04 | We were meant to be.

34 19 2
                                    

PERJALANAN kami yang lebih kurang 7 jam ke Kuala Kedah terasa singkat, tahu-tahu pakngah sudah membelok kereta Toyota Alphard putihnya memasuki perkarangan luas yang menempatkan sebuah banglo dua tingkat sederhana besar.

Aku mengeliat malas sebelum bangkit dari pembaringan santai. Aku menguasai dua kusyen paling belakang. Selesa bukan main. Aku tolak comforter ke tepi lalu melangkah keluar dari perut kereta. Membantu paksu punggah keluar semua beg-beg yang kami bawa.

"Assalamualaikum Mun!" laung atok agak nyaring. Dia berdiri di kaki tangga kayu, menghadap wajah ke arah pintu yang tertutup rapat.

Sepi.

"Assalamualaikum orang rumah!" sekali lagi salam dilaung tidak bersahut.

"Assa..." tak sempat laung kali ketiga, pintu dikuak perlahan dari dalam. Kelihatan seorang wanita tua menjenguk kepala ke luar. Mengecilkan mata memerhati wajah si pemberi salam.

"Waalaikumussalam... Simi?"

"Ya, ini Simi kak. Simi dah balik." atok hadiahkan senyuman bahagia bersama mata yang berkaca. Mungkin atok terlalu rindukan ahli keluarganya yang satu ini.

"Ya Allah, adik aku Simi!" Nek Mun orak langkah perlahan menuruni tangga satu persatu lalu menarik tubuh atok ke dalam pelukan.

"Rindunya aku pada kau..."

Kami yang lain berpandangan sesama sendiri. Membiarkan mereka jejak kasih di situ.

"Lama tak balik, makin tua dah Maklong Mun." seloroh paksu lalu tergelak kecil tatkala pakngah menyiku pinggangnya. Dua beg bagasi besar paksu gagah heret menggunakan kedua belah tangan lalu diletakkan betul-betul bersebelahan dua insan tua itu. Paksu selamba lepas keluhan lelah setelahnya.

Nek Mun melemparkan senyuman kepada kami yang lain sebelum beri pandang tajam kepada paksu. "Ni mesti anak bongsu kau nama Anip tu kan? Perangai dari kecik lagi..." Nek Mun menggelengkan kepala.

"Ini Elif dan Dee." atok gamit agar keduanya mendekati. Pakngah dengan maklang pantas menyalami hormat tangan kedut milik Nek Mun. Paksu yang dari awal berada di situ menyalami selepas mereka padahal dia memang ada di situ.

"Man? Ini Man kan?" Nek Mun pandang aku pula.

Man? Agak ganjil pada pendengaran namun aku iyakan saja. Aku salam dia. "Assalamualaikum nek..."

"Ya nak... Kacaknya cucu aku ini bila dah besar." kembang kempis aku rasa bila dipuji. Sempat aku jongket kening kepada paksu yang mencebik bibir. Kau ada?

Kami lelaki bertiga kerah tenaga angkat beg-beg besar dari luar masuk ke ruang tamu. Gelas air sirap yang masih di dalam dulang kami capai lalu teguk rakus.

"Ini Muhadith, cucu aku. Anak Maisarah." Nek Mun perkenalkan si pembawa dulang air. Lelaki muda awal 20-an itu cuma tersengih kepada kami bertiga yang masih berdiri disamping beg bagasi.

Muhadith turunkan dulang ke meja lalu hidangkan baki dua gelas ke atas meja sebelum berlalu ke dapur semula.

"Maaf lah sempat hidang air sirap aje Man. Nek Mun dah mintak Natasha masakkan makan tengah hari. Mesti lapar kan?" Nek Mun pandang aku. Aku balas dengan senyuman.

"Eh, tak payahlah susah-susah. Kami ada singgah kedai makan tadi sebab alang-alang turun untuk solat." jujur atok.

"Tak apa lah Simi, adab tetamu kita kena bagi makan."

Akhirnya kami angguk sahaja. Kemudian kami berenam di kejutkan dengan bunyi kaca pecah. Masing-masing menoleh ke arah tingkap yang terbentang luas, bunyi yang agak jauh mungkin dari rumah sebelah.

TI Roman | (HIATUS)Där berättelser lever. Upptäck nu