. Kerana menjadi berani itu satu-satunya pilihan yang ada, demi meraih apa yang diimpikan. Persis pejuang yang menapis ketakutan dengan keberanian dan kepercayaan yang utuh, bahawa Tuhan tidak akan mensia-siakan pengorbanan mereka.

"Tanpa apa yang dah terjadi, kita takkan sampai ke tahap ini. Dan tanpa kegagalan, saya takkan meraih kejayaan."

Senyum tipis menapak malu-malu di bibir Auliya.

"Kalau saya tak tengok Leith gagal berkali-kali, saya pun takkan fahami makna 'penyokong' yang sebenar."

Leo turut mengangguk, mengiakan bicara sang isteri. Pipi mulus itu kemudian dibelai sayang, sebelum kucupan hangat mendarat di situ.

Supporter Belakang Tabir ✔Where stories live. Discover now