Bab 18

263 14 2
                                    

AISY melihat pantulan dirinya di cermin. Memerhatikan baju yang tersarung di tubuhnya. Baju kurung songket berwarna putih bersih dan cantik terletak di tubuhnya itu. Baju hasil rekaan Puan Azyan, mama kepada bakal suaminya yang tidak lama lagi akan bergelar suami kepadanya.

    Debaran di hati kian terasa. Suara-suara tetamu sudah pun kedengaran. Mungkin juga rombongan dari pihak pengantin lelaki juga sudah pun tiba.

    Telefon di meja soleknya dicapai. Dia membaca mesej yang dihantar. Siapa lagi kalau bukan bakal suaminya.

Dengan izin Allah yang maha esa, saya berjanji, akan menjadi suami yang menjalankan tanggungjawab ke atas isteri saya. Mencintai isteri saya setulus rasa. Menyayanginya sampai bila-bila. -Muhammad

    Dia tersenyum. Air matanya ditahan. Belum mula majlis lagi, takkanlah dia sudah mahu membazirkan air matanya. Dia perlu bertahan. Aisy berpaling ketika pintu biliknya dibuka dari luar. Kawan baiknya muncul dengan senyuman lebar.

    "Cantiknya..."

    Fatiya menapak menghampiri kawannya itu. Terpukau dirinya melihat Aisy.

    Aisy membalas dengan senyuman. Tidak mampu berkata lebih. Hatinya sedang berdebar.

    "Pihak pengantin lelaki dah sampai. Cuma pengantinnya saja aku belum nampak muka. Dia pun tengah nervous agaknya. Dari belakang nampak macho juga..." komen Fatiya.

    Aisy hanya mendengarnya. Itu semua tidak penting. Sekarang ni dia tidak tahu macam mana nak meredakan ribut di hatinya. Makin bertambah kuat ribut di hatinya bila Fatiya meyakinkan bahawa pengantin lelaki sudah sampai.

    "Aku takut, Tiya. Macam mana ni..." adunya. Dikepal-kepal tangannya mahu menghilangkan rasa berdebar. Ke hulu, ke hilir dia berjalan.

    "Kau nak takut buat apa? Bukannya kau yang nak berjabat salam dengan tok kadi tu." Fatiya ketawa. Melihat muka Aisy yang takut-takut itu sangat melucukan dirinya.

    Bunyi ketukan pintu sekali lagi meresahkan Aisy. Wajah ibunya pula terjegul dengan wajahnya yang berseri-seri. Ibu masuk dan mencium ubun-ubunnya.

    "Cantik anak ibu," puji Puan Aisah. Terpegun melihat anaknya. Sebak rasa hati seorang ibu melihat anak perempuannya yang bakal dinikahkan.

    "Ibu, Aisy..."

    Usapan di belakang Aisy mematikan ayat Aisy.

    "Tak apa. Biasalah kalau berdebar sikit tu. Jomlah kita keluar. Semua dah ready tu." Mata Puan Aisah sudah merah dan basah.

    Aisy mengangguk walaupun dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Mereka beriringan keluar dari bilik itu dan diekori Fatiya di belakang. Aisy tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan-lahan ketika melihat lingkungan ahli keluarga di ruang itu.

Semua mata tertumpu kepadanya. Dan matanya pula hanya tertumpu pada seorang. Seorang figura yang memakai baju Melayu putih yang duduk berhadapan dengan ayahnya. Wajah itu gagal untuk dia tatap buat kali pertama.

Dia duduk di pelamin bersama ibunya. Ibu memegang erat tangannya. Mahu dia bertenang mungkin.

Tak lari walau sesaat pandangan mata Aisy pada lelaki itu. Ketika lelaki itu sedang membetulkan songkok di kepala hatinya terusik. Aisy menunduk mencari ketenangan memandang jari-jemarinya yang sudah berinai. Dan saat dia mengangkat wajahnya semula, ternyata sepasang mata milik lelaki itu sudah tertancap ke arahnya. Hatinya dilanda tsunami. Wajah itu tersenyum kepadanya. Sama... sama seperti malam itu.

Aisy tak mampu untuk mengalihkan pandangan itu. Seakan pandangannya kaku di situ juga. Terkesima, terpana, tergamam. Wajah yang sudah lama tidak ditatap dan sekarang muncul di hadapannya sebagai seseorang yang bakal menghalalkannya. Tak mampu dia ungkap perasaan itu. Yang pasti, dia tidak menjangkakan ini akan berlaku lagi sekali. Tangannya menggigil. Apa yang dia sedang dia lihat ini, Ya Allah?

Cinta Hati Raid MateenWhere stories live. Discover now