09

2.5K 266 11
                                    

"Hael," Datin Marie memanggil anak lelakinya, Hael Theron.

"Yes, Mommy?" lalu Hael menghampiri wanita itu di sofa. Nampaknya Datin Marie sedang menjamah minum petang di taman bunga mereka.

"Dah buat apa yang Mommy suruh?" seketika dia memandang wajah Hael sebelum air teh dicicip.

Tiba-tiba wajah Hael berubah. Dia menelan payah liur. Bibir dikemam, seakan-akan tidak mampu mengeluarkan suaranya.

"I need an answer not a silence, Hael Theron." nada lembut tadi berubah tegas. Tajam matanya mencerlung wajah Hael yang menundukkan wajah ke bawah.

"Mommy, actually..." teragak-agak Hael ingin memberi jawapan. Sudah berpeluh dahinya direnung sebegitu.

"Hael tak sempat nak letak ubat tu," akhirnya Hael memberi jawapan yang bakal membuat Datin Marie naik darah.

"What!? Why!?" secara mengejut Datin Marie menghempas gelas ke meja. Terkatup kelopak mata Hael.

"Hael rasa ubat tu tercicir dari poket Hael," nada Hael tersekat-sekat. Risau jika dimarahi.

"Hey! Hael tahu tak ubat tu mahal?! Hael ni memang tak boleh diharapkan langsung! Ini untuk kebaikan Hael juga tahu tak?" naik merah wajah Datin Marie memarahi anaknya.

"T..tapi Mommy tak rasa kita sudah melebih? Grand mesti tak suka kalau dia tahu Hael dengan Hazi kena tangkap basah..." teragagap-gagap tutur kata Hael. Sebenarnya, dia bukan hilangkan ubat itu. Tetapi dia sengaja buang ke dalam tong sampah kerana tahu perbuatan mereka itu hanya akan mendorong Hazi untuk membenci mereka sahaja.

"What are you talking about, son? Hael ada cara lain? Tak ada, kan? Then shut up and let me handle this." Datin Marie menghela nafas kesal. Menyusahkan saja.

"You must know your limit, Mommy. Hael risau kita kena karma saja." perlahan Hael mengatakan itu.

"Salah Mommy sorang ke sedangkan Hael sendiri pun tak ada kerja? Kita kena dapatkan syarikat Grand, Hael. Once we get Hazi, then we will get everything. Hael tak nak jadi kaya?" lambat-lambat Hael mengangguk.

"Nak,"

"Then? Hael buat apa lagi di sini? pergilah bawa Hazi minum mana-mana," Datin Marie memandang anak lelakinya atas hingga bawah kemudian melempar pandangan sinis.

"Hael pergi dulu," Hael menunduk kecil lalu mengatur langkah ke garaj kereta.

Apabila anak lelakinya tidak lagi kelihatan, dia sambung menjamah minumannya. Bibir sembunyi senyuman kecil. Mata terkatup seketika, menikmati angin yang melalui pipi.

"Kau tunggu Hazi, aku pasti akan dapatkan kau. Dasar anak emas tak kenang budi. Aku dah bunuh mak bapak kau pun kau masih berkeras untuk kahwin dengan anak aku?"

"Kalau bukan sebab duit, aku tak ingin nak jadikan kau menantu. Jijik. Sudahlah tak ada adab. Memang sama macam mak kau yang bodoh tu," Datin Marie berkata sendiri. Rahang diketap rapat, menunjukkan rasa geram.

Tanpa Datin Marie sedar, ada seseorang sedang memasang telinga pada perbualan antaranya dan anaknya.

Dia hanya seorang pembantu rumah tetapi dia juga mata dan telinga kepada Dato' Hamidi Khadir merangkap 'Grand' yang memegang harta terbesar di dalam keluarga mereka.

The Khadir's Legacy.

Di dalam kepala mereka hanya satu. Duit. Biar pun perlu bermain secara kotor, namun mereka akan dapatkan apa yang mereka mahukan.

Duit mampu membina kepribadian seseorang. Dan dengan duit juga dapat menaikkan darjat seorang manusia.

≪•◦ ❈ ◦•≫

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now