01

2.8K 298 19
                                    

  "Disebabkan kita ada masalah dengan flight esok, jadi kita terpaksa tunggu dalam satu atau dua hari sebelum berangkat ke Malaysia. Dan berkemungkinan besar, kita akan gunakan jet pribadi team." terang ketua jurulatih dengan nada yang sedikit risau.

"Yes!" mereka pula sebaliknya. Lebih gembira dapat pusing-pusing Korea dalam tempoh masa yang panjang.

Ketua jurulatih yang digelar Coach Aaron itu menggeleng kepala. Dalam diam dia sembunyi senyuman. Bahagia melihat pasukannya kekal gembira selepas perlawanan berakhir. Biarlah mereka menikmati masa di Korea sebelum kembali fokus ke permainan yang akan datang.

"Zayn," lelaki dingin yang duduk di sebelah bangku menoleh. Dia hanya angkat wajah. Menunggu sambungan kata-kata dari Coach Aaron.

"Late night jog, tonight?" Zayn tidak memberi sebarang reaksi. Lama-lama dia angguk, setuju. Sememangnya Zayn sangat rapat dengan jurulatihnya. Tidak kira tua atau muda. Biarpun dia berkelakuan tegas di hadapan ahli pasukan namun dia masih ada rasa hormat pada semua jurulatih.

"Sure," ringkas balasan lelaki itu sebelum meneguk air. Mata setia memerhati ahli pasukannya yang duduk dalam bulatan sambil bergelak tawa. Zayn antara manusia paling tidak berminat untuk bergaul dengan mereka. Tidak gemar membuat perkara yang membuang masa.

"Malas aku buka telefon. Bila buka aje, mesti ada muka Zayn. Bila nak ada muka aku?" tergelak mereka mendengar rungutan penjaga gol mereka, Rizz.

"Mana tidaknya, kawan tu Mr. MVP of the season. Kau tu kerja tangkap bola, bukan tendang bola." tidak semena-mena sisi kepalanya diketuk. Rizz mengusap kepalanya. Mata menjeling tajam rakan di sebelahnya. Yang lain hanya mampu mengetawakan lelaki itu.

Zayn yang berada tidak jauh dari mereka hanya memekakkan telinga. Namanya sering disebut oleh mereka.

"Zayn, bila kau nak buat akaun Instagram? kau tak bosan ke jadi orang tua ketinggalan zaman?" laung Rizz dari jauh. Mereka yang lain menoleh ke arah Zayn, menantikan jawapan lelaki itu.

"Woi, janganlah suruh Zayn buat akaun, nanti dia cantas followers aku!" wajahnya berubah berang. Kanzer. Lelaki yang tidak kurang kacak itu memegang posisi defender.

"Eh, dengan followers ciput kau tu, Zayn boleh dapat dalam sekelip mata jelah." bidas Rizz. Mereka berdua saling melawan mata. Menyampah sungguh.

"Ciput kau kata? cuba bezakan dengan followers kau? aku lagi tinggi!" hanya disebabkan oleh jumlah pengikut Instagram, dapat melagakan dua orang ahli pasukan mereka. Bagai anjing dan kucing.

Bam!

Hempasan pintu menghentikan petengkaran. Rupanya gerangan itu ialah Zayn yang melangkah keluar dari bilik latihan. Jika keberadaan dia di sana hanya menimbulkan pertengkaran, lebih baik dia keluar.

≪•◦ ❈ ◦•≫

           Bangunan-bangunan tinggi terpacak megah sepanjang perjalanan di bandar Seoul. Penduduk di sini lebih gemar menggunakan pengangkutan awam supaya tiba dengan cepat ke destinasi mereka. Namun tidak bagi Hazi. Dia tidak sanggup berjalan kaki berpuluh kilometer. Maka, dia menyewa sebuah kereta Mercedes Benz untuk dua hari.

Sementara Audrey sebagai passenger princess setia Hazi merapatkan diri ke arah tingkap. Rambang mata. Memandangkan sekarang musim luruh, kebanyakan daun pokok di Korea berubah warna dari hijau ke coklat pekat.

Sepanjang jalan mereka nampak pasangan kekasih bergambar di tepi pohon sambil berpegangan tangan. Memakai pakaian yang sedondon. Ada juga yang bawa anjing peliharaan mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now