🌼 𝕭𝐚𝐛 8 | 𝑹.𝑰.𝑷 🌼

21 11 0
                                    

"kenapalah takdir aku macam ni ? kenapa kau yang kena jadi pengacau hidup aku ek ?kau buat aku hampir jatuh suka dengan kau,kejam gila babi ". soalku sambil mengemaskan ikatan tali pada baju kurung moden bewarna baby blue itu. Dirapikan dulu gaya rambut ,aku nak kena cepat sebab majlis dah nak mula dalam beberapa minit saja lagi. Ni sapa yang nak bertunang aku ke adik aku ? si Rafa tu lagi laju tau siap,hapalah...

Sesampai aku di ruang tamu, banyak sudah tetamu yang datang. Aku terus bersalam dengan mereka. Ada yang tak Henti - henti puji kecantikkan aku hari ini. Nasiblah ini hari pertunangan bukannya pernikahan ,kalau aku terlebih cantik mahu si Rafa itu mengisytiharkan perang dunia ketiga.

Sedang aku terleka memandang screen telefon.Bahu aku disentuh oleh seseorang ,aku mengangkat muka.

"Kai ..."

Ya,inilah kai atau lebih dikenali sebagai Tengku Afian Kaiser. Anak bekas majikan arwah abah. Aku dengar dialah yang sekarang menguruskan syarikat papa dia dekat Brunei . Anak kelahiran Brunei lah nak dikatakan. Lagisatu ,yang ini semua orang tak tahu ,hanya aku dengan Rafa saja tahu. Kai ni jugaklah bekas teman lelaki Rafa. Kira berani jugaklah dia datang majlis bekas Tupperware dia.

"Eh kai ,bila sampai tak nampak pun kereta kau ? " Soalku kehairanan.

"Ada jer kereta tu ,cuma tadi dia buat hal pulak dekat laluan masuk kampung tadi ,itu yang aku datang naik tumpang orang jer ,kereta tu aku dah call mechanic " katanya dengan bersungguh dan dibalas anggukan dari aku. Faham.

"Ni kau dah makan ke ? Kalau tak makan lagi,moh la kita pi makan kat dapuq ,mak aku masak lebih sambal petai ikan bilis ,fav kau jugak kan ?" Kai tersengih dengan tuturku.

"kita kan jodoh " Lalu aku dengan dia berdekah sampai tak ingat dunia.

"Jodoh ke butoh ? "

Suara datang dari mana itu ,kehulur - kehilir aku mencari manusia yang mulut dia terlebih random ini. Sudahlah sempit di ruang ini,macam mana nak cari.Berfikiran cetek juga manusia itu. Tanpa aku membuang masa dan menahan lapar ,aku menarik baju Kai dan berlalu ke dapur.

___________________________________

Syafa menuang segelas air Ribena untuk Kai dengan penuh berhati - hati . Sebuah senyuman manis sengaja dihadiahkan untuk Kai. Setelah itu,dengan tiba-tiba Hayyad melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Kai. Aku menjeling tajam ke arah Hayyad.
Aik ? Udah kenapa pulak mamat sewel ni nak lepak makan sekali ? Asal tak lepak jer dekat underground .

"Kai,kalau tak cukup ,kau habaq mai kat aku. Mak banyak masak lebih harini ,kau melantak jer sampai habis " Pelawa Syafa bernada ceria.

Tengah aku sedap melantak ,aku dapat merasakan ada mata yang memerhatikan aku. Tapi aku endahkan saja sebab tak penting pun. Yang penting perut aku ,kena isi sampai kenyang.

"Anyway ,yad satgi depa dah habis sarung cincin ,hang pi lah naik sana ,kesian Rafa tunggu hang lama - lama , anyway congratulations" Mulut masih mengunyah makanan.Pipi dah kembung macam ikan buntal pun dah tak naik hairan kalau ada yang menegur nanti.

___________________________________

Mata aku masih lagi menatap kemesraan mereka berdua ,atas bawah saja aku tengok manusia yang bernama Syafa ini. Kau tak nampak ke asap volcano aku tengah aktif sekarang ini,tunggu masa jer nak meletus. Makin panas aku duduk kat sini.

"Nanti bagitahu mak dengan Rafa,aku nak lepak dalam kereta ,kat dalam rumah ni tiba - tiba pulak panas sangat ". Katanya sambil mengibas bajunya. Panas betul.

"Banyak dosa tu yang panas,kubur kata mari dah tu ". Seloroh Syafa di ruang meja makan itu. Tanpa melihat reaksi wajah Hayyad ketika ini yang sememangnya tengah menahan geram. Ada jugak biru muka ni..

Sempat Hayyad melepaskan geram dengan menendang kerusi itu sehingga terbalik yang membuatkan Syafa dan Kai terperanjat.

"Period ke laki Rafa tu ". Soal Kai was - was.

___________________________________

Bertubi - tubi Hayyad menumbuk stereng keretanya. Bukan itu sahaja ,macam - macam jenis makian yang dah keluar dari mulut dia.

"KAU CABAR AKU SYAFA !! KAU JANGAN SAMPAI AKU BUAT KAU MELUTUT DEPAN AKU ,SYAFA!!EH NI HAYYAD ERFANKA LAH ,SETAKAT PEREMPUAN MURAH MACAM KAU LAYAK DUDUK BAWAH KAKI AKU JER ,SIAL ! BABI PUNYA BETINA !!" Bentak Hayyad dengan kuat. Nasib di dalam kereta.

Seluruh badannya menggigil kerana terlampau emosi ,dia pantang dicabar kelakiannya. Dia menarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan.

"Kau kena sabar ,yad. ". Senyuman sinis dicoretkan. "Ini baru permulaan ,kau belum kenal aku siapa lagi ,syafa "

Baru aku nak pejamkan mata ,kedengaran seperti ada panggilang yang masuk.

"Ya tuan ,may i help you ? "

"Apa tuan ? Berapa ramai orang yang cedera tu ? "

"200 orang ?! Macam mana boleh jadi ni tuan ?"

"Baik - baik saya segera ke sana"

___________________________________

Sedang aku mengemas mataku terjatuh ke arah Rafa yang sedang duduk seorang diri di pondok depan rumah kami .

"Kau okay ke ? Asal merah jer mata ? Bukan ke harini kau sepatutnya tersenyum jer memanjang ?". Soalku kerisaua walaupun dalam nada yang agak keras dan kasar.

"Busybody betul lah kau ni , suka lah kau kan tengok aku macam ni !!" Tiba - tiba dia menengkingku. Hilang sudah suara ayunya yang kini sudah bertukar menjadi suara ....Sajat.

"Bila masa pulak aku suka,ada nampak aku tayang gigi ke ? Tak sekarang ni ,kau yang ada masalah,asal aku pulak yàng kena tempias ni ? " Balasku sambil bercekak pinggang ala - ala mami jarum.

"MEMANG KAU LAH PUNCANYA !! KAU INGAT AKU TAK NAMPAK KE APA KORANG BERDUA BUAT BELAKANG AKU SELAMA NI !! KAU DASAR PENGKHIANAT !! ". Tengkingnya dengan lantang dan keras sehingga membuatkan banyak tetamu berpaling ke arah kami. Aku terkaku disini.

" Apahal pulak kau nak jadi kurang ajar ni ? Aku kakak kau kot ,malu orang tengok lah,dah besar panjang tapi otak udang !!" Marahku balik sambil dadaku Naik turun.

Setelah itu ,Rafa menghentakkan kakinya dan berlalu pergi, tinggalkan aku yang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya terjadi.

"Jangan ambik hati sangat dengan adik kamu tu ,syafa. Dia macam tu sebab tadi si Hayyad maklumkan dekat kami yang dia kena balik harini ,sebab dia dipanggil bertugas ke luar negara ,misi yang tak dapat dia elakkan,so kami fahamlah pekerjaan dia ,cuma tulah si Rafa tu susah nak faham orang ,nak orang jer faham dia. Itu yang angin semacam ,habis semua orang kena. Terpaksalah kita tangguhkan hari pertunangan lagi. Ini dah masuk kali ketiga tak jadi tunang,mana tak meroyan adik kau tu " Terkekeh ketawa mak nya . Ai makcik anak sendiri digelakkannya.

"Masalah lah kau ni ,yad . Silap hari bulan adik aku jadi macam aku pulak,anak dara tua tak laku " Kataku dengan nada menahan ketawa.

___________________________________

(Di somalia)

Keriuhan sedang berlaku disekeliling Hayyad . Sememangnya ini pekerjaannya sebagai doktor ketenteraan yang mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan mangsa korban bom pengganas.

"Ambik banyak lagi kain ,banyak darah yang masih keluar "

Mangsa dihadapannya ini adalah seorang kanak - kanak perempuan yang masih kecil. Luka terbelah di peha kirinya masih segar. Rintihan sakit itu dapat aku dengar dengan jelas .
Aku melakukan tekanan berterusan pada nadi selama 10 minit untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.

"Waa inaad u adkaysataa xanuunkan in yar (you have ti endure this pain a little bit)" kataku dalam bahasa ibunda mereka (somali).

"DOKTOR TUNDUK !!!"

'BOOM'

(BERSAMA ANAK -ANAK SEKALIAN ALAM)

𝑅.𝐼.𝑃 | 𝑹ᴇʟᴀᴋᴀɴ 𝑰ᴀ 𝑷ᴇʀɢɪ ✔︎Where stories live. Discover now