Bab 7

84 5 0
                                    

Prince Court Medical Hospital merupakan hospital yang kerap dikunjungi oleh keluarga Tan Sri Uzair

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Prince Court Medical Hospital merupakan hospital yang kerap dikunjungi oleh keluarga Tan Sri Uzair.

Namun kini hospital yang sentiasa sibuk ini menjadi lebih lagut apabila siren ambulan yang membawa seorang pesakit yang cukup dikenali menyapa gegendang telinga.

Stretcher yang menampung tubuh Luna ditolak laju memasuki zon merah. Rata-rata jururawat yang bertugas membantu pesakit bergerak dengan pantas dan cekap.

"Maaf, Tan Sri tidak dibenarkan masuk." Kata salah seorang jururawat kepada Tan Sri Uzair yang kelihatan ingin melulu masuk. Dia meraup wajah sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi yang disediakan.

Tuan Haji Layth yang turut berada disitu bantu menenangkan sahabatnya yang gelisah itu. Wajahnya turut berkerut memikirkan perkara yang sedang berlaku.

Bau ubat-ubatan yang mengelilingi membuatkan Leulla kurang selesa. Nasib baik dia selalu menyediakan pelitup muka di dalam beg tangan. Bukan ingin mengada, tetapi dia memang tidak tahan akan bauan ubat-ubatan.

Atas sebab itu juga dia akan menjadikan penjagaan kesihatan sebagai yang utama dalam hidup. Dia jarang menjejakan kaki ke dalam klinik atau hospital.

Tetapi sekarang keadaan sudah berbeza, Leulla amat risau akan status kesihatan Luna yang sedang dirawat. Boleh bau atau tidak, dia tidak peduli.

Luth mengorak langkah menghampiri kedua ibu bapa Luna. Dia melutut di hadapan Tan Sri Uzair sebelum membuka bicara.

"Uncle, Luth minta maaf atas apa yang berlaku. Luth sendiri yang akan cari si pelaku dan bawa dia ke muka pengadilan. By hook or by crook, I will." Luth berjanji.

Tan Sri Uzair hanya tersenyum kelat. Dia tidak menunding jari kepada sesiapa. Tan Sri Uzair seorang yang percaya pada bukti dan bukan bertindak sesuka hati.

"Uncle tak salahkan sesiapa, Luth. Uncle percaya ini semua ujian yang Allah berikan kepada kita semua. Sebagai hamba, kita tak akan pernah lari dari diuji."

Tipulah sebagai seorang bapa yang menjaga satu-satunya anak gadisnya bagai menatang minyak yang penuh itu tidak sedih mengenangkan nasib Luna.

"Luth minta restu dari Uncle untuk menjadikan Luna sebagai pemaisuri hati Luth yang sah. Walau Luth tahu susah untuk dia terima apa yang telah berlaku. Bukan mudah bagi seseorang wanita yang kesuciannya diragut sebelum terlafaznya akad, Luth akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku."

Sukar bagi seorang wanita yang hilang kesuciannya untuk menerima apa yang telah terjadi ke atas dirinya tanpa rela sebelum bernikah dengan mana-mana lelaki, lebih lagi tanpa izin tuan badan.

Dicaci, dimaki, malah dihina oleh masyarakat, yang semakin lama semakin rakus menghakimi orang lain.

Luth peka akan hal itu.

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Wad yang menempatkan Luna kini sunyi apabila kesemua ahli keluarga telah pulang setelah status kesihatan gadis itu disahkan telah stabil.

Luth mengambil tempat dibahagian sebelah katil Luna. Wajah gadis itu pucat bagaikan tiada darah yang mengalir dari dalam.

Setiap bait yang Tan Sri Uzair katakan masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

"Uncle izinkan. Promise me that you will cherish her with everlasting happiness and bless her with love. Dari kecil kami jaga Luna, jarang sekali kami nampak dia mengalirkan air mata." Kata Tan Sri Uzair menahan sebak. Puan Sri Lana mengusap lembut belakang tubuh suaminya.

"Luna anak yang sangat mentaati keluarga. Dari kecil sampailah dia dewasa, tak pernah sekali pun dia meninggikan suara kepada kami. Anak yang bijak, segala didikan yang kami beri dia akan terap dalam diri."  Sambung Tan Sri Uzair lagi.

Dia masih ingat satu peristiwa di mana waktu itu Luna yang berusia 6 tahun itu sewaktu mereka sekeluarga keluar membeli barangan basah di pasaraya.

"Daddy, can i have this m&m chocolate?" Pinta Luna. Mata dikebil-kebilkan dengan hajat daddynya akan memberi izin dia membeli coklat itu.

"Luna sayang, Luna kan dah ambil Chupa Chups satu plastik ni tadi? Nanti sweets banyak-banyak, gigi rongak dah tak cantik." Kata Tan Sri Uzair.

"Eeeeee, tak naklah. Abang Arham pulalah ambil sweets. Luna tak nampak lagi abang ambil apa-apa. Kesian abang, asyik Luna aje ambil sweets." Luna meletakkan semula plastik coklat M&M itu sambil membuat riak muka berkecut hidung.

Tan Sri Uzair dan Puan Sri Lana berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Anak kecilnya ini tidak mementingkan diri.

"Abang tak mahu sweets lah, Luna. Abang boy, mana makan sweets." Balas Arham. Rambut sang adik yang ditocang dua dia menarik perlahan.

"Ish, lemahlah abang tak makan sweets." Sindir Luna mampu membuatkan keluarga kecil itu menghamburkan tawa.

Berat hatinya untuk melepaskan Luna. Tetapi dia bersyukur Luth mahu mengambil tanggungjawab. Mata dipejam seketika sebelum wajah Luth kembali menyapa kornea.

"Once you fall out of love, return her to me in the same condition we gave her to you."

Luna yang telah bangun itu hairan apabila sosok tubuh Luth yang berada di sebelahnya.

"Kenapa awak dekat dalam bilik saya?" Matanya memandang tajam ke arah Luth.

"Bukan bilik kau. Kita dekat hospital, Luna. Mamai betul." Jawab Luth bernada sindiran.

Luna memerhati setiap sudut bilik yang dia berada sekarang ini. Benar, ini hospital bukan biliknya.

Segala yang berlaku bagaikan berulang-tayang di dalam fikirannya.

"Arham balik rumah sekejap, dia kata nak ambil baju sikit. Lepas maghrib dia datang balik."

Luna hanya menganggukkan kepala. Luth menolak meja yang menempatkan makanan buat Luna yang telah dihantar oleh pekerja hospital sebentar tadi.

"Kau nak makan? Dari pagi perut kau kosongkan. Mesti lapar, kau kan suka makan. Kalau tak makan sehari mesti rasa macam nak jadi mak hulk. " Sakat Luth ingin membuat Luna tersenyum.

"Tak nak. Awak makanlah, saya tak ada selera."

"Makanlah sikit. Kesian nasi, nanti dia nangis."

Luna memandang Luth dengan wajah berkerut. Fikir dia budak kecil ke nak gula-gulakan? Lalu, dia turut menganggukkan kepala.

"Kaylee sihat?" Tanya Luna, rindu akan anak kecil itu.

"Sihat. Sejak kau jaga dia haritu, mulut dia hari-hari tanya pasal kau aje. Suka betul dia dengan kau." Luth mengukirkan senyum. Sachet air bermalta itu dia koyakan lalu menuang ke dalam cawan yang disediakan.

"Alhamdulillah. Lepas ini, kalau awak perlukan khidmat babysitter untuk Kaylee lagi, bagitahulah saya." Luna membalas sebelum menyuapkan bubur ayam ke dalam mulutnya.

Memang Kaylee kini menjadi kanak-kanak pertama yang dia rapat dan sayangi. Sekurang-kurangnya sebelum dia intern sebagai guru, dapat dia mengambil tahu serba sedikit tentang kanak-kanak.

"Dari jadi babysitter, bagus jadi orang rumah terus. Betul tak?"

Tangan Luna terhenti dari menyuapkan bubur ayam ke dalam mulut. Wajah Luth dia pandang dengan sekilas sebelum kembali menunduk.

'Dia tak main-main.' Luna bermonolog setelah memandang wajah serius Luth itu.

 I Want YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora