07

337 25 3
                                    

SEJAK dua hari yang lepas, aku langsung tidak keluar daripada rumah. Kerja pun tidak pergi, apatah lagi kolej.

Petang ini, aku hanya bersiap ala kadar. Tubuhku hanya berbalut hoodie kelabu. Simple sahaja. Lagipun, hari ini aku hanya perlu mencuba baju yang ditempah oleh Lisa tempoh hari.

Pagi tadi, aku ada menyuruh Kei menjemputku, tetapi Kei perlu menggantikan orang lain untuknya kerana mempunyai tugas di luar.

Yang aku pelik, bukankah Kei hanya bekerja untukku? Macam mana pula lelaki itu boleh ada kerja lain?

Dan di sinilah aku sekarang. Berdiri tegak di hadapan seorang lelaki yang memakai jaket hitam dan topi di kepalanya.

Aku hela nafas berat. Wajah lelaki itu kosong dan mendatar sahaja. Sama dan sebiji seperti Kei.

Tanpa menghiraukannya, aku terus masuk ke dalam kereta yang pintunya sudah sedia terbuka. Tidak menunggu lama, lelaki itu turut masuk sebelum kereta yang dinaiki kami bergerak keluar.

"You tahu kita nak pergi mana?" Aku merenung sisi wajahnya.

"Tahu, cik."

"Apa nama you? Kei kuasa dua?" Soalku selamba sebelum kepalaku menyenget sedikit untuk melihat riak wajahnya.

"Daiyan Fudail. Panggil saya Daiyan." Soalanku yang seakan memerlinya tadi langsung tidak memberikan kesan kepadanya.

Aku menjatuhkan kepala.

Sampai sahaja di hadapan butik, aku bergegas turun diikuti Daiyan dari belakang. Aku menghampiri seorang wanita yang sedang menungguku itu.

"Cik Raihana, mari ikut saya."

Aku akur. Langkahnya aku ikut sehingga kami tiba di hadapan sebuah bilik persalinan. Langsir yang menutupi ruang itu ditarik. Muncul one shoulder satin dress yang cantik tergantung.

Aku memandangnya kagum. Sungguh cantik rekaan gaun itu walaupun kosong tanpa perhiasan. Aku berpaling ke arah wanita itu.

"Thank you. Cantik sangat. I suka."

"Sama-sama cik Rai. Ini pertama kali saya reka gaun macam ni. Tak sangka pula cik Rai suka. Apa-apapun cik Rai kena cuba dulu gaun ni. Mana tahu ada apa-apa yang tak kena, saya boleh betulkan semula." Ujarnya bersama senyuman.

Aku angguk. Bilik persalinan dituju. Gaun cantik itu disarung ke tubuh sebelum aku gayakan di hadapan cermin. Berpusing-pusing tubuhku menilik diri di sebalik pantulan cermin.

Langsir tirai diselak. Aku lihat mulut wanita tadi terlopong luas sebelum bibir itu merekah dengan senyuman lebar. Spontan aku tergelak kecil.

"Cantiknya cik Rai. Bertuah saya dapat tengok cik Rai depan mata."

Aku senyum manis. Langkah diambil merapati Daiyan.

"Am I pretty?"

Daiyan berdehem seketika.

"Cantik tu memang la cantik. Tapi lagi cantik kalau cik Rai tutup dari atas sampai ke bawah." Balas Daiyan selamba.

Tubuhku kejung. Terkedip-kedip mataku melihatnya. Aku berdehem cuba menutup malu. Tanpa menghiraukannya, aku berlalu semula ke bilik persalinan.

Selesai sahaja menukar baju, aku keluar dari butik. Aku ada mengajak Daiyan untuk ke pusat beli-belah selepas ini. Boleh la aku cuci-cuci mata sikit selepas beberapa hari berkurung di dalam rumah.

Aku berjalan santai sambil mata melilau mencari baju yang berkenan. Hampir lima minit juga lah aku berpusing-pusing di sekitar situ.

Nafas kasar dihela. Disebakan tiada yang berkenan di hati, aku memilih untuk keluar sahaja dari butik pakaian itu.

The Dark Runway Where stories live. Discover now