special chapter

407 27 6
                                    

BUNYI teriakan disertai dengan gelak ketawa lantang kedengaran di tingkat atas. Aku yang baru sahaja siap memasak cepat-cepat mengatur langkah naik ke atas.

Pintu bilik yang menempatkan si kembar dikuak luas. Tak semena mataku membulat besar. Keadaan bilik si kembar sangat bersepah dengan kertas-kertas yang sudah renyuk dan cat air yang tumpah di atas lantai bilik.

Dan yang paling teruk si adik lah. Karina Nailufar. Mukanya penuh dengan cat air berwarna merah jambu. Rambut perangnya yang bertocang dua juga turut melekat sisa cat.

Si abang pula hanya baju spidermannya sahaja yang terkena cat air. Mata bulatnya terkedip-kedip memandang aku dan kembarnya silih berganti.

"Subhanallah... boy dengan girl buat apa ni?" Mataku menjegil ke arah mereka. Saja tunjuk garang. Tangan pula naik mencekak pinggang.

"Kawina." Kael Nahiz berbisik pada kembarnya. "Don't say anything wokay?"

Dan Karina pun mengangguk setuju.

"Wokay."

"Ha! Bisik apa?" Aku melangkah menghampiri anak-anakku yang sudah berusia empat tahun itu.

Dua-dua menggeleng laju.

Mata dipincang tajam. "Really? It's okay. Tell mommy. I won't be mad at you." Aku bersila di hadapan mereka.

Dua-dua masih diam membisu.

Kael sudah tidak senang duduk manakala Karina masih dengan muka tidak bersalahnya. Dia masih ralit bermain dengan kertas yang dipenuhi cat air yang sudah kering itu.

"Oh okey. Tak nak beritahu mommy ya? Fine! No sweets for a week."

"Mommy! Noooo." Kael meraup wajah dengan tangan kecilnya. Bibirnya tersebik-sebik ingin menangis. Dengan duduknya yang seperti antara dua sujud lagi buatkan aku ingin ketawa.

Comelnya anak aku.

"Mommy! Noooo." Karina mengajuk abangnya. Dia turut meraup wajah sepertimana yang dilakukan oleh Kael tadi. Dan sekarang, Karina sudah tidak seperti rupa manusia. Keseluruhan mukanya penuh dan comot dengan cat air.

Mata dipejam. Tak tahu nak gelak ke nak menangis sekarang ni.

"Then tell me. Kael atau Karina yang sepahkan bilik ni, hmm?" Aku menyoal dengan wajah yang garang.

"Kawina." Kael tunjuk pada Karina.

"Kawina." Karina mengikut cakap abangnya. Jari naik menuding pada diri sendiri. Aku tepuk dahi.

Ya Tuhan.

Polosnya Karina ni. Dia tak tahu ke si abang tengah menuduh dia?

"Boy dengan girl nak kena denda ni..." Meleret suaraku dengan nada yang tegas.

Kael menunduk menekur lantai. Bibirnya tersebik-sebik ke depan. Kedua belah tangan di atas peha. Lagak seorang pesalah yang sedang menunggu dijatuhkan hukuman.

Karina pula terkebil-kebil melihat abangnya.

"Sowwy mommy." Kata Kael perlahan.

Kali ini Karina diam tidak bersuara. Kalau tidak dia lah yang paling seronok mengajuk abangnya. Tapi nampaknya dia diam pula kali ini.

Aku pandang Karina.

Gadis kecil itu sedang duduk melunjur kaki. Sebelah tangan memegang sikat berwarna merah jambu. Rambut yang menutup dahinya disikat rapi. Anak matanya bergerak ke atas merenung rambut di atas kelopak matanya.

Aku ternganga.

Kemain diva budak ni. Rambut pun sikit ja nak sikat apa lagi.

"Kawina. Say sowwy to mommy!" Kael mengarah tegas. Matanya berubah garang. Nafas dihembus kasar. Bibir kecilnya termuncung-muncung.

The Dark Runway Where stories live. Discover now