30

352 26 2
                                    

BIBIR melakar senyuman lebar sedari tadi. Setiap yang berselisih denganku dibalas dengan senyuman nipis. Semuanya sebab aku sudah mulai bertudung. Alhamdulillah, Kei yang banyak menasihatiku supaya menutup aurat dan menjaga pemakaian.

Aku kerling tangan kami yang bertaut erat kemudian aku pandang si tuan badan yang berada di sebelah. Wajah itu beku tiada secalit senyuman.

"Abang." Aku goyang tangan Kei.

Kei berpaling melakar satu senyuman. Sebelah keningnya terjongket ke atas menunggu aku bercakap.

"Senyum la sikit. Abang bukannya kat tempat kerja." Tegurku lembut.

"Kenapa? Rai takut ke?"

Aku angguk. "Sikit."

Kei ketawa kecil. Tautan tangan dikemaskan olehnya sebelum kami sambung berjalan. Tiba di hadapan sebuah dewan besar, aku berpaling menghadap Kei.

"Rai hantar abang sampai sini ja boleh? Sebab Rai dah kena pergi beratur kat belakang."

"Sure."

Aku senyum. Belum sempat aku pergi, kedua belah bahuku dipaut dan dipusingkan menghadap Kei.

"Don't feel nervous. I'm here."

Rasa gundah-gelana tadi hilang diganti dengan rasa tenang. Aku genggam lengannya meminjam kekuatan.

"Rai rasa tak sedap hati la." Ujarku berterus-terang.

Kei menarikku ke dalam pelukan. "Abang ada. It's okay. Everything will be okay."

Aku mendongak. "Kalau tak okey juga?"

"I'll make sure you will be okay." Tuturnya tegas. Tiba-tiba jarinya naik mengepit hidungku.

Aku tolak tangan Kei jauh. "Sakitlah." Bibir mencebik geram dengan tingkah lakunya.

"Stop overthinking." Dia mengusap lembut hidungku.

"Abang rasa Rai dah lambat." Cepat-cepat dia mengubah topik.

"Kenapa?" Keningku berkerut pelik.

Bibirnya memuncung menunjuk ke arah belakang. Serentak aku menoleh.

Aku lihat Nia sedang melambai ke arahku lalu menunjuk ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Tak lama selepas itu, muncul seorang lagi gadis datang menyapa Nia. Nia kemudiannya bergerak mengikuti gadis itu ke belakang pentas. Sempat dia memanggil dan menyuruhku bergerak ke belakang pentas sama.

"Alah, Rai dah kena pergi." Bibirku memuncung sambil merapat ke arah Kei.

"See you when I see you, abang." Kekura tangannya digapai lalu aku kucup lembut.

"Abang jangan tinggal Rai tau."

"Ya sayang."

Aku senyum. "Rai loves you abang."

Kei angguk. Dia menunduk lalu bibirnya berbisik di sebelah telingaku. "Abang loves you too."

"Dah pergi masuk." Wajahnya bertukar beku semula. Dia menolak lembut tubuhku agar bergerak pergi dari situ.

Aku mencebik. Sempat aku hadiahkan kenyitan mata kepadanya sebelum bergerak pergi.













Hari ini, aku akan graduate sebagai seorang pelajar jurusan muzik (Bachelor of Education in Instrumental and Vocal Teaching). Kini aku sedang beratur menunggu giliran untuk naik ke atas pentas.

Jubah konvokesyen yang aku pakai sekarang berwarna hitam dengan garis jalur berwarna emas di hujungnya. Tidak lupa juga topi yang setona warna melekat di atas kepala.

The Dark Runway Where stories live. Discover now