THE SECRET LOVE EP2 (Shownu 18+)

3.2K 17 0
                                    

Yn:"Inikan lelaki restoran tu? Buat apa dia ada kat sini?" Yn tertanya tanya di dlm hati. Peluh sejuk mula merenik di dahinya.

Yn memerhatikan satu satu nama dan jawatan di meja penemuduga. Di sebelah kiri, seorang wanita yg sangat cantik dan manis wajahnya murah dengan senyuman- HR SHW corp - cik Jihyo.

Sebelah kanan lelaki restoran itu pula, ternampak seorang lelaki yg berpakaian sangat santai langsung tiada formality COO SHW corp - encik Lee Minhyuk.

Dan lelaki restoran ini pula.... Gulp! Yn menelan liurnya. Chairman/ CEO- Encik Son Hyun Woo.

Yn (dalam hati) : "Jawatan apa yg aku temuduga ni sampai CEO ikut buat interview ni?"

Shownu :"Fresh graduate with bachelor of business and administration, ada pengalaman kerja tak cik Han Yn?" grrrr meremang bulu Yn mendengar suara tegas Encik Son Hyun woo itu. Semoga saja, lelaki itu tidak ingat kejadian kelmarin dan sepuluh ribu.

Yn:"Terima Kasih encik Son Hyunwoo utk soalan tu. saya belum di berikan peluang lagi utk bekerja menggunakan ijazah yg saya ada. Tetapi saya dah ada beberapa pengalaman kerja sebelum ni...."

Shownu:"Beberapa pengalaman kerja, when you are just 24 yrs old? Ini menunjukkan kerja awak tak bagus, we see here.. The longest you had worked for one position was 11 mths and 12days? That was not even a year."

Gulp! Yn menelan liurnya lagi. Sah! Dia tiada harapan utk menjawat sebarang jawatan di syarikat itu. Dah Yn jangan letakkan harapan lagi pada temuduga hari ni. Yn sudah putus harapan.

Lee MInhyuk: “Okay apa, masih muda tapi dah punya banyak pengalaman? Pekerja macam nilah yg kita nak. Muda tapi banyak pengalaman. Kalau ko nak org yg dah banyak pengalaman tapi pengalaman selama sepuluh dua puluh tahun, ko ambik lah org yg dah lanjut usia kerepot nak mamp-…” Lee Minhyuk tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila wajahnya di renung tajam oleh Shownu.

Jihyo: “Korang, we are in an interview. Sorry cik Han Yn…. Where were we?” Manis dan lembut sahaja tutur kata Cik Jihyo di hadapannya ini. Dah lah cantik, seksi, berkarisma pulak tu. Ohh girl crush. Yn bermonolog di dalam hati.

Yn: “Ya benar, tempoh bekerja saya untuk satu jawatan tu tak lama tapi di sebabkan itu saya sangat kenal dengan ragam manusia, melalui pekerjaan pekerjaan tersebut saya dapat sesuatu yg lebih bernilai lebih dari hanya sekadar pengalaman. Sebagai contoh saya pernah bekerja di sebuah restoran mewah, di sana saya perhatikan bukan semua yg datang tu lapar. Ada yg datang sekadar nak menunjuk. Upload kat media social makan kat tempat mahal. Ada yg datang sekadar nak buang duit, order sampai sepuluh jenis menu tapi satu pun tak habis. Tak tau ke ramai orang kat luar tu yg tak cukup makan? Ada jugak yg datang nak buat charity entah  sedap sedap je bagi org yg dah sedia kaya lima sepuluh ribu. Lebih baik dia bagi kat saya ni ha… bukan aje dapat bantu org yg susah, dapat pahala lagi sebab dah sedekah kat anak yatim piatu.” Panjang lebar Yn menjawab. Bukan jawapan sebenarnya, itu lebih kepada luahan hati. Terlupa, antara cerita yg dia sampaikan itu termasuk cerita kelmarin antara dia dan lelaki yg bernama Son HyunWoo.

Lee Mihyuk dan Jihyo sudah ketawa mendengar cerita yang baru saja Yn sampaikan. Berlainan pula dengan Son Hyunwoo, wajah lelaki itu  bertukar menjadi semakin keruh dan garang. Matanya pula sudah memancarkan laser kepada Yn. Sangat tajam sehingga menusuk ke jantung Yn, Yn jadi tidak berani membalas renungan lelaki itu.

Lee Minhyuk: “Lets get her the job, I like her! She is funny. Kan jihyo?”

Jihyo: “We need someone like her more. Penat tau tak bekerja dengan orang yang serius memanjang ni.”

Shownu: : “unfortunately, the position has been taken by someone elses.” Kata Shownu tanpa mengalihkan pandangan tajamnya dari wajah Yn.

Jihyo: “Well, its up to me right?”

The Secret Love (Shownu 18+)Where stories live. Discover now