"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish
"Along Luqman yang nak kahwin ke?"
BAM! Meja makan kuat ditepuk.
"Tarik balik! Tarik balik! Speaker! Tarik Balik!" Riyaz tiba-tiba mengajukan rasa tidak puas hatinya. Tercengang Mirza dengan reaksi Riyaz yang agresif.
"Riyaz yang nak kahwin? Seriouslah?" Mimik muka Mirza jelas terpampang yang dia langsung tak percaya.
Kayla tergelak kecil tengok muka berang Riyaz yang macam menahan diri dari melempar pinggan yang berlauk pada Mirza.
"Buruk sangat ke muka aku ni woi sampai aku tak layak nak dapat spek bidadari?"
Mirza menahan gelak tengok muka Riyaz separa berang. Lebih baik dia berhenti sebelum ada yang tukar mode jadi askar satgi. Kang naya!
"Hehe... Maaf abe... Teghasa benor kamu ye yeop!"
Riyaz yang putarkan bola matanya dengan riak menyampah sebelum dahinya berkerut tengok Mirza.
"Kejap, Macam mana korang boleh balik sama-sama hari ni?"
Tanya Riyaz sambil garu dahi yang tak gatal. "Mirza, kau baru balik dari Sepanyol kan?" tanya Luqman pula. Mirza dan Aiman bangun serentak sambil bibir mula tersenyum macam makhluk hijau grinch.
"Yan, kau berdiri situ. Aku berdiri sini..." Arah Mirza sambil berdiri di sudut yang bertentangan.
"Mula dah anak-anak syurga ni." Luqman mula memicit batang hidungnya. Menyiapkan diri menghadap sketsa spontan dari 2 ketul bala depan muka dia.
Maka mula lah aksi lakonan semula detik-detik dramatik perjumpaan antara Aiman dan Mirza.
"Ehem! Ehem! Pada suatu hari, Aiman Daiyan yang kacak ini baru keluar dari hospital setelah habis waktu kerja. Namun matanya tertancap seorang lelaki yang tampak sangat familiar." Aiman buat gaya memerhati seseorang dari jauh sambil tangannya seperti tabik pada dahi.
"Oh rupa-rupanya... Sangatlah tidak tersangka!"
Mirza menekup mulutnya dengan dramatik sambil pandang kearah Aiman yang seakan sedar kehadirannnya di situ.
"Aimaaaannnnn!!!"
"Mirzaaaaaaaa!!!"
Mirza Dan Aiman berlari tergedik mendekati satu sama lain.
"AAAAAHHHHHHH!!!!"
"AAAAAHHHHHHH!!!!"
Dua ketul bala tu melompat sambil tangannya menggelibas dan berpelukan macam teletubbies. Kalau nak senang bayangkan, macam perempuan bila jumpa kawwan rapat ynag dah lama tak jumpa.
Haa setinggi itu pitch dorang jerit.
Luqman terus tekup telinga Niyaz sambil Riyaz tutup mata Niyaz serentak.
Pengaruh buruk betul 2 ketul ni. Dah lah sorang bakal Dr, sorang lagi CEO syarikat.
"Along, angah... Niyaz tak nampak... Atau dengar."
Luqman dan Riyaz geleng serentak. "Tak elok untuk tontonan bawah umur." Riyaz berkata dengan suara yang datar sambil matanya memerhati Mirza dan Aiman terkinja macam beruk sambil menjerit.
"Along, kau yang nak senyapkan dua beruk tu atau angah buat?"
Tanpa sebarang reaksi, Luqman dengan perlahan bangun dari tempat duduknya. "Violence are not an answer but a solution."
YOU ARE READING
Her Knight: His Queen
RomanceHer Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status dirinya menjadi salah satu asbab dicaci, dimaki, harga dirinya dipijak orang sekeling bagaikan itu sa...