BAB 17

424 27 1
                                    


"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish

"Kita rehat kat sini dulu. Jam 0100 kita gerak ke koordinat yang aku dah tanda kat peta. Faham?" Muka tegang Riyaz memandang setiap muka tentera di bawah pimpinannya yang memapar wajah kepenatan.

"FAHAM TUAN!"

Riyaz menghempaskan begnya ke tanah sebelum melabuhkan punggung ke tanah. Botol air diteguk rakus membasahi tekak. Matanya mengerling ke arah makhluk kecil berwarna hitam bermain sekitar but askar Riyaz.

"Aduii tepi sikit lah Kala jengking. Kang Ada Aku buat kerepek satgi nih!" Bebel Riyaz seorang diri sambil menguis tepi haiwan yang berkeliaran di sekitar kakinya. Berkerut dahi Aydan tengok Riyaz membebel seorang diri.

"Kau lapar sangat ke, Riyaz? Sampai Kala Jengking kau nak buat kerepek?" Aydan menggelengkan kepalanya sambil mengalihkan kala jengking itu sebelum ada yang jadi santapan komander Leftenan mereka yang garang.

"Siapa suruh dia semak sangat? Memang mendapatlah citer dia." Riyaz simpan botolnya dalam beg sebelum bawa keluar peta. "Jangan dekat dengan komander saya ya? Nanti awak jadi Scorpion Chip." Kata Aydan sambil membelai Kala jengking di tangannya. 

Jinak pula kala jengking tu kat tangan Aydan. "Alo alo comeynya kala jengking ni. Nak bela tak Riyaz?" Riyaz hanya pandang datar pada Aydan. Kalau tak kuban-kuban perangai, memang bukan Aydan. Kadang pelik juga macam mana si Aydan ni boleh masuk askar.

"Sebelum kau join makhluk kecik tu jadi kerepek, better kau berhenti merepek." Aydan menelan kesat air liurnya sebelum bawa lari Kala jengking dari Riyaz.

"Tuan Aydan, Tuan Riyaz tu okay tak? Lain macam je kali ni." Tanya beberapa anak buah mereka pada Aydan. Dorang seriau sikit nak dekat dengan Riyaz. Riyaz tegas dan garang berbanding Aydan. Aydan pula jenis yang boleh bertolak ansur dan percakapan lebih lembut berbanding Riyaz.

Aydan senyum sebelum lepaskan kala jengking dari tangannya ke tanah. "Biasalah tu... Tuan Riyaz kan memang suka selesaikan OPS on time." Aydan tersenyum sambil matanya mengerling ke arah Riyaz yang khusyuk membelek peta yang ditebarkan ke atas tanah untuk menyusun strategi.

Tepat pada masa yang ditetapkan, mereka bergerak ke arah lokasi seterusnya atas arahan Riyaz sebelum mereka berhenti di suatu tempat yang terletak tak jauh dari sasaran OPS mereka. Dalam lebih kurang 1.5 km.

Aydan tebarkan peta ke atas tanah sambil yang lain buat bulatan mengelilingi peta itu. Operasi kali ni yang diketuai oleh Riyaz membawa misi untuk tumpaskan sindiket dadah berpengaruh yang tengah menjalankan sindiket dalam hutan tebal Sabah.

"Macam yang kita semua dah tahu, Operasi ni dijalankan untuk menumpaskan sindiket penyeludupan dan makmal dadah Kumpulan lanun yang diketuai oleh Tango." Riyaz mengetap rahang dengan rasa penuh geram.

"Semoga kali ni kita boleh heret kepala tango ke pengadilan." Mata tajam Riyaz terus pandang ke arah Gilang dan Raksa sambil menunjuk 2 titik atas peta.

"Gilang dan Raksa. Korang akan pantau dari atas ni. Be our eyes. Aku tahu korang sniper yang hebat. Jangan kecewakan aku kalau tak nak mata berharga korang gelap selamanya." Raksa dan Gilang angguk serentak. "Megat dan Shah, korang jadi guard untuk Gilang dan Raksa. Pastikan dorang kekal hidup."

"Skuad A akan ikut Aydan, korang akan menyelinap masuk ke dalam bangunan A dari arah utara. Tumpaskan semuanya. Jangan bagi ada satu pun terlepas. Simpan bahan bukti."Kata Riyaz sambil tunjuk ke arah lokasi di atas hamparan peta. 

"Skuad B akan ikut aku. Kita akan masuk dalam bangunan B dari arah selatan. Aku nak panca indera korang semua peka. Ingat apa aku cakap. Peka kalau tak nak diri korang atau kawan seperjuangan korang jadi korban. Aku tak nak menjawab dengan ahli keluarga korang nanti. Faham?" Kata Riyaz dengan tegas dan mata yang tajam buat Aydan hampir tergelak sendiri. 

Her Knight: His QueenWhere stories live. Discover now