21 | Magic in the mundane.

33 14 1
                                    

"TAK kan lah tak tahu nak siang ikan?" aku garu pelipis sambil pandang mata tunak isteriku itu.

Kalau memasak pun tak reti apatah lagi kalau siang ikan. Aku tahu lah kelemahannya itu, aku sengaja nak mengusik bagi meriah sikit dapur yang hanya ada kami berdua ini.

"Reya tak pernah siang ikan. Malam ikan aje pernah." tengok... Reya pun tahu aku sekadar bergurau dengannya.

"Tak kan lah tak pernah tengok ibu siang ikan." Aku rasa makin mahu melayan loyar buruknya.

"Sebab tak pernah tengok lah Reya tak tahu. Tak kan lah ibu nak panggil Reya semata nak tengok dia siang ikan. Abang buatlah..." aku nampak dia gesek hidung beberapa kali. Ketika itu aku dah dapat tangkap perkara sebenar.

"Reya tak nak buat sebab bau kan?" aku serkap jarang.

Dia jeda seketika sebelum sengih tidak bersalah.

"Reya buat. Abang ajar." putusku. Ingat aku nak mengalah dengan muka comel dia tu? Banyak cantik!

Isteriku itu lantas buat muka masam mencuka kerana sangkanya aku akan ambil alih tugasnya itu. Baik belajar, sekurangnya dapat ilmu baru. Aku ni bukannya pandai sangat, tapi setakat siang ikan boleh lah juga aku buat.

"Kau buat apa ni?" aku dengan Reya sama-sama terhinjut bahu dek jerkahan dari arah belakang kami. Aku lihat atok berjalan menonong melintasi aku dan menyapa Reya yang sudah beriak cuak di singki. Tak sempat lagi aku nak orak langkah untuk menjadi guru mengajarnya siang ikan.

Aku tahan gelak apabila atok pandang ikan dan Reya bersilih ganti.

Habislah dia... Haha.

"Kalau tak reti, belajar. Biar atok bagi tunjuk ajar."

Aku terpempan mendengar suara lembut atok. Atok aku ke ni?

Amboi, mentang-mentang dah dapat cucu menantu terus berubah seratus peratus ya personaliti dia...

Reya bagi aku senyuman mengejek apabila atok mengajarnya dengan cara baik dan lembut. Dalam menyinis dia kembali, aku ucapkan syukur dalam hati apabila isteri pilihanku itu diterima dengan baik oleh keluargaku ini.

...

"ABANG suka perempuan pakai tudung?"

Reya kalih pandangan dari skrin telefon lalu menentang tepat ke mataku. Terkebil-kebil mata bulat itu menanti jawapan aku. Aku rasa wajah kami terlalu dekat sehingga aku automatik berganjak sedikit kedudukan ke belakang. Belakang aku berlaga pada dinding katil.

Agak-agaklah Reya. Ini rumah atok tau! Buatnya jadi lain nanti...

"Abang. Reya tanya ni..." meleret nadanya.

Liur aku teguk kesat, hampir saja tersedak liur sendiri. Tak sah kalau tidak sehari dia buat aku rasa serba tak kena begini. Wajahnya kini begitu polos sedangkan wajah aku sudah merah membahang seperti baru melahap makan Maggi pedas giler dua bungkus!

Cukup Reya! Cukup!

"Orang tanya ni." bentak dia bernada geram. Kedengaran manja pada aku.

Ah! Bila tengah darah manis semua benda nampak elok. Kalau dia tengah korek hidung pun aku boleh cakap dia cantik.

"Su... Suka. Abang suka aje. Kenapa?" pita suara aku perbetulkan dengan deheman. Tak mahu nampak sangat tengah angau dengan bini sendiri.

Bini sendiri tak apa, jangan bini orang!

"Abang nak Reya pakai tudung? Kenapa abang tak pernah marah Reya tak tutup aurat?" dia belek rambut lurusnya yang berjuntaian tak diikat. Dielus-elus dari bawah telinga menuju ke dada.

TI Roman | (HIATUS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant