BAB 18

1.5K 74 26
                                    

Sampai sahaja di rumah Encik Elriss dan Puan Shifa, Elyana terus meluru keluar kereta. "Assalamualaikum mommy, papa! I'm back! " Jeritnya kuat.

Wina yang lihat sikap tidak senonoh rakannya itu tergamam. Dia jatuhkan dahi pada stereng kereta dan mengeluh berat. 'Selamba dia je. Pintu kereta tak tutup, lepastu terjerit-jerit macam nak terberanak.' Mahu sahaja dia tekup muka Elyana ke dalam tanah.

"El!"

"Mummy!"

Ibu dan anak itu berpelukan erat. Habis satu muka Elyana dicium oleh Puan Shifa. Encik Elriss yang melihat aksi itu hanya menggelengkan kepalanya. Macam tak berjumpa bertahun. Padahal baru je jumpa dua minggu lepas.

"Papa!" Elyana meluru ke arah papanya pula. Pelukan dilepaskan, mata Elyana jatuh pada adik lelakinya yang sedang menyaksikan aksi mereka dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Duhh drama betul la kau ni kak" usai berkata begitu dia terus pusing menghadap laptopnya dan sambung bermain game.

Jatuh rahang Elyana lihat reaksi adik dia. 'Bukan main lagi ayat dia! ish budak ni'

"Kau pandang aku macam tu je? Salam? Mana salam? Dasar adik derhaka"

Effan kembali pandang ke arah Elyana. "Samekom sameon bucuk macam. Anda sihat ?"

"Effan..." tegur Encik Elriss. Effan pandang Encik Elriss dan mengeluh. Dengan malas dia bangun dan melangkah ke arah kakaknya. Tangan dihulur untuk bersalaman. Elyana sambut tangan adiknya dengan menayangkan riak wajah yang bangga. Sengaja mahu sakitkan hati adiknya itu. Kening diangkat berkali-kali, senyuman sinis terbentuk.

Gua menang la bro...

"Assalamualaikum." Wina bagi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Puan Shifa terus pergi mendapatkan Wina dengan senyuman lebar. Teruja sungguh dia.

Wina memang rapat dengan keluarga Elyana. Disebabkan diorang sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Setiap kali cuti sekolah, umi Wina mesti akan hantar anaknya ke rumah mereka untuk bermain bersama Elyana.

Wina terus tersenyum lebar melihat Puan Shifa yang dia sudah anggap sebagai ibu angkatnya. Mereka berpelukan seketika. Terpejam mata Wina apabila Puan Shifa mencium mukanya bertalu-talu . 'Uih rindu sangat ni'

Wina tunduk hormat pada Encik Elriss di hadapannya. "Holla kak peanut!" tegur Effan. Wina hanya menjelirkan lidah pada Effan  dan menjeling budak lelaki itu.

'Tak habis habis dengan kakak peanut dia'

Kakak peanut?

Effan panggil Wina dengan gelaran 'kakak peanut' kerana......

Waktu berumur 10 tahun, Wina dan semua ahli keluarga Elyana sedang menikmati kacang yang dibeli oleh Puan Shifa dan Encik Elriss dari Mekah. Wina perhatikan kacang itu dengan lama. Tanpa disangka dia cuba untuk memasukkan kacang itu ke dalam lubang hidungnya.

Inilah orang kata 'Otak kata jangan, tapi hati kata buat'

Dia cuma ingin tahu sama ada saiz kacang itu muat atau tidak dengan lubang hidungnya kerana saiz kacang itu 'comel'. Biasalah , budak budak.

Pada masa itu pula, tiada seorang pun yang perasan dengan kelakuan gadis itu. Wina pun masukkan kacang itu ke dalam hidungnya.

MUAT!

Ha okay. Dah tak curious dah.

Wina cuba untuk keluarkan, dia korek sedikit. DUMM . Tak boleh.

Dia masih mencuba untuk korek menggunakan jarinya tapi malangnya makin lama , makin ke dalam kacang itu. Dia sudah cuak tetapi takut untuk beritahu pada orang lain. Rasa seperti hendak menangis sahaja. Muka pun sudah merah padam.

It's You!Where stories live. Discover now