Bab 23

274 11 0
                                    

"AISY!!!" Fatiya turun saja daripada keretanya, dia terus memeluk tubuh kecil sahabatnya itu. Rindu yang amat.

"Cepatnya kau sampai. Mesti bawa laju kan."

Fatiya senyum senget. "Mana ada lah. Kau nak aku bawa lima puluh ke? Mahunya tahun depan baru sampai."

Fatiya tunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada suami Aisy. Tuan Kapten Raid Mateen. Tak sangka sungguh dia Aisy menikah dengan jejaka ini. Jejaka yang hilang bertahun-tahun kemudian kembali sebagai tunang Aisy. Hesy! Macam drama!

"Ha, kenapa kau tiba-tiba je nak datang ambik angin kat sini? Mesti ada sesuatu kan..." Jari telunjuk Aisy tepat ke muka Fatiya.

Fatiya kerut kening. "Tak boleh ke aku datang sini? Aku rindu kau. Rindu kampung ni. Tenang je. Tak macam kat KL tu. Bising..."

"Yelah tu..."

"Kau nak bawa aku jalan-jalan ke mana? Tak sabarnya..." ujar Fatiya teruja. Siap tepuk tangan lagi.

Aisy toleh pandang suaminya. Pandangan mereka pun bertaut. Raid angkat kening kerana pelik isterinya tiba-tiba pandang dia.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Raid aneh.

"Abang izinkan Aisy keluar dengan Fatiya?" tanyanya lembut. Sekarang dia dah jadi isteri orang. Jadi dia tahu hukum seorang isteri keluar tanpa izin seorang suami. Berdosa.

Tak sempat Raid mahu memberi jawapan, Fatiya laju je memotong.

"Eh, tak apalah. Raid ikutlah sekali. Aku okey je. Aku boleh bawa diri sendiri je. Jangan risau."

Aisy kecilkan matanya. "Kau tak risau ke jadi sendu nanti?" Tawa Aisy terburai. Tapi agak perlahan saja.

"Hahaha kau... Mentang-mentanglah aku single." Fatiya cubit lengan Aisy kemudian dia cepat-cepat usap semula. Baru sedar yang Aisy ada suami. Marah suaminya nanti sesuka hati je cubit isteri kesayangan.

"Abang.. tengok Tiya ni. Cubit saya..." adu Aisy dengan muka sememehnya. Manjanya mak aii!

Geram Fatiya tengok. Mengada betul perangai Aisy ni. Cubit sikit je pun.

Raid ketawa. Dia raup muka sendiri. Terkesima dengan aduan Aisy. Terharu dia rasa. Merah padam mukanya.

Mereka masuk ke dalam rumah. Berborak tak ingat dunia. Ini bukan Fatiya yang sendu. Tapi Raid. Dia yang sendu rasanya. Berada di situ macam tak wujud. Bila Aisy mengadu tentang Fatiya dia tersenyum dan memujuk. Selepas itu, sambung dengar lagi perbualan mereka itu. Macam-macam...

Berbanding cerita di televisyen, dengar cerita diorang lagi best. Ralit Raid mendengarnya. Sekejap sedih, sekejap happy...

Bunyi kunci kereta yang dibaling-baling memalingkan wajah mereka yang ada di situ.

Semuanya terkedu, termasuklah Afwan. Dia pun terkejut dengan kehadiran tetamu baru yang berada di ruang tamu itu. Awalnya sampai...

"Hai, Tiya. Dah lama sampai?" soal Afwan mahu berbasa-basi.

Fatiya senyum kemudian menjawab. "Dah lama. Abang je kut tak perasan," jawabnya sopan.

Aisy toleh pandang suami. Dia sikukan Raid. Mahu Raid fikir apa yang dia sedang fikir sekarang. Raid tersenyum saja.

"Angah nak ke mana?" aju Aisy yang melihat abangnya itu sudah kacak bergaya. Kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jauh berbeza kalau nak kata dia mahu ke sekolah. Ini bukan pakaian cikgu-cikgu...

Afwan urut belakang lehernya. Kenapa dia rasa semacam je dengan kehadiran tetamu Aisy kali ini. Atau sebab Aisy yang asyik kenenkan dengan dirinya sebab itu dia rasa segan sedikit.

Cinta Hati Raid MateenWhere stories live. Discover now