11

2.9K 277 48
                                    

         Dua jari memegang batang tirus gelas tinggi. Kemudian, jus itu dibawa rapat ke bibir dan dicicip sedikit demi sedikit. Gerak mata melilau pada segenap ruangan. Ruangan riuh rendah sedikit mengganggu ketenteraman Hazi. Tetapi apa boleh dia buat? Dia berada di majlis ulang tahun Dato' Hamidi. Sudah tentu ramai orang ternama dari pelbagai syarikat dan negara luar turut menghadirkan diri.

Dari tingkat atas, Hazi tidak lepas dari memerhati ke arah pintu masuk. Setiap kali ada kaki yang mengorak langkah ke dalam, serentak sinaran lampu dari kamera para wartawan datang menyerbu. Kira-kira tiga puluh orang wartawan yang terpilih dari syarikat terkemuka di Malaysia dan beberapa orang dari siaran televisyen International.

Lelaki tua itu menyukai perhatian, bukan? Beginilah cara hidup seorang Hazi Marilyn. Dilahirkan dengan sudu emas. Ditatang bagaikan minyak penuh.

Sejujurnya, Hazi sedang bersembunyi di atas sana. Enggan berjumpa orang. Semua orang mempamerkan senyuman lebar apabila berjumpa dengannya. Bertanyakan khabar, mempelawa minuman, memberikan kad syarikat untuk bertemu diluar majlis. Sedangkan Hazi tahu, itu semua teknik untuk menarik syarikat keluarganya sebagai rakan kongsi  mereka.

Nama Hazi menjadi hangat sekarang kerana khabar angin yang mengatakan wanita itu memiliki seorang teman lelaki dari pasukan bola sepak Malaysia. Untuk orang lain, perkara itu normal. Tetapi, untuk Hazi Marilyn, itu luar biasa. Hinggakan mereka berfikiran Hazi dicalit minyak pengasih untuk membuat Hazi jatuh hati kepada lelaki malang tersebut.

Sudah beberapa kali lelaki di luar sana dimalukan di hadapan orang awam semata-mata mereka cuba memikat hati wanita itu. Ada yang membawa diri ke luar negara dan enggan pulang kerana terlalu malu. Impak seorang Hazi Marilyn boleh menghancurkan hidup seseorang itu pada bila-bila masa sahaja.

Oleh itu, untuk mereka yang berani sahaja akan menghampiri wanita itu.

"Kenapa Zee tak turun? Takut berhadapan wartawan?" Datang satu suara wanita mencelah dari belakang sebelum berdiri di sebelah Hazi.

"Takut? Takut pada orang yang makan duit haram? Hah," Bibir menyinis di sebalik gelas.

Margot Dawn. Anak sulung kepada Dato' Hamidi Khadir yang mendirikan syarikat kenderaan berteknologi tinggi di Dubai. Nama wanita itu cukup besar di sana. Hazi tidak begitu mengenali Margot kerana wanita itu jarang sekali pulang ke Malaysia sebelum ini.

Dia melepaskan ketawa kecil. "Macam tak biasa,"

Hazi menghela nafas berat. Serabut benar otaknya. Perempuan ini mahukan apa? Tidak pernah-pernah datang menegurnya. Hari ini ubat angin pula?

Gelas kosong diletak dengan selamba di atas dulang pekerja yang lalu lalang sambil menatang makanan untuk dihidangkan ke para tetamu. Kemudian, wajah menoleh ke wajah Margot bersama wajah kosong.

"What do you want from me?" Soalan spontan Hazi menyentakkan Margot.

Kepala didongak ke lelangit, menguntum senyuman sinis. Dia kemudiannya melawan semula tatapan Hazi yang memandangnya dengan tajam.

"You know how to read people." Itu merupakan sebuah pujian kepada anak buahnya. Hazi tidak memberi respon. Semakin tajam renungannya.

"I'm not the stupid Hael," Sindir Hazi pedas. Bukan dia tidak tahu siapa anak buah kesayangan wanita itu. Sudah semestinya, Hael yang hidup berpaksikan kemewahan sedangkan sumber wang itu datang dari titik peluh orang lain.

Tanpa meninggalkan kata, Hazi beredar dari sana. Membiarkan Margot sendirian. Wanita itu mengekori kepergian Hazi dengan hujung mata sehingga dia memboloskan diri di dalam lif. Bibir menyembunyikan senyuman.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now