31 | I can't pretend anymore.

25 1 0
                                    

BALIK dari kerja, aku pandu kereta terus menuju ke mansion atok. Mahu bermalam di situ. Balik ke rumah sendiri buat apa kalau dilayan acuh tak acuh, kadang dibuatnya seperti aku tak wujud langsung. Ada baiknya kami berjauhan buat sementara waktu sehingga semangatku kembali sembuh.

Setiba di perkarangan rumah atok, aku capai telefon lalu menekan aplikasi Grabfood, buat pesanan makanan untuk Reya. Aku tahu tika ini pasti dia berada di dalam rumah.

"Eh, tuan muda!" Hanim agak terkejut oleh kedatanganku. Dia menyapa aku yang baru saja keluar dari dalam perut kereta. Lantas aku ukir senyuman buatnya.

Ketika menapak masuk ke dalam rumah, aku tidak berselisih dengan sesiapa. Biasanya pada waktu begini, atok akan berada di ruang tamu, duduk menonton drama akasianya sebelum makan malam. Tapi malam ini tidak pula. Oleh kerana itu, aku bawa langkah terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Seharian berpakaian formal buat aku rasa berlengas, sangat tidak selesa.

Usai mandi dan solat maghrib, kedengaran pintu bilikku diketuk perlahan. Pasti ada di antara mereka sudah tahu mengenai kedatangan tiba-tiba aku pada malam ini.

"Ian. Atok panggil turun makan." laung paksu dari luar apabila aku cuma menyahut dari dalam. Aku kekal duduk di atas tikar sejadah.

Aku cuma menyahut 'okey' sebelum derapan kaki paksu kedengaran meninggalkan kawasan di depan pintu bilik aku.

Lantas aku berdiri dan melangkah ke arah cermin solek, menilik wajah sendiri di cermin. Aku meraup rambut ke belakang. Rahang diketap perlahan sebelum mengeluh kecil. Tak boleh jadi ni!

Tak lama setelah itu, aku berlalu ke dalam bilik air. Mencuci muka untuk kesekian kalinya. Setelah keluar dari bilik air, aku mencapai bedak yang Reya tinggalkan di dalam laci. Haih, Reya lagi...

Puas hati dengan wajah sugul yang tersembunyi di sebalik bedak, aku akhirnya keluar dari bilik untuk menyertai mereka makan malam bersama.

Tidak lama, lebih kurang 15 minit kemudian aku minta diri untuk masuk berehat di bilik. Aku yakin pasti akan ada yang perasan perubahan tingkahku malam ini.

Buktinya tak sempat aku tarik selimut, pintu bilikku diketuk sekali lagi.

Paksu.

"Ian okey tak ni?" soalnya prihatin. Ada riak risau diwajahnya. Pasti dia agak pelik apabila aku banyak berdiam diri dengan usikkannya ketika makan malam kami tadi.

Kebiasaannya aku lebih senang pendam perasaan sedih sehingga perasaan itu berlalu dengan sendirinya. Namun adakalanya, aku juga terbuka untuk meluahkan. Dan tika ini, aku amat perlukan seseorang untuk mendengarku.

Paksu. Aku harap dia pilihanku yang tepat.

Aku melangkah menghampiri pinggir dinding, mencapai pintu geser kemudian aku selak perlahan ke tepi, lalu kedua tanganku singgah menyentuh besi penghadang balkoni. Aku tahu langkahku ini diiringi oleh paksu yang seakan tertanya walang apakah yang aku sedang alami kini.

Dibawah biasan candra yang menampar wajah kami, luahan dari bibirku enggan keluar begitu cepat. Lelaki itu tilik wajahku dengan riak penuh tanda tanya. Biarlah aku bungkam nikmati dulu anugerah alam ini.

"Ian... Jujur pada paksu. Kau tengah tak okey, bukan?" dia tebak sendiri.

Aku toleh ke tepi, giliranku pula menilik wajahnya. Segaris senyuman tawar aku hadiahkan buat paksu. Dan usai mendapatkan kembali semangat untuk memulakan bicara, aku meluahkan semuanya tanpa tertinggal satu pun.

"Apa solusi kau, Ian?" ruas dahi paksu berkerut. Entah apa berlegar dalam mindanya kini mengenai hal rumah tangga aku yang sedang berantakkan.

Aku angkat bahu. Tak tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TI Roman | (HIATUS)Where stories live. Discover now